Nasi Goreng Minyak Sapi & Cengkaruk
10:31 PGBismillahirrahim.
Selamat berhujung minggu. Hari ini Sabtu, Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum. Sebelum Encik Suami tinggalkan rumah, sempat pua berpesan : Gorengkan cengkaruk!
Cengkaruk ini Encik Suami buat sendiri, dan sudah lebih dua bulan tersimpan dalam bekas kedap udara.
Sarapan cengkaruk sahaja sudah tentu tidak mengenyangkan!
Ada lebihan nasi semalam, Amie goreng dengan minyak sapi. Semerbak aromanya memenuhi ruang dapur di pagi hari.
Nasi Goreng Minyak Sapi |
Resipi Nasi Goreng Minyak Sapi
Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi putih sejuk
- 2 tangkai cili hijau -hiris
- 1/2 cawan lobak merah potong dadu
- 1 cawan hirisan jagung manis
- 1/2 cawan kismis (hitam & biasa)
- garam / perasa pilihan
- 2 sudu besar minyak sapi
Bahan Tumbuk:
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 7 tangkai cili padi
- 1 cawan isi ikan selayang goreng
Cara memasak:
- Panaskan minyak sapi.
- Tumis bahan tumbuk sehingga terbit arima.
- Masukkan lobak merah, jagung manis dan kismis. Gaul rata hingga layu.
- Masukkan nasi putih sejuk.
- Masukkan hirisan cili hijau serta garam / perasa pilihan.
- Gaul sekali lagi. Apabila cili hijau berubah warna, padamkan api dapur.
Cengkaruk & Serondeng Kelapa |
Inilah rupa cengkaruk yang sudah digoreng. Amie hidangkan bersama serondeng kelapa baki serondeng yang Amie buat untuk dimakan bersama nasi himpit dan sayur lodeh di sini: LONTONG SAYUR LODEH DI HARI LEBARAN KESEMBILAN
Biasanya keluarga Encik Suami makan cengkaruk dengan serondeng ikan. Kata Encik Suami makan dengan serondeng kelapa pun tidak kurang sedapnya!
Sementara Amie siapkan nasi goreng, Encik Suami renih kopi. Kemudian kami sama-sama bersarapan di dapur. Cuba teka, ada dua mug @ cawan besar warna hitam dan putih berisi air kopi. Mana satu cawan Amie dan mana satu cawan Encik Suami?
18 comments
Apa itu cengkaruk?
BalasPadamSaya rasa, cawan Encik Suami kiri, cawan Amie, kanan. :D
Cengkaruk tu Encik Suami buat dari lebihan nasi atau pulut yang dijemur di bawah panas matahari sehingga kering. Kalau tak mahu digunakan, simpan saja. Kalau hendak makan, goreng dan makan dengan serondeng.
PadamWah...cengkaruk tu apa cikgu?macam menarik tu..
BalasPadamRupa dalam pinggan tu macam nasi/ pulut kering yang digoreng pula saya tengok Kalau kat Indonesia ada dodol cengkaruk yang kat sini kita panggil wajik kesirat.
Kat LD ada cengkaruk versi lain pulak ni.Kayanya kulineri Malaysia..syurga makanan.
Nanti share info pasal cengkaruk tu ye cikgu
Tak tahu apa bahasa kita nak beri maksud cengkaruk.
PadamBetullah tu nasi atau pulut kering. Biasanya kalau nasi atau pulut tak habis makan akan dijemur sampai kering. Kemudian digoreng. Kalau nasi atau pulut dah ada rasa (contohnya lebihan nasi minyak yang dijemur), boleh makan begitu sahaja selepas digoreng. Keluarga Encik Suami suka makan dengan serondeng ikan. Pada hari raya memang ada rumah orang Cocos yang hidangkan cengkaruk dengan serondeng ikan. Maknanya, yang mereka hidangkan itu bukanlah lebihan nasi atau pulut melainkan nasi atau pulut dimasak khusus untuk dibuat cengkaruk.
kalau gitu nak suruh mama sy buat laa cengkaruk ni. dia selalu je jemur lebihan nasi. tapi sy x tahu apa yg dia buat dgn nasi tu lps kering.
PadamOh,rupanya cengkaruk a.k.a nasi kering goreng ni dimakan dengan serondeng yer..
PadamKalau tempat saya ,ada juga digoreng begini tapi makan bersulam air kopi 0 saja..hihihi
Cara lain ialah nasi kering disangai hingga garing dan ditumbuk/ blend kering dan digaul kelapa,gula dan sedikit garam.Kami panggil " sagon"
Kalau makan jangan berbual nanti bersembur🤭
Eh..lupa nak teka cawan..Naluri saya rasa macam cawan hitam kopi cikgu dan cawan putih untuk En Majid..🤭
BalasPadamHihihiii... mug putih saya punya, mug hitam Encik Suami punya.
PadamSedapnyaa!!!. Done baca resepi sampai habis. Ok noted. Ikan selayang pengganti ikan bilis. Minyak sapi pengganti minyak. Mesti special mcm nasi bariyani sikit tp lg sedap. Sy selalu buntu klu bab nasi goreng ni.. balik2 asik nasi goreng kg. Bosan.
BalasPadamIkan selayang walaupun kecil tapi keenakan rasanya mengalahkan ikan saiz besar yang tawar isinya.
Padamwak rasa cawan cuckoo hitam tu utk sowmi., kann ;p
BalasPadamBetul Wak!
PadamAlaaa... jauhnya nak hulur duit raya hihihiii.
Cengkaruk tu, macam inang-inang jer, Kak Amie. Sekali baca, terbayang cengkerik pula, hihi. Sy di rumah pun kdg ada mug hitam dan putih, mug hitam biasanya pilihan sy. Sy rasa, Kak Amie guna mug putih la kot.
BalasPadamoh cengkaruk namanya ye kak... kira mcm inang-inang atau kerak nasi goreng la ye, emak dana suka jemur kerak nasi lepas tu goreng jadilah macam cengkaruk tu tapi saiz besar, kita cicah sambal kicap... sedap kak oi
BalasPadamOwh.. macam inang-inang.. Nak cuba buat jugalah.. Macam best..
BalasPadamminyak sapi teraroma harum kak amie...dicampur dengan nasi dan digoreng ugh sedap nian...mbul pun sedang eksperimen nasi goreng tapi bukan cengjarung...mbul pakekan pete daun mengkudu dan sisa sambal tomat
BalasPadamMenarik plak baca pasal cengkaruk tu...SA x pernah lagi masak nasi goreng guna minyak sapi..boleh cuba nanti ni...
BalasPadamerrr.. apa cengkaruk tu kak
BalasPadam