Rindu Nasi Ayam LD
3:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Abang Farid memang peminat tegar nasi ayam terutamanya di LD. Minggu pertama hari raya sudah ajak Encik Suami makan nasi ayam di Sabah Chicken Rice. Itu tidak termasuk beberapa kali mengambil pesanan melalui abang angkatnya, Foodpanda. Hari ini, selepas balik dari solat Jumaat bersama Encik Suami, dipujuknya kita temankan dia makan nasi ayam di Bee Bee Ice. Encik Suami pula berpuasa, dan Aseeyah sudah makan tengah hari di rumah. Jadi, berdualah kami makan nasi ayam. Eh, Abang Farid saja yang makan nasi ayam. Kita makan Sizzling Yee Mee.
Chinese Tea, anak minta sejuk, ibu minta panas! |
Bubuh cili (sambal) dan halia kisar atas hati ayam sebelum diratah. |
Sizzling Yee Mee |
Abang Farid dengan Nasi Ayam LD berpisah tiada. Terima kasih belanja makan tengah hari. |
15 comments
dapat la ber'me time' dgn abg farid ye kak...
BalasPadamHehehe... beriya-iya dia nak belanja makan nasi ayam berdua.
PadamHehe.. siap request ayam extra ye. Sizzling yee mee tu nampak penuh satu pinggan, banyak portion-nya. Puas hati makan macam ni.
BalasPadamSaiz ayam sekarang makin mengecil Nur. Tak puas makan kata Abang Farid.
PadamSizzling Yee Mee tu tak habis saya makan walaupun Abang Farid turut membantu. Besarkan portion dia.
Jarang jumpa sizzling mee seafood.. kalau kat sini kalau x ayam mushroom, beef mushroom
BalasPadamDalam katalog ditulis Sizzling Yee Mee saja. Sekali sampai rupanya ada seafood.
Padamaduh sedap nya kak, oh peminat tegar nasi ayam rupanya abang farid ni... dapat makan baru la puas hati dia ya
BalasPadamKalau di Malaya sana, Abang Farid peminat setia Rice Chicken Shop.
Padamsedapnya sizzling yee mee...
BalasPadamYe, sedap panas-panas lagi.
PadamBetul Kak Amie, ayamnya dah la leper, kecik tak ada isi, harga makin naik. Abg Farid minta tambah ayam, terpaksalah bayar lebih jugakkan, takpe, asalkan puas hati dapat ayam banyak.
BalasPadamAwal-awal lagi Abang Farid dah kata, dia nak ayam extra.
PadamOh,Abang Farid & Kakak Aseeyah masih di LD yer..
BalasPadamSeronok dapat dating berdua dengan hero sulong tu🥰
Lambat sampai ke LD, lambat jugalah terbangnya ke KL.
Padamooo farid penggemar nasi ayam rupanya👍👍
BalasPadam