Cari Makan di Secret Recipe

7:54 PTG

Bismillahirrahanirrahim.
Hari Isnin, selepas menghadiri mesyuarat tiba-tiba rasa sakit kepala yang teramat sangat. Suhu pada hari tersebut mencecah sehingga 35'C. Amie ajak Encik Suami cari makan di Secret Recipe. Bolehlah bersejuk-sejuk di situ. Kalau balik ke rumah, memang kita akan terus terbongkanglah di ruang berhawa dingin. Nak ke dapur untuk masak memang tidaklah!

Bengang kami dibuatnya apabila membuat pesanan, asyik tidak ada sahaja makanannya! Banyak sangatlah yang tidak ada, termasuk minuman! Jus buah semua tidak ada! Encik Suami tanya pelayan SR : Kalau semua makanan yang kami order tak ada, kami nak makan apa? Berkali-kali pelayan SR minta maaf, sambil menunjukkan beberapa jenis makanan yang boleh dipesan. Sakit hati jugalah seperti diperbodohkan saja dengan hanya melihat katalog tapi kebanyakannya hanya tayangan gambar sahaja! Terpaksa tahan sabar. Hendak keluar mencari tempat makan lain, memakan masalah pula sebab perut pun sudah berkeroncong.

Sumber : Secret Recipe


Akhirnya ini sahajalah yang kami pesan.

Encik Suami : Hot Honey Lemon

Amie : Iced Plum Lime

Fried Wonton

Penang Assam Laksa

Kita memang suka makan Penang Assam Laksa di SR sebab kuahnya sedap.

Encik Suami : Nasi Goreng Ayam Rangup

Tak seronok kan kalau masuk kedai makan atau restoran yang menawarkan pelbagai menu tapi apabila kita hendak membuat pesanan, hanya beberapa jenis sahaja yang ada dan bukan pilihan kita! Apabila perkara begini berulang-ulang kita hadap, lama-lama memang timbul rasa geram pula!

14 comments

  1. Teringat film "Senario Lagi" masa depa nak order makanan tu kemain staf dia bgtau bermacam menu..bila nak order semua HABIS🤣

    BalasPadam
  2. Baru baca pengalaman sama dialami oleh SA tapi di Mitsui Sepang. Kalau saya pun boleh hilang sabar kalau semua makanan yang kita nak tapi takde sudahnya kena pilih makanan yang tak berkenan di hati tapi terpaksa pilih jugak sebab dah duduk.

    BalasPadam
  3. adoii kalu sy pun hilangg mood nk mkn bila order semua xda ni.
    biasa sr pilihn ciknur kek karot dia memngg sedapp pd tekak he hzz

    BalasPadam
  4. Memang boleh mendatangkan marah, Kak Amie!!

    BalasPadam
  5. Hehehe saya pun begitu .masuk tempat makan dan pesan menu ternyata tak ada..di tawarkan menu lain yg ga selera 🤭

    BalasPadam
  6. Kena pegi kedai mamaklah
    Nak apa semua ada

    BalasPadam
  7. Ler.. jus buah pun takde. Niaga apa macam ni? Itu ayat suami saya, bila pergi kedai makan, semua benda tak de. Sabor je la.

    BalasPadam
  8. Style macam satu lagi kedai fofular jugak ni, menu penuh katalog tapi bila order takdelah pulak huhu...mungkin strategi nak habiskan jualan menu yg kurang popular?

    BalasPadam
  9. Dah la lapar nk order semua x ada pulak.. i feel u kak... nasib baik ada asam laksa.. sedap kan? sy br pernah try asam laksa SR mmg puas hati

    BalasPadam
  10. Betul tu kak...itulah yang berlaku pada SA masa ke Mitsui Premium Outlet KLIA bulan lepas...

    BalasPadam
  11. Kak SA pun kena mcm ni baru2 ni...tension je kan.

    BalasPadam
  12. Kalau saya pun geram. Kot satu dua yang tak ada tu boleh terima. Tapi kalau banyak yang tak ada dari ada, baik tak payah bagi buku menu. Bagitau je makanan sekian2 saja yang ada.

    Kalau ke SR biasanya pun kami pesan Penang Assam Laksa. Kira tu antara makanan yang kami boleh makan di SR.

    BalasPadam
  13. Kalau sy siap sound..
    "Kalau semua tak de.. nt lama2 org tak dtg tau.".
    Hihi..

    BalasPadam
  14. baru ptg td sy minum ice plum tu. kali ni x berapa manis tp masam tu mmg kaw... rs lega betul tekak ni time panas kena air sejuk masam hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe