Datang Beraya Lebaran Ketujuh

1:50 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita di hari lebaran ketujuh, Jumaat.
Menyantuni anak didik non muslim yang datang beraya. Mudah-mudahan semangat perpaduan semakin erat dalam kalangan rakyat majmuk di negara kita. Inilah masanya mereka memahami budaya serta norma masyarakat Malaysia.

Sebelum cuti hari raya, lebih tiga kali mereka bertanya: Cikgu bolehkah kami datang beraya di rumah cikgu? Sudah tentulah kita jawab: Boleh! Silakan datang. Cikgu tunggu. Paling seronok apabila ada di antara mereka bertanya: Cikgu masak rendangkah? Syukur! Generasi muda dari kaum lain, walau beza agama dan kepercayaan namun sudi mengikuti perkembangan dan budaya masyarakat Melayu. Mereka tahu ada masakan tradisi untuk juadah hari raya.
Dengan senang hati, kita jawab: Nanti cikgu masak rendang untuk kamu!

Walaupun tidak sempat menyediakan pelbagai juadah tradisi, namun sekurang-kurangnya dapat menyantuni kehadiran anak-anak didik untuk turut memeriahkan suasana hari raya.
 
Memang terasa kekurangannya pada hari tersebut kerana pada hari yang sama, Fuad dan Fairuz  berangkat ke Kota Kinabalu pada pukul 10:30 pagi, dan Amie sibuk memasak sarapan pagi untuk keluarga.

Terima kasih sudi datang beraya di rumah cikgu.

Sebelum anak didik datang beraya pada pukul 10 pagi, sempat menyantuni anak-anak buah bersarapan pagi sebelum berangkat ke Kota Kinabalu.

Antara anak-anak didik kesayangan yang datang awal. Mereka merupakan kumpulan pertama yang tiba. Rumah terbuka untuk mereka diadakan pada pukul 10:00 hingga 2:00 petang. Jadi, sepanjang tempoh itu memang tidak putus-putuslah mereka datang, dihantar oleh ibu atau bapa masing-masing.


Sebelum datang beraya, ada di antara mereka bertanya tentang pakaian. Adakah perlu pakai baju kurung? Amie jawab, terpulang dan yang penting nampak sopan. Ada seorang murid lelaki non muslim memakai baju melayu, bersongkok dan bersampin. Sayangnya Amie tak sempat rakam gambarnya kerana pada masa yang sama Amie berada di dapur untuk meneruskan kerja masak-masak!


Pandai mereka membawa diri, dan duduk bersila!


Kali ini hanya Aseeyah dan Abang Farid yang membantu di dapur. Aseeyah akan menjaga bahagian makanan, sekiranya berkurangan akan segera tambah makanan yang masih panas dari dapur. Encik Suami pula bantu sediakan air minuman. Abang Farid cuci pinggan mangkuk.

Menu ringkas yang sempat Amie sediakan:
  • Nasi Minyak
  • Sayap Ayam Goreng 
  • Rendang Daging
  • Acar Mentah
  • Dalca Tulang


Tak sangka pula mereka suka makan rendang daging!


Amie minta Abang Farid tinggalkan pinggan mangkuk di sinki supaya melayani kawan-kawan Fuad. Mereka merupakan bekas anak murid Amie juga. Sebenarnya mereka tahu Fuad sudah berangkat ke Kota Kinabalu, tetapi mereka datang juga dengan hasrat untuk ziarah kita.

Terima kasih sudi ziarahi cikgu.

Amie teruskan masak-masak kerana pada sebelah petangnya ada tetamu lain akan datang, termasuk anak buah dan adik ipar. Anak buah teringin makan nasi lemak kerana katanya sewaktu majlis berbuka puasa di kampung, dia tidak dapat makan sebab sudah habis! Amie masak dua jenis nasi lagi iaitu nasi putih dan nasi lemak.


Aseeyah sempat kupas mangga muda untuk dijadikan kerabu. Jadi, ada lauk untuk nasi lemak, dan lauk untuk nasi putih.
  • Sambal Sotong
  • Telur Rebus & Hirisan Timun
  • Rendang Daging
  • Kacang Tanah dan Ikan Bilis Goreng
  • Sayap Ayam Goreng
  • Sambal Goreng Jawa
  • Dalca Tulang
  • Acar Mentah
  • Kerabu Mangga



Sekian. Kisah Lebaran Hari Ketujuh


13 comments

  1. Wow! Banyaknya kuih dalam balang!

    BalasPadam
  2. meriahnyaaa...rumah SA dh xde org datang..close shop sbb kami kuarantin covid 19..

    BalasPadam
  3. bukan selalu kan dpt dtg ke rumah cikgu... pandai diorg dtg jumpa cikgu time raya😀

    BalasPadam
  4. MasyaAllah hebat kak Amie mampu memasak macam-macam. Saya baca je terasa penatnya. Tapi tentu hilang rasa penat bila tengok tetamu makan dengan berselera.

    Seronok saya tengok perpaduan antara kaum di sana. Pandai anak murid bertanya berkenaan pakaian.

    BalasPadam
  5. Terbaiklah Kak Amie, masak macam² menu dan segala jenis nasi :D

    Seronok sy tengok kawan² cikgu yg berkongsi gambar anak² murid datang beraya. Semuanya menerima kehadiran murid² dgn tangan terbuka 👍

    BalasPadam
  6. Pasti seronok anak-anak didik datang ziarah 🥰

    BalasPadam
  7. cepatnya akak masak sempat masak macam2 menu..

    BalasPadam
  8. Macam-macam menu cikgu amie dlm sehari ye... untung jd anak murid cikgu amie... kalau sy, masa sejenis je mlm kelmarin

    BalasPadam
  9. Tangkas dan hebat di dapur, Kak Amie. Juadahnya pun nampak enak2 belaka tu. Sy tertarik dengan anak murid Kak Amie yg berkebaya putih.

    BalasPadam
  10. Kita pun nak datanf beraya jugak lah...
    Terliur semua menu tu

    BalasPadam
  11. sibuk betul akak raya ketujuh tu ye dari pagi sampai ke malam melayan tetamu, penat tapi seronok bila anak murid dan anak buah datang berziarah dan mkn masakan kita.

    BalasPadam
  12. Sejuk rasa hati baca entri ni. Terasa begitu harmoninya bila tiba hari raya. :D
    Hebatnya Amie memasak, dibantu keluarga. Banyak betul lauk. Seronok tetamu dapat menjamu selera.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe