Basahkan Tekak dengan Dragon Fruit & Mango Ice Shaved

9:46 PTG

Bismillahirrahanirrahim.
Hari ini panas membahang. Tekak rasa kering. Encik Suami ajak singgah untk basahkan tekak di Happy Spoon. Kami sering datang ke sini kerana tempatnya menghala jalan pulang ke rumah kami. Selain tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan yang dipesan, rasa dessert dan menu lain pun sedap belaka.

Dragon Fruit & Mango Ice Shaved
RM14.50

Dessert ini memang perlu bantuan orang kedua atau ketiga untuk menghabiskannya!

Amie: Singaporean Style Meehoon
RM9.50

Pagi tadi Amie bawa bekal nasi berlauk ke sekolah. Firdaus pun bawa bekal sama. Jadinya, Amie hanya pesan Singaporean Style Meehoon sahaja. Amie minta tolong Encik Suami makan sebab perut tak mampu menampung!

Singaporean Style Meehoon didatangkan bersama kicap lada yang sedap!

Encik Suami: Fish Fillet HamChoy Meehoon Soup
RM11.50



Encik Suami suka rasa kuah bihun sup ini. Cukup rasa katanya. Ada rasa masam, ada rasa santan. Dan banyak pula ikan goreng rangup di dalamnya. Ditambah pula dengan tauhu dan sawi masin. Sempat jugalah kita hirup dua tiga sudu kuahnya dan makan dua keping ikan goreng rangup. Memang sedap!

Agaknya hirisan halia itu pun Encik Suami kunyah, sebab apabila Amie tengok mangkuknya, yang tinggal hanta kepingan tomato sahaja! 

Sewaktu kami sedang makan, tiba-tiba hujan turun dengan lebat disertai hunyi guruh yang kuat berdentam-dentum!
Alhamdulillah.
Setelah mengharungi cuaca panas setiap hari, mudah-mudahan hujan yang turun mencurah-curah itu membawa rahmat.


11 comments

  1. Nampaksedap je Dragon Fruit & Mango Ice Shaved tu..

    BalasPadam
  2. Special meehoon sup dia, ada santan. Suka tengok dragon fruit and mango ice shaved. 😋

    BalasPadam
  3. Unik Mee hoon sup tu, ada santan dan ikan goreng rangup, teringin juga sy nak mencuba :)

    BalasPadam
  4. First time tengok mee hoon soup macam tu..mesti sedap betul ni...mana plak nak cari kat KL dan Seremban..sure xde

    BalasPadam
  5. Kalau sy pun, nak aje singgah Happy Spoon ni setiap hari. Happy, hari2 takyah masak, heheheh. Kuah Bihun Sup bersantan tu, sekali imbas macam Char Mee.

    BalasPadam
  6. Perpaduan warna yg cantik buah naga dan mangga .pasti sedap dan segaar

    BalasPadam
  7. alaaaa.. sedapnya nengok bihun sup santan tu.. nampak isi pun banyak.

    BalasPadam
  8. mehun sup nya menarik betul kak, kat sini tak pernah jumpa... mesti sedap rasanya berlemak sikit gitu

    BalasPadam
  9. Teringin pulak nak merasa bihun sup tu.. aduhhh kene riki² tiket belon ke niii. Hihihi

    BalasPadam
  10. Singaporean mihun tu adakah sama dengan mee siam?
    sebab ada kuah tu .
    Musim panas ni pekena dessert memang layan ni

    BalasPadam
  11. fish filet hamchoy tu mengancam sangatlah kak... waduhhhhhh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe