Resipi Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

7:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi kita masak Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak. Satu kepala dibelah dua, jadi separuh kepala sahaja seberat 500 gram. Paling seronok sudah tentulah sewaktu terbit minyak, kita tambah air dan masak lagi sehingga terbit minyak lagi. Lebih kurang dua atau tiga kali pecah minyak, barulah kita masukkan kepala ikan serta kacang bendi dan hirisan tomato.

Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

Sayur Campur Tumis dengan Fish Ball

Ada sedikit kobis bunga, putik jagung, cendawan tiram dan lobak merah dalam peti sejuk. Kita tambahkan fish ball dan hiriskan cili merah serta cili hijau. Pecahkan bawang putih dan tumis kering. Memang licinlah jawabnya!

Tambahkan hirisan mangga, nanas dan buah anggur sebagai pencuci mulut.

Jus Tembikai

Sementara Amie masak di dapur, Abang Farid bantu buat jus tembikai. Semua hidangan siap beberapa minit sebelum azan maghrib. Encik Suami dan Firdaus sampai ke rumah, terus masuk dapur dan kami berempat menemaninya berbuka puasa. 

Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak

Resipi Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak
Bahan-bahan:
  • 1/2 bahagian kepala ikan jenahak seberat 500 gram
  • 600 ml air
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 biji tomato - belah 2
  • 10 batang kacang bendi
  • 2 batang serai - dititik
  • 5 tangkai pokok kesum
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis
Bahan kisar:
  • 20 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 2 cm belacan
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana.  Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa dan asam keping. Gaul sebati.
2. Masukkan air dan biar mendidih sehingga pecah minyak sekali lagi. Jika suka boleh tambahkan air dan didihkan lagi sehingga terbit minyak lagi.
3. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan serta kepala ikan jenahak. Tambahkan lada putih tumbuk.
4. Masak kepala ikan jenahak di antara 4 hingga 5 minit dan kemudian terbalikkan bahagian sebelahnya. 
5. Seterusnya masukkan kacang bendi dan  potongan tomato. Biarkan seketika sehingga kepala ikan jenahak masak dan  kacang bendi berubah warna.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
7. Padamkan api dapur.

11 comments

  1. Wah...asam pedas kepala ikan jenahak..
    Kita paling suka daging pipi ikan sebab teksturnya berserat macam isi ayam.
    Korek pul pangkal mata ikan yang berlemak tu..uiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Mama Cella!
      Tang mata tu jangan sesiapa berani usik hahahahaaaa!

      Padam
  2. Wahhhh.. besar betul kepala jenahak tu, Kak Amie. Mesti leka mengorek isi di kepalanya tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar SK, sampai tak terfikr dan bubuh dalam bekas yang mana sesuai. Akhirnya tangkap gambar dalam kuali saja.

      Padam
  3. makan asam pedas renjis kicap manis sikit fuhhh sedap 'giler'
    lama abg farid cuti raya..firdaus mesti happy kakak aseeyah kesayangan masih di Lahad Datu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmemang sedap Afzan, tambah pula nasi masih panas!
      Abang Farid akan balik KL pada 10 Mei.

      Padam
  4. Telan air liur sambil baca entri ni. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput Nur.... memang sedap hihihiiii.

      Padam
    2. asam pedas ikan jenahak mmg 👍👍👍sy prefer yg cair skkit nnt bleh hirup kuahnya😂

      Padam
    3. Kuah asam pedas memang tak tolak punya!

      Padam
  5. asam pedas sentiasa sedap, lagi lah asam pedas kepala jenahak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe