Sedapnya Ikan Selayang Ekor Merah (Ikan Sardin) Goreng Sambal Tomato!

12:07 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini agak lewat ke dapur. Masih terasa letih kerana kelmarin mengikuti program di sekolah, dan pada sebelah malamnya pula menghadiri majlis perpisahan sempena hari bersara seorang rakan sekerja merangkap jamuan hari raya yang dianjurkan oleh kelab staf sekolah. 

Selamat berhujung minggu dan selamat menyambung raya. Tentu masih ada yang mendapat jemputan ke rumah terbuka pada hari ini. Kami dapat jemputan ke sebuah rumah tetapi belum dihadiri lagi. Encik Suami belum pulang lagi. Pukul 10 pagi tadi, Encik Suami hantar Abang Farid menemani Aseeyah ke klinik kerana Aseeyah kurang sihat.

Sementara itu Amie masak nasi lebih awal, dan sempat goreng ikan selayang dan kemudian tumis dengan sambal tomato. Pada masa yang sama Amie renihkan sup  ayam campur kurma merah. Oleh kerana perut pun sudah berkeroncong sebab tidak ambil sarapan, jadi Amie pun makanlah nasi dengan Sambal Tomato Ikan Selayang sambil hirup sup ayam campur kurma merah. Sedapnya hanya kita saja yang tahu.... ahaks!

Ikan Selayang Ekor Merah Goreng Sambal Tomato

Ikan Selayang @ Ikan Sardin kalau di Sabah dipanggil ikan basung. Ada pelbagai jenis, termasuk saiz besar dan saiz kecil. Katanya yang paling sedap ialah ikan selayang berekor merah. Memang betul! Selayang @basung ekor merah lebih sedap. Agaknya begitulah perumpamaannya beza rasa antara ikan tongkol hitam dengan ikan tongkol putih. Orang kata ikan tongkol hitam lebih sedap. Apa pun 'sedap' itu subjektif sifatnya. Kita sekadar kongsi info sahaja.
Lupa pula hendak ambil gambar ikan basung @ selayang ekor merah sebelum diolah. Amie kongsikan gambar ikan selayang ekor dari entri lama di bawah ini.

Gambar dari entri : LAKSA SEDAP DENGAN KUAH 3 JENIS IKAN

Ikan Selayang Ekor Merah Goreng Sambal Tomato

Resipi Ikan Selayang Ekor Merah Goreng Sambal Tomato
Bahan-bahan:
  • 10 ekor ikan selayang ekor merah - bersihkan - lumur sedikit garam dan kunyit - goreng hingga masak - angkat - ketepikan
  • 3/4 cawan minyak
  • 3/4 cawan gula Melaka parut
  • 2 keping asam gelugur
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
  • 40 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili merah
  • 5 biji tomato merah / masak - potong dadu
  • 5 biji buah keras
  • 1/2 cawan ikan bilis (gantikan belacan)
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit aroma.
  2. Masukkan gula Melaka parut dan asam gelugur.
  3. Biarkan masak sehingga mendidih seketika.
  4. Perlahankan api dapur, dan kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawahnya.
  5. Setelah bahan tumisan terbit minyak, perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  6. Masukkan ikan selayang ekor merah @ basung dan gaul rata.
  7. Padamkan api dapur.
Amie tambahkan hirisan cili hijau sebelum padamkan api dapur.
Memang sedap sungguh makan dengan nasi putih. Untuk menikmatinya tak perlu tambah lauk lain. Amie sediakan sup ayam kurma merah di sebelah. Jadi kalau rasa tercekik, hirup sup beberapa sudu. Nyaman bah! 

Sup Ayam Kurma Merah



8 comments

  1. Saya rasa, saya tak pernah jumpa ikan sardin ekor merah dekat sini.

    BalasPadam
  2. perghhhh mantap kak. dpt ke st ni konpem bertambah tambah🤭

    BalasPadam
  3. Baru tahu ikan selayang ada yg ekornya merah. Lepas2 raya ni, dapat nasi putih dengan lauk macam ni, mahu bocor periuk nasinya Kak Amie!

    BalasPadam
  4. Oh..ikan basung tu ikan selayang spesis ekor merah yer..Saya belum pernah jumpa spesis ni kat pasar

    BalasPadam
  5. nampak fresh betul ikan selayang nya tu kak, ini mak dana selalu panggil ikan kembung kacang sebab badannya panjang heheheh

    BalasPadam
  6. Bulan Syawal, nak menu macam ni je nak makan dengan nasi putih. Mungkin dah jemu dengan lemang, ketupat, kuih raya..hikss

    BalasPadam
  7. 1st time tau ada ikan selayang ekor merah...new info ni...

    BalasPadam
  8. Eh rasanya pertama kali tengok ikan selayang ekor merah ni kak amie...x pernah jumpa lagi di semenanjung

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe