Kuih Raya Yang Tinggal
6:04 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Syawal sudah berakhir. Hari raya sudah berlalu. Jom kemas balang kuih-muih. Tahun ini agak banyak kuih raya kami. Fuad berkali-kali bertanya, Mommy hendak kuih apa? Kita kata, tak perlu beli kuih. Walaupun sudah diberitahu berkali-kali, tak perlu beli kuih tetapi Fuad dan Fairuz beli juga kuih-muih di Kota Kinabalu dan bawa pulang ke Lahad Datu. Abang Farid pun bawa kuih juga, kiriman Bonda kita dari Selangor!
Hari ini sudah dapat mesej dari sekolah, terima arahan untuk aktiviti mentor mentee di kelas esok pagi.
Elok sangatlah! Sebelum loceng waktu pertama berbunyi, kita hendak jamu anak murid makan kuih!
Antara kuih raya yang sudah tersedia dalam bekas untuk dibawa ke sekolah esok pagi:
Tart Nanas Berkeju Kek Lapis Pandan Mini Popia Inti Serondeng Udang Kering |
Tart Nanas Berkeju |
Kek Lapis Pelangi |
Mini Popia Inti Serondeng Udang Kering |
Malam ini kena study tentang Kemahiran Komunikasi untuk aktiviti mentor mentee esok pagi. |
6 comments
Uncle yg jenis kacang-kacang semua dah habis!
BalasPadamKek Lapis Pelangi tu mesti jadi rebutan anak2 gadis!
BalasPadamSaya suka popia mini. Bahaya bila makan, susah nak berhenti. :)
BalasPadamKadang yang last ni lah begitu nikmat sekali untuk dimakan. Sebelum ni tak begitu hiraukan kuih-kuih raya sebab lebih gemar makan yang berat.
BalasPadamSA plak masih ada biskut mazola dan rempeyek...ntah bila la nak habis tu
BalasPadambiskut raya dana tiap hari bawak ke pejabat seronok tengok kawan opis ngap ngap
BalasPadam