Bismillahirrahmanirrahim.Kelmarin kita sengaja cari pasal supaya boleh singgah makan di Happy Spoon lagi. Kita hanya bawa bekal buah tembikai dan buah honeydew sahaja. Jadi, menjelang tengah hari sudah tentulah rasa lapar yang tak boleh dibawa bincang. Encik Suami senyum-senyum sahaja apabila kita kata hendak makan di Happy Spoon. Firdaus bertambahlah gembiranya! Sebelum ke sekolah agama boleh isi perut. Biasanya kalau sudah kenyang perutnya,...
Bismillahirrahmanirrahim.Jom jalan-jalan ke Perdana Square Lahad Datu. Kita singgah di Jom Steak Western Cuisine. Di sini kami berdating-datingan berdua dengan Encik Suami. Encik Suami memilih Talam Western For 3 Pax walaupun hanya kami berdua. Katanya, sengaja pilih set ini. Kalau tidak habis, boleh bungkus bawa pulang. Memang tak habis pun terutama kentang goreng dan chicken chop.Talam Western For 3 PaxAmie : Jus HoneydewTalam...
Bismillahirrahmanirrahim.Jom makan Pulut Mangga. Tapi cara kita masak pulut barangkali lain dari kebiasaan. Kita kisar mangga dan tambahkan santan serta garam. Sewaktu kita keluarkan pulut yang sudah dikukus selama 15 minit, kita gaul dengan mangga kisar campur santan dan garam tadi. Kemudian kita kukus semula.Sementara menunggu pulut tanak, kita sediakan kuahnya pula. Akhirnya siaplan Pulut Mangga yang kita idam-idamkan seperti di bawah ini.Pulut...
Bismillahirrahmanirrahim.26 April 2023, kami beraya ke rumah sepupu Encik Suami. Tempat kediamannya berada di taman perumahan yang sama dengan kami. Rupanya hampir sebulan lamanya kita simpan gambar beraya! Kami sengaja datang lebih awal sebab selepas beraya di sini kami akan sambung beraya di rumah anak buah pula. Ketika sedang duduk makan sate di ruang tamu kedua, mata terpandang ruang tamu pertama yang sarat dengan...
Bismillahirrahmanirrahim.Cerita kelmarin.Tak sempat buat sarapan untuk bekal ke tempat kerja. Hanya bawa hirisan honeydew dengan air kosong sahaja. Sibuk dengan kerja sampai lupa perut tidak diisi dengan makanan berat sehinggalah tamat sesi persekolahan. Firdaus pula mengadu lapar. Jadi sebelum hantar Firdaus ke sekolah agama, kami pun singgah di Bandar Tabanak untuk cari makan tengah hari. Firdaus hendak makan nasi ayam di Bee Bee...