Jalan-Jalan Cari Sate di Tawau
1:37 PTG
Jom jalan-jalan cari sate di Tawau pula. Walaupun namanya sate, diperbuat dari bahan yang sama tapi setiap daerah yang disinggahi, pasti meninggalkan rasa sate yang berbeza. Kadang-kadang berbeza dari segi kuah kacang, dan terlebih lagi sate itu sendiri. Ada yang rasa berempah, ada pula yang hanya gunakan perasa yang sederhana tetapi bila dicelup dalam kuah kacang, teramat sedaplah pula bila masuk mulut!
Gambar sate ayam di atas Amie ambil sewaktu kami makan di Gerai Sate Kokos dan Sayap Madu Sueita, Fijumart, Taman Emas, Tawau. Oleh kerana sudah biasa makan sate air tangan orang Cocos di Lahad Datu, jadi sudah dapat membayangkan rupa dan rasa sate Kokos di Tawau pula. Sate yang dihidangkan tidak diselaputi dengan pelbagai rempah, tetapi mempunyai rasa yang seimbang manisnya, bila dicelup dalam kuah memang terasa enaknya ketika dinikmati!
Kami memesan 5 cucuk sate daging, 5 cucuk sate kambing dan 15 cucuk sate ayam.
Gerai ini dibuka pada pukul 5 petang, tetapi kami tiba di sini lebih awal iaitu pada pukul 4 petang. Bagaimanapun, kami tetap juga dilayan.
Sate daging dan sate kambing terasa lembut bila dimakan panas!
Encik Suami pula tidak ketinggalan memesan gogos atau pulut panggang. Amie pula lebih sukakan nasi himpit. Maka Encik Suami pun terpaksalah berhempas-pulas menghambiskan dua batang gogos yang dipesan.
Secucuk sate kambing dan sate daging berharga RM1.50 sen manakala harga secucuk sate ayam ialah RM1.00 tidak termasuk nasi himpit.
Memang kenyang sungguhlah makan sate di sini sambil menyedut air kelapa muda!
Ini dia gogos @ pulut panggang bersaiz besar.
Dan sayap ayam panggang.
Tongkeng ayam pun ada.
Saiznya pun besar-besar juga.
Ketika hendak bergerak pulang ke Hotel King Park, terpandang pula sebuah gerai sate bersebelahan tempat kami makan tadi. Memandangkan pada hari tersebut (Jumaat petang) dan keesokan paginya Encik Suami dan anak-anak akan pulang ke Lahad Datu, jadi Amie fikir mungkin boleh datang lagi ke sini pada minggu hadapan setelah Amie selesai bermesyuarat.
Petang Isnin yang dinanti pun tiba. Encik Suami datang semula ke Tawau bersama Fairuz dan Firdaus. Mereka akan bermalam di Tawau, dan keesokannya kami akan pulang bersama ke Lahad Datu.
Di kesempatan ini, kami berkunjung ke gerai Satay Wak Hassan pula.
Kami pesan 5 cucuk sate kambing, 15 cucuk sate ayam dan 5 cucuk sate daging.
Memang kenyanglah kami anak-beranak makan sate di sini.
Encik Suami kurangkan jumlah gogos, kalau sebelum ini terpaksa habiskan dua batang tapi kali ini dia pesan sebatang sahaja.
Tambah lagi satu menu iaitu tongkeng ayam panggang cecah dengan sambal kicap yang sangat sedap!
Inilah makan malam kami.
Sungguh mengenyangkan, sate ayam, daging, kambing, tongkeng ayam, nasi himpit, gogos dan air kelapa muda.
Selepas ini, tak pasti bila boleh makan sate di sini lagi.
2 comments
Rindunya Tawau. Masa kerja di Tawau dulu, memang selalu singgah beli buntut ayam & gogos. Bila dah balik semenanjung, itu antara makanan Tawau yang diingat-ingat 😅
BalasPadamAduh..menggoda betul la kak amie punya entry satay ni...mana la nak cari sate sedap ni...kat seremban ni nak kena pandai cari satay
BalasPadam