Sate Ayam Harga 50 Sen Secucuk
6:18 PTG
Suatu hari, Fairuz bawa pulang sate ayam. Katanya, beli di warung di hadapan kedai runcit taman perumahan. Katanya lagi, harga sate ayamyang dibeli hanya 50 sen secucuk. Amie biarkan dia makan sendiri. Pada hari yang lain pula, sekali lagi dia bawa pulang sate ayam. Sama seperti sebelumnya, katanya harga sate secucuk 50 sen. Katanya lagi, Mommy tak mahu cuba rasakah? Sedap!
Amie pun makan secucuk. Memang sedap! Sama sedapnya dengan harga sate ayam secucuk RM1.
Amie dan Encik Suami hairan, bagaimana ada penjual sate ayam menjual dengan hanya 50 sen secucuk, sedangkan kami beli sate di pelbagai tempat dengan harga RM1.00 secucuk. Kalau sate kambing atau daging lembu, RM1.50 sen secucuk!
Minggu lepas, kami ada kelapangan masa. Amie dan Encik Suami mengunjungi pasar malam LD di Seri Perdana. Memang benarlah seperti apa yang Fairuz kata. Memang ada sate ayam secucuk berharga 50 sen! Dan bukan dijual di sebuah gerai sahaja, tetapi di beberapa buah gerai yang lain. Mari kita lihat sate ayam harga 50 sen secucuk.
Inilah sate ayam harga 50 sen secucuk.
Di sebelah sana yang sedikit terlindung, sate ayam 50 sen secucuk, dan sate daging RM1.00 secucuk. Biasanya harga sate daging RM1.20 - RM1.50 secucuk. Beruntunglah kami sebab beli sate ayam harga 50 sen secucuk, sate daging yang dijual pula hanya RM1.00 secucuk.
Gambar atas dan bawah, sate ayam RM1.00 secucuk.
Tidak banyak beza saiz sate ayam harga 50 sen dan RM1.00 secucuk.
Rasanya pun sama-sama sedap, baik sate atau pun kuah kacangnya.
Nampaknya banyaklah kami dapat berjimat dengan memilih untuk membeli sate ayam berharga 50 sen secucuk!
Banyak berjalan luas pemandangan, rajin jalan-jalan cari makan dapat beli sate ayam harga lebih murah. Moga para peniaga sate akan terus bertambah rezeki dan maju dalam perniagaan mereka. In shaa Allah.
4 comments
kat kampung dana pun ada orang jual sate 60sen secucuk ayam dan daging sama je, tapi dia punya isi besar lagi dari yang akak tunjuk tu... kalau kt KL nih compom sama dengan harga sate rm1.20 secucuk...
BalasPadamsebab tu kalau balik kampung beli rm40 sate pun puas makan 5 beranak, kalau kt kl ada juga yang jual sate 60sen tapi satenya nipis jelah kak, kalau yang besar memang seringgit lebih harganya
"Dapatkan SUPER BONUS NEW MEMBER 150% dalam permainan dan mainkan permainan kesukaanmu hanya dalam 1 user id. Ikuti juga promo menarik lainnya yang kami sediakan hanya di bbet99.fun . 100% TERPERCAYA.
BalasPadamBOLA ONLINE
Agen Bola
Taruhan Bola"
Sedapnya satay. Dapat satay perut emmm lagi sodap
BalasPadamSedap betul satay tu kak amie..teringin plak SA
BalasPadam