Lupa dah bila masanya buat Sambal Belacan Manggis! Tak apalah! Tepek jew di sini untuk rujukan anak-anak akan datang, sebab mereka pun suka makan sambal belacan manggis! Seingat Amie ketika itu ada lebihan beberapa biji buah manggis yang tidak dimakan. Jadi, eloklah buat sambal belacan. Inilah isi manggis itu. Kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan, dalam apa juga sambal Encik Suami memang mahu tambah...
Selamat pagi warga Malaya dan Borneo dan juga pengunjung dari negara-negara jiran. Moga pagi ini sentiasa ceria bersama keluarga tersayang, rakan-rakan, jiran tetangga dan sanak saudara. Bagi yang sedang menjalankan tugas, senyum-senyum selalu.... ahaks! Jom makan Nasi Goreng Tempoyak. Makan sepinggan, kenyang sampai tengahari tau! Mari kita lihat resepinya di bawah ini. Bahan-bahan: 4 cawan nasi putih 2 sudu besar tempoyak 1 cawan...
Teringin nak makan ikan mackerel dalam tin! Orang selalu kata ikan sardin! Ikan sardin atau ikan mackerel, hentam saja panggil ikan sardin sebab dua-dua jenis ikan ini duduk dalam tin.... ahaks! Maka dari dahulu sampai sekarang kita pun panggil saja sardin! Sardin pun sardinlah labu....hiks! Dua-dua jenis Amie suka, ikan sardin atau ikan mackerel. Kali ini tangan 'terambil' tin mackerel pulak! Tak apalah....
Selalunya masak tempoyak dengan ikan patin tapi kali ini nak masak tempoyak dengan ikan susu. Encik Suami suka kuah tempoyak yang cair, jadi tak payah bubuh santan. Kira masak asam rebus bubuh tempoyaklah ceritanya ni... ahaks! Masak sajalah dengan apa sahaja bahan yang ada. Pandai-pandailah olah untuk hidangan keluarga. Ketika kuah Asam Rebus Tempoyak Ikan Susu sedang mendidih di atas dapur, Fairuz muncul...
Alhamdulillah. Walaupun suka makan Sambal Tempoyak dengan Ikan Bilis, Petai dan Terung Pipit, tapi tidaklah selalu sangat memasaknya. Kalau sudah semangkuk sambal begini terletak di meja hidangan, memang sanggup tolak separuh nasi dalam pinggan! Bukan apa... suka meratah sahaja! Amie lebih suka masakan sambal tempoyak yang tidak terlalu pedas kerana ingin menikmati kerangupan rasa petai dan juga terung pipit. Ada kalanya jika sambal...
Assalamualaikum dan selamat petang. Ada lagi menu resepi tertinggak yang baru sempat dijadikan entri. Alhamdulillah, masih ada saki-baki semangat untuk menulis resepi dan berkongsi gambar masakan seadanya. Resepi sayur losun ini telah beberapa kali Amie kongsikan di dapur maya ini. Amie suka masak sebab Encik Suami suka makan sayur ini... ahaks! Kebetulan ada cili putih, jadi masak sahajalah sayur losun seperti biasa dengan...
Lama tak meratah kerabu perut! Tambahkan pucuk paku dan taugeh.... walllaaaa! Kerabu Perut, Pucuk Paku dan Taugeh ini diolah seringkas-ringkasnya dan semudah-mudahnya! Tidak ada penggunaan kerisek dan juga santan. Kelapa parut pun hanya ditumbuk sedikit dan terus gaul. Hurrrmmm... Kalau Bonda nampak ini mesti dia tegur: Kenapa tak bakar dahulu kelapa sebelum parut? Kalau tak mahu bakar kenapa tak disangan sebentar? Kenapa begitu,...
Assalamualaikum. Jumpa lagi. Jom main masak-masak. Kita olah masakan yang ringkas dan mudah sahaja. Maklumlah pulang dari kerja, perut pun lapar semacam. Kebetulan pula Fuad sudah masak nasi dan rendam dada ayam. Masaklah apa pun, yang penting cepat siap dan boleh masuk perut...ahaks! Maka terhidanglah Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Manis. Masing-masing sudah tentu ada kaedah dan cara tersendiri untuk menghasilkan hidangan ayam...
Assalamualaikum. Hari ini Amie ingin kongsikan menu telur padi atau biasanya kami panggil telur hitam. Ada nama lain bagi telur padi ini misalnya telur seratus tahun bahkan ada yang memanggilnya telur seribu tahun! Telur itik awet ini juga dikenali sebagai telur pindang Cina kerana katanya asal-usulnya dari Hunan semasa Dinasti Ming. Encik Suami suka kalau telur padi ini disediakan dalam bentuk acar atau...
Jom sembang makanan tradisi masyarakat Bajau belah pantai timur Sabah khususnya di Lahad Datu. Setiap kali keluar ke kedai mesti terpandang gerai jualan ikan panggang, putu, tompek dan juga kilau. Kadang-kadang kalau tak ada selera makan, memang gerai itulah yang dituju. Beli sebatang dua putu bersama sebungkus kilau serta ikan panggang. Pendek kata makanan tradisi ini memang ada di mana-mana, baik di warung...