Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Manis
7:56 PTG
Assalamualaikum.
Jumpa lagi.
Jom main masak-masak. Kita olah masakan yang ringkas dan mudah sahaja. Maklumlah pulang dari kerja, perut pun lapar semacam. Kebetulan pula Fuad sudah masak nasi dan rendam dada ayam. Masaklah apa pun, yang penting cepat siap dan boleh masuk perut...ahaks!
Maka terhidanglah Ayam Goreng Kunyit dengan Kacang Manis.
Masing-masing sudah tentu ada kaedah dan cara tersendiri untuk menghasilkan hidangan ayam goreng kunyit. Terpulanglah nak masak cara mana, yang penting rasa sedap dan boleh diterima seisi keluarga.
Bahan-bahan:
700 gram dada ayam - potong kiub ikut saiz yang digemari - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit selama 15 minit
15 biji kacang manis - bersihkan - potong 2
1/2 batang lobak - belah 2 - hiris nipis
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
1 labu bawang besar - hiris kasar
3 ulas bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
2 cm halia - hiris nipis
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
garam / gula / perasa pilihan
4 sudu besar minyak
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta halia hingga terbit bau.
2. Kemudian masukkan dada ayam perap garam kunyit dan gaul rata. Kacau beberapa kali sehingga dada ayam masak.
3. Masukkan hirisan lada merah, lada hijau, lobak, kacang manis dan bawang besar.
4. Gaul rata. Biarkan masak sehingga kacang manis berubah warna.
5. Taburkan lada putih, garam / gula / perasa pilihan.
6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
2 comments
Assalamualaikum kak Amie...
BalasPadamsedap ni ayam goreng kunyit, biasa nani wat dgn kacang panjang.. kalau kacang manis ni biasa letak dlm tomyam je.. boleh try pulak lepas ni wat letak kacang manis.. TQ kak amie.. :)
sedap ni masak ngn kacang manis nih, dana suke masukkan kacang tu last2 biar rangup lg
BalasPadam