Mudahnya Masak Udang Galah Sambal Pedas Berapi dengan Kacang Panjang!
4:58 PTG
Selamat petang dan selamat memulakan hari rehat di hujung minggu.
Tak mahu panjangkan cerita, mari kita jamu mata dengan Udang Galah Masak Sambal dengan Kacang Panjang. Sebenarnya masakan ini merupakan hidangan makan malam kami pada minggu lepas, tapi agak terlewat untuk dijadikan dipaparkan.
Masakan ini memang sedap dinikmati bersama nasi panas atau nasi lemak. Sambalnya itulah yang memikat selera, dan kacang panjang ditambah sekadar untuk memudahkan proses masak sekali harung. Jadi, tak perlu masak sayur lagi. Jom kita lihat resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
400 gram udang galah - bersihlan - bilas - toskan
10 batang kacang panjang - potong ikut panjang yang digemari
1/2 labu bawang besar - hiris kasar
1 sudu kecil pati asam jawa
4 sudu besar minyak
garam / gula melaka / perasa pilihan
Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu kecil belacan
1 batang serai - ambil isinya yang putih
1/2 cm halia
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, dan belacan dengan api sederhana hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan pati asam jawa dan gula melaka secukupnya. Kacau sebati.
3. Masukkan udang galah dan kacau beberapa kali. Biarkan sehingga udang galah masak.
4. Seterusnya masukkan kacang panjang.
5. Setelah kacang panjang berubah warna, taburkan hirisan bawang besar, garam / perasa pilihan secukupnya.
6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Anak-anak sukakan rasa sambal yang melekit pada badan udang galah! Walaupun pedas, tapi lazat!
4 comments
Sedapnya Amie..kat sabah senang nak dapat udang kan Amie
BalasPadamAcik,
BalasPadamSekarang susah sikit nak dapat udang, harganya pun dah tak masuk akal. Biasanya kami beli terus dari nelayan, pesan melalui kawan. Dapat murah sikit.
Tengok je dah sedap...😍
BalasPadamLama dah tak makan udang galah.kalau ada pun memang mahal harganya...buat masa ni SA kena kurangkan seafood...doktor dah bising dah..bad cholestrol tinggi
BalasPadam