ADSENSE

Rabu, 10 Julai 2019

Salad Makaroni Buah-Buahan

Jom makan Salad Makaroni Buah-Buahan!
Buah-buah dari dalam tin jew.... bukan buah-buahan segar!



Masing-masing tentu ada resepi yang tersendiri untuk menghasilkan salad makaroni mengikut selera dan citarasa. Begitu jugalah Amie sekeluarga. Anak-anak dan Encik Suami sukakan salad yang berkuah...ahaks!

Amie gunakan 500 gram makaroni. Jadi banyaklah hasilnya. Mari kita lihat resepinya di bawah.

Bahan-bahan:
500 gram makaroni - rebus hingga lembut bersama dua sudu kecil garam - toskan - rendam seketika dengan air sejuk - toskan sekali lagi
1 liter mayonis
250 liter yogurt asli
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
buah-buahan dalam tin seperti tropical fruit cocktail, nanas, nata de coco, jagung, peach dan kismis - tapiskan airnya
1 tin longan dan 1 tin laici - ambil isi dan airnya

Amie bahagikan makaroni kepada dua bekas. Satu bekas Amie akan bawa ke tempat kerja, dan satu bekas lagi untuk santapan keluarga. Untuk memudahkan kerja juga, setiap buah-buahan Amie akan bahagikan kepada dua dan masukkan ke dalam kedua-dua bekas. Begitu juga dengan mayonis, yogurt, susu pekat dan susu cair.

 Cara:
1. Tuangkan mayonis ke dalam bekas berisi makaroni.

 2. Kemudian tuangkan pula yogurt asli.

 3. Gaul rata.

 4. Masukkan tropical fruit cocktail.

 5. Diikuti dengan buah laici bersama airnya.

 6. Buah longan bersama airnya.

 7. Buah nanas.

 8. Buah peach.

 9. Nata de coco, jagung dan kismis.
10. Tuangkan susu pekat dan susu cair.
11. Gaul rata.
12. Simpan semalaman di dalam peti sejuk.

Beginilah hasil kejadian Salad makaroni Buah-Buahan yang digemari anak-anak dan Encik Suami. Mesti nampak berkuah gitew.... hiks! Kismis itu bila terendam, akan menjadi kembang dan lembut. Salad makaroni Buah-Buahan yang Amie bawa ke tempat kerja sudah selamat! Balik kerja terus buka peti sejuk. Makan lagi bersama anak-anak. Menjelang senja, nak masuk Maghrib baru teringat belum ambil gambar. Jadi pinjam sekejap tangan Firdaus, bawa ke tempat yang ada cahaya senja untuk tangkap gambar.

Jemput!

Sekian.
Perkongsian resepi Salad Makaroni Buah-Buahan versi Amie's Little Kitchen. Semua buah-buahan tin itu pilihan Encik Suami dan anak-anak. Amie hanya tambahkan jagung dengan kismis. Eloklah mereka pilih buah yang mereka suka, daripada gunakan buah-buah yang mereka tidak gemar, nanti membazir pula tidak dimakan.

6 ulasan:

Ujie Othman berkata...

wow..meriahnya! Nampak menarik sangat.
1st time tau menu gini tau.

Madam And the kids berkata...

Haishhh ..telan air liur lagi ni. Sedaptu ,dah la warna warni ,membuka selera !

norhidana berkata...

ni pertama kali dana tengok makaroni di jadikan salad ngn buah2an kak... biasa nengok salad ngn sayur2 je... dijadikan salad yg manis mmg tak pernah jumpa tp tgk akak buat tu, menggoda btl ngn isi yg banyak lak tuh

Acik Erna berkata...

Sedapnya tu Amie.acik pun suka longan..laici nenas dan rambutan dalam tin tu.

Amie berkata...

Ujie,
buat jew ikut selera heheeee.

Madam And the kids,
betul tu... anak-anak sukakan salad begini.

Norhidana,
time open house saya memang tak tinggalkan salad begini, laku keras hihihiiii....

Acik,
sedapkan laici dgn longan tu... aromanya pun menggoda!

عبده العمراوى berkata...



شركة تنظيف منازل بصفوى
شركة سامس لمكافحة الحشرات بجدة