Entri tertunggak. Disember 2018 sewaktu jalan-jalan Kota Kinabalu. Dalam perjalanan pulang sempat singgah di Fish Spa, Bombon Kg. Marakau dan Bunnies Secret Garden di Ranau. Walaupun sebelum ini kami sudah mengunjungi Arnab Village, tetapi Firdaus nak juga tengok arnab di Bunnies Secret Garden pula. Hari menjelang petang ketika kami tiba di sini. Bayaran masuk yang dikenakan ialah sebanyak RM5 setiap seorang. Bila melihat...
Selamat berhujung minggu. Jemput nikmati nasi lemak, merangkap sarapan pagi hingga menjelang tengahari, dan petang juga sekiranya masih ada lebihannya. Kali ini Amie tambahkan lauk biasa nasi lemak dengan udang galah goreng. Bagaimanapun Amie 'jaga' sangat sambal yang menjadi'jantung hati' nasi lemak! Kenapa Amie 'jaga' sangat sambal tu....? Orang kata, rosak sambal, rosaklah keseluruhan rasa nasi lemak. Sedap rasa sambal, sedaplah jadinya hidangan...
Assalamualaikum dan selamat petang. Jemput makan Nasi Daging. Siapa tak sudi, memang rugi sebab rasanya sangat sedap....ahaks! Seperti biasa Nasi Daging ini Amie temankan dengan Air Asam Tomato, tapi ada lauk bonus tau! Apa dia lauk bonus tu? Taraaaa..... Dalca Tulang....hehehehee! Berbaloi-baloi rasanya setelah bertungkus-lumus masak, akhirnya terhidangkan hasil air tangan yang sungguh enak. Ikutkan rasa memang nak makan berulang kali....hiks! Jomlah kita...
Jemput makan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol! Sedapnya ya ampuuunnn! Terima kasih buat rakan sekerja Cikgu Nor Kamilah Khalil dan Fauziah Deraman, anak Terengganu yang sudi kongsi resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol. Resepi ini sudah 5 tahun Amie gunakan sekiranya ingin masak nasi dagang. Apa yang membuat Amie terpikat ialah gulai ikan tongkol yang sangat sedap walaupun hanya menggunakan rempah buatan sendiri. Lama...