Kentang Wedges & The Gang
11:52 PG
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung budiman. Jom buka tudung saji di Amie's Little Kitchen dan lihat apa ada di bawahnya. Nampaknya pagi ini ada menu ringkas untuk kita nikmati bersama. Amie sediakan Kentang Wedges & The Gang. Boleh lihat resepi kentang wedges Amie sebelum ini DI SINI, DI SINI, dan DI SINI. Antara resepi yang Amie pernah cuba termasuklah mencampurkan serbuk ENO bersama tepung jagung, lada putih, oregano dan juga daun ketumbar. Ada juga sesekali bubuh lada hitam tetapi rasa lada putih bagi Amie lebih sedap berbanding lada hitam. Dan ada ketikanya Amie goreng kentang wedges dengan menggunakan tepung goreng pisang ADABI dengan tambahan serbuk pati ayam atau pati ikan bilis sebagai penyedap rasa. Apa pun, hasilnya tetap sedap, tetap habis dimakan anak-anak!
Kali ini Amie gunakan serbuk tepung kentucky pula. Cuma perlu tambahkan sedikit serbuk pati ikan bilis untuk melengkapkan rasa disebabkan salutan tepung kentucky yang agak nipis sebab biasanya Amie buat bancuhan tepung tetapi kali ini hanya curahkan tepung kentucky ke atas kentang yang bersalut dengan telur. Seperti biasa bolehlah lengkapkan hidangan ringkas ini bersama beberapa bahan tambahan mengikut selera dan citarasa sendiri.
Resepi : Kentang Wedges & The Gang
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
7 biji kentang - kupas dan potong wedges
1 cawan tepung kentucky
1 sudu makan oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis
1 biji telur - pukul ringan
minyak
Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Tuang telur yang telah dipukul dan gaul sebati.
3. Masukkan oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, tepung kentucky dan serbuk pati ikan bilis.
4. Goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan dan bahan sampingan lain mengikut citarasa.
Oleh kerana anak-anak suka sup, jadi Amie sediakan bersama Cream of Mushroom Soup.
10 comments
Stok kentang ada dalam peti ais tu,,beli sebelum dalam pantang hr tu lagi kak,,boleh cuba yang resipi akak letak eno tu ya,,,
BalasPadamemm..terasa kerangupannya.bila tengok kat blog Amie saya rasa nak buat juga hari ni..
BalasPadamSuri,
BalasPadamyang bubuh ENO tu memang sedap! terasa rangup tepungnya!Tapi yang ni buat gini je sebab malas nak adun tepung he he ehh..
Suzana,
silakan Suzana...
Selamat petang dear kak amie...
BalasPadamWah buat wedges pulak, aduii ada2 jak kak amie ni, sedappp tuuu : )
Ingat nak buat mushroom soup juga hari ni.
BalasPadamWahhh....sedapnya amie.kalau pergi kfc mmg selalu order kentang wedges.
BalasPadamdap dap wat kudapan.. boleh cuba ni.. tq amie cayangg.. :)
BalasPadamkt rmh banyak kentang.xtau nk watpe.leh la wat resepi akak ni...
BalasPadamsedapnya kalo makan ngan cheezy sauce...macam kfc...faa ada resepi dia...akak cuba try...hehe
BalasPadamhttp://faafeefoo.blogspot.com/2011/12/chicken-chop-cheezy-wedges-awesome.html
Terlewat buka tudung saji Amie, tengok gambar jelah, nampak sedap.
BalasPadam