ADSENSE

Ahad, 6 Mei 2012

Kentang Wedges

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Pagi ini Amie bertukar mata coklat perang ke mata biru hijau untuk seketika. Kentang Wedges yang Amie hidangkan pagi ini merupaka menu kegemaran anak-anak. Amie percaya ramai anak-anak sukakan menu begini, termasuk kita sekalilah ye....  Jika berminat bolehlah klik ke SINI untuk resepi Kentang Wedges sebelum ini. Resepi sebelum ini Amie gunakan tepung serba guna tetapi untuk hidangan kali ini Amie gunakan campuran tepung gandum dan tepung jagung, oregano leaves, hirisan daun ketumbar dan juga lada putih.


Resepi: Kentang Wedges
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
8 biji kentang - kupas dan potong wedges
4 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandung
1 sudu oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk ENO
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak

Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, serbuk ENO, dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
3. Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan.



Jemput minum bersama Amie's Little Kitchen. Salam sayang dan ceria selalu! Selamat berhujung minggu bersama keluarga tercinta!

8 ulasan:

Liza berkata...

salam hujung minggu amie....Liza xpernah lg buat sndiri wedges tu, selalu beli jer...ape function eno dlm adunan tu ye...nk bg dia lembut ye...

Pen Biru berkata...

salam k.amie..ni kalau kena dgn cheese cheezy wedges yg sy jual..lagi sedap nih :p

HaSue berkata...

fuhh masuk2 terus tukar mata kaler biru nih kak..

Amie berkata...

Liza,
ENO tu kira ganti baking powder / soda bikarbonat, boleh rangupkan tepung gorengan.

Pen Biru,
ya ya.... tambah sedap!!

Hasue,
kejap je tukar warna Hasue... tengahari nanti cokelat perang semula he he ehh

mama sara nur berkata...

ASSALAM K.aMIE
Wedges ni makanan wajib anak bujang sy he he sedap tp wat sendiri leh makan banyak2 kan

Qasey Honey berkata...

Kak Amie...eno tu bleh dgantikan dgn baking powder yer...

dZana berkata...

aslmkum amie.. ank2 mmg suke bekfes camni.. klau saya suke cekodok jer.. baru tahu eno tu boleh rangupkan tpg.. tq for info n sharing...

Bicara Kak Noor berkata...

salam Mie,fav anak2 yu wedges tapi kak noor tk penah buat pun dok beli ja hehee