Nasi Goreng Hujan Panas
8:55 PG
Assalamualaikum.
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu buat semua pengunjung budiman. Jom ceriakan pagi ini dengan alas perut Nasi Goreng Hujan Panas. Resepi olahan Amie ini merupakan salah satu lagi resepi yang tersiar dalam Majalah AROMA Edisi Januari 2013.
Selalu kita dengar dan kita sediakan nasi minyak hujan panas, tapi kali ini Amie tampilkan Nasi Goreng Hujan Panas pula. Jika berminat, bolehlah lihat resepinya di bawah ini. Amie lengkapkan menu ini dengan pelbagai jenis sayuran untuk menambah khasiat pemakanan.
Resepi :Nasi Goreng
Hujan Panas
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3
cawan nasi putih
¾
cawan isi kerang rebus
2
ulas bawang putih – cincang
½
labu bawang besar – cincang
garam / perasa pilihan
minyak
setitik
pewarna kuning telur, kuning oren, merah dan hijau
Bahan lain:
3
biji telur herba rebus – belah 2
lobak
merah - celur
brokoli - celur
anak
jagung - celur
Cara:
1.
Panaskan sedikit minyak daan tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
2.
Masukkan kerang dan gaul rata.
3.
Masukkan nasi dan sedikit garam / perasa pilihan.
4.
Titiskan setitik pewarna kuning telur, kuning oren, merah dan hijau di atas
nasi goreng.
5.
Tutup api dan biarkan seketika.
6.
Gaul nasi goreng supaya warnanya sekata.
7.
Hidangkan bersama telur herba, lobak merah, brokoli dan anak jagung.
6 comments
Selamat berhujung minggu Amie..
BalasPadamUmmi singgah makan nasi goreng jap, sedapnya makan dengan telur herba tu.
telur herba rebus tu akak buat sendiri ke? ummi faa suka sgt..
BalasPadamUmmiross,
BalasPadamlama tak makan telur herba Ummi.
Faa,
tak pandai buat sendiri, tak sempat beajar dengan MIL, ni beli je
Meriah nasi goreng ni Amie.boleh cuba ni
BalasPadamcantik nasi goreng ni amie...pnuh nutrisinnya.
BalasPadamthanks..nampak sedap nasi goreng hujan panas ni..nak try nanti.. :)
BalasPadam