Bubur Nasi Laut China Selatan
11:51 PG
Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung yang budiman. Oleh kerana hari ini dapur belum berasap, Amie paparkan saja satu lagi resepi yang tersiar dalam Majalah AROMA Edisi Januari 2013, iaitu Bubur Nasi Laut China Selatan. Sebenarnya idea untuk menamakan resepi bubur ini sedemikian kerana kesemua bahan lauk yang digunakan berasal dari laut! Sesuailah kiranya, sebab resepi ini dihasilkan di Negeri di Bawah bayu dan kemudian diterbangkan Kuala Lumpur menyeberangi Laut China Selatan untuk diterbitkan.
Resepi : Bubur Nasi Laut China Selatan
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan A:
2 cawan beras
1.5cm halia muda - hiris
halus
1 labu bawang besar –
cincang
1 rumpun batang daun sup -
cincang
1 sudu makan serbuk pati ikan bilis - pilihan
1 sudu teh lad putih tumbuk - pilihan
air secukupnya
Bahan B:
½ cawan isi ikan masin
tumbuk
15 ekor udang – bersihkan
dan belah belakang
7 ekor anak sotong –
potong 2
7 batang jejari ketam -
potong dadu
½ cawan lobak jeruk –
hiris nipis
bawang goreng
hirisan daun bawang
Bahan C:
10 biji cili padi – hiris
4 sudu makan kicap cair
Cara:
1. Satukan Bahan A dan
masak hingga sempurna.
2. Udang, sotong dan
jejari ketam dicelur hingga masak.
3. Satukan Bahan C.
3. Setelah masak bubur nasi,
hidangkan bersama Bahan B dan C.
Ringkas saja cara penyediaannya... bolehlah dicuba dan hidangkan untuk yang kurang sihat atau baru sembuh dari sakit, tapi untuk orang sihat pun apa salahnya.
9 comments
kalau macam ni punya isi bubur nasi...fuhhh...mmmg x pandang org lain...heehehehe
BalasPadamKalau orang kurang sihat tak berselera, bagi je kat orang yang sihat walafiat ni,insyaAllah abih 2 mangkuk, hehe..
BalasPadamTeliur sudah....!
BalasPadammewahnya bubur nasi laut china selatan kak amie ni.. mesti sedap.. yummy..
BalasPadam
BalasPadamSedapnya kak..terliur saya:)
amboiii bahan dia...! dasat. Tak payah tunggu demam pun memang nak makan lah!
BalasPadamKalau time demam mmg selalu idam nak makan bubur ni...sedap kan kak...panas2 bubur tu buat kita rasa betenaga..kalau semangkuk begini di Tg Malim dijual pd harga rm8
BalasPadamfevret faa ni..nyumnyum
BalasPadamni org dari laut selat melaka mai..amboi enak tak terkata..meriah bubur nasimu amie..nyum2
BalasPadam