Kari Ayam Dengan Umbut Kelapa

8:04 PG

Assalamualikum.
Selamat pagi semua. Orang lain paparkan menu sarapan pagi, tapi Amie paparkan lauk makan malam sebab sehari semalam talian internet tidak berfungsi. Mungkin hujan sepanjang hari dan malam menyebabkan keadaan jadi begitu. Petang kelmarin Amie sempat beli umbut kelapa di pasar, bukan umbut kelapa yang tinggi itu ye.... ini umbut kelapa sawit! Apa boleh buat, teringin makan umbut punya pasal, orang kata tak dapat umbut kelapa dapat umbut sawit pun jadilah! 


Sempat menelefon Bonda untuk bertanya khabar, dan sempat pula Bonda bertanya, petang ni masak apa? Amie kata nak masak umbut kelapa sawit! Kata Bonda, sedap tu kalau masak lemak cili padi. Amie pun terbayanglah masak lemak cili padi umbut dengan kuahnya yang kekuning-kuningan. Tapi akhirnya jadi resepi lain pula.... Amie masak umbut kelapa sawit dengan ayam menjadi menu Kari Ayam Dengan Umbut Kelapa!

Resepi : Kari Ayam Dengan Umbut Kelapa
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong menjadi 10 ketul
400 gram umbut kelapa sawit - oleh sebab sudah dicincang Amie terus gunakan saja
500ml santan pekat
6 sudu makan serbuk kari daging / ayam
1 cawan air
1 biji limau nipis - perah jusnya
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari - lurutkan daunnya
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2cm halia

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis kesemua bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan seketika sehingga harum.
3. Perlahankan api, dan masukkan serbuk kari serta daun kari. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4. Masukkan daging ayam dan balik-balikkan sehingga keluar air ayam.
5. Tambah secawan air dan biarkan seketika sehingga mendidih.
6. Masukkan umbut kelapa dan santan pekat.
7. Masak sehingga daging ayam dan umbut kelapa lembut.
8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
9.Akhir sekali masukkan jus limau nipis.
10. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Amie ikut gaya sebelah keluarga Encik Suami.... tambahkan jus limau nipis dalam masakan kari!


10 comments

  1. Salam pagi Amie..

    Waa umbut kelapa, best tu Amie, lama dah tak makan, kalau kat Pasar Satok memang banyak jual umbut kelapa ni, kat sini tak jumpa pula ummi.

    BalasPadam
  2. salam amie..wah duh sedap nya umbat nioq nie... dah 6 thn tak makan..dulu masa di PD pokok kelapa kena tebang belakang umah 7 batang.. maka 2 btg umbat kelapa kak dpt hehehe sebulan kak simpan dlm peti sejuk...sedap..mcm2 buat...

    BalasPadam
  3. Rasanya bertahun sudah saya tak merasa umbut kelapa ni. Malah saya tak pernah langsung tengok umbut kelapa sawit, biasa tu kelapa yg biasa tu saja.

    Dan tak pernah la kami di kampung dulu masak kari, selain dari masak lemak putih sahaja.
    Kena ada sambal belacan. Perhhh!

    BalasPadam
  4. umbut kelapa atau kelapa sawit rasanya lebih kurang sama je kan amie.. mmg sedap! feveret ratna juga ni.. kalau dpt umbut yg terbayang di kepala hanya kerabu atau acar masak.. hehehe.. jarang di masak gaya lain.. tp susah nak dpt umbut ni... kalau nasib baik waktu kenduri kawin di kampong ada juga org hidang lauk umbut.. mmg rasa nak melompat kalau nampak lauk umbut kt kenduri kawin... pakkal ler ramai org.. heheheheeee...

    BalasPadam
  5. umbut kelapa..bestnyerr..dulu2 masa nens kecik umbut ni menu org kenduri..selalu ratah mentah gittu je..sbb sedapp..skang org mls nk tebang2 pokok klapa ni..;)

    BalasPadam
  6. mengancamnya kari ayam kak mie tu...

    BalasPadam
  7. Memang betul2 mengancam ayam masak kari siap dg umbut kelapa...mana nak cari?....hehe

    BalasPadam
  8. selalunya umbut kelapa dibuat masak lemak putih je... masak dgn kari tu mesti sedap...alahai...sedapnya kari ayam kak :)

    BalasPadam
  9. salam syg kak amie..
    klu kt sini tiap minggu ada org jual umbut kelapa..zila biasa masak lemak cili padi..wt pedas2 sikit..klu msk cam akk nie lg sedap kan..

    BalasPadam
  10. lama rasanya tak makan umbut kelapa ni, kalau kenduri kat kampung biasa letak umbut ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe