Dragon Fruit Panna Cotta

9:11 PG

Selamat pagi semua. Walapun baru pukul 8.45 minit pagi, tapi panas matahari pagi mula terasa teriknya! Maklumlah Daerah Lahad Datu menerima sinaran matahari pagi terus menerus dari arah Laut Sulu! Pagi ini Amie bangun lebih awal, dengan semangat baru (kononnya... untuk bersihkan rumah dan buat mana yang patut), dan memang rasa seronok sebab dapat menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak. Di bawah ini bukan sarapan pagi kami ye... he he hehh.... ini Dragon Fruit Panna Cotta, percubaan ketiga Amie setelah dua kali membuat Mango Panna Cotta. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ini iaitu Kak Nor @ Secubit Garam dan juga Nieza: Our Journey Begins.


Untuk resepi asal, bolehlah klik di sini DI SINI. Dan Amie juga copy paste di bawah ini untuk rujukan teman-teman.

Resepi Asal : Mango Panna Cotta ( Amie gantikan mangga dengan buah naga)

Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sikit)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga (Amie ganti buah naga) ~ kisar untuk dijadikan puri bersama 3 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga / buah naga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga / buah naga keatasnya dan bolehlah dihidangkan.




Jom, ambil segelas seorang sebelum kehabisan!



Alhamdulillah...... kena buat lagi nih! Terima kasih banyak ye Kak Nor & Nieza cayanggggg!

P/S: Menurut Kak Nor @ Secubit Garam, untuk menyediakan menu begini, perlu perahkan air limau atau lemon supaya ada rasa masam-masam sedikit pada puree buah itu. Ini disebabkan gandingan dengan susu di bahagian bawahnya yang lemak  dan mungkin terasa akan menjadikan hidangan ini  lebih sedap dengan asam manis berlemak! Insya-Allah akan diprtaktikkan. Terima kasih sekali lagi ye Kak Nor!

11 comments

  1. Salam kak Amie.. sedapnyer mkn bila sejuk.. terasa nyaman jek bila lalu kat tekak .. join segelas boleh .. nga warna yg mengancam wat erma terliur he he he

    BalasPadam
  2. SAlam Kak Amie cayangg... selamat bercuti yaa kak Amie.. betul tu buat ibu yang berkerja.. hmm.. masa cuti sekolahlah dapat menyediakan sarapan buat keluarga..

    Panna Cotta dragon fruits.. sha tak berapa sangat dengan Dragon fruits tapi bonda... hah! memang fav dia ni..:))

    BalasPadam
  3. susah nak jumpa dragon fruit kat sini...if ader rega nyer mahai la akak...sedap ni makan waktu summer sejuk anak tekak gituew

    BalasPadam
  4. wow Amie dah ramai yg mencuba panna cotta ni akak sorang je yg belum mesti kena bertindak jugak ni kang ketinggalan haha sedap tu nampk kaler dia..

    BalasPadam
  5. Halamanku,
    nyaman... sungguh nyaman, mari joint segelas... segelas aje ye Erma ha ha hahh

    Shariah,
    ada dragon fruit yang manis, yang tawar... kakak suka yang manis!

    Lady Ayu,
    lama tak sembang dengan Ayu... baliklah sini Ayu... boleh layan tekak dengan macam2 buah tempatan he he hehh

    Kak Noor,
    buat kak Noor jangan tak buat, SAmie pun dalam usaha melembutkan tangan nan keras kejung ni hi hi hiii

    BalasPadam
  6. assalam amie..
    lama dah tak buat pannacota ni.. & kalau amie nak tau.. pitaya pannacota inilah yang pertama kali ratna pernah buat... & lepas tu tak buat2 dah.. hihii...

    BalasPadam
  7. Emmm menarik kombinasi warna dia kak ;), Akak cuti ke mana?

    BalasPadam
  8. Salam Amie :)

    wah best kan kalau dpt segelas buat penyejuk tekak yg dahaga... sib baik ari nie tak puasa kalau tidak telan air liur jer hehehe :)

    BalasPadam
  9. Madiha,
    ni tengah suka buat ni... tengah belajar2...memana cotta

    Aju Mohit,
    tak ke mana-mana dik, kejap ke sekolah, sekajp duduk rumah...ada tugas di sekolah.

    Mama Hawa,
    memang panaslah ... tapi di tempat Amie kejap panas kejap sejuk...

    BalasPadam
  10. cantik kaler dia! tun biasa jumpa dragon fruit yg isi kaler putih je. so bila nk masak tu xcantik sgt.

    BalasPadam
  11. Assalam kak Amie, lately saya bz sgt nak terjah dapur kwn-kwn tapi nampak akak tag kat fb tadi perasan la juga.

    sedap tgk panna cotta akak ni buah naga tu memang fav saya tu tapi sini susah jumpa kalau ada yg warna putih jer tu pun import punya mahal betul harganya.pernah beli sekali jer dulu rasa rela mkn buah stroberi lagi drp beli tu hehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe