Ikan Sembilang Masak Kari Asam Pedas
7:01 PGHari ini Selasa. Amie sedang menanti waktu bersarapan pagi di Medan Selera pada pukul 7 nanti manakala Kursus Penulisan Dokumen Rasmi akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Oleh kerana jadual yang ditetapkan mengikut waktu semenanjung, jadi terpaksalah kami menunggu agak lama. Matahari pun sudah memancar terang, melalui tingkap bilik penginapan nampak jelas pemandangan sekitar Institut Perguruan Guru Kampus Tawau, dan sementara itu Amie ambil kesempatan untuk berkongsi resepi yang belum sempat Amie paparkan di sini. Resepi Ikan Sembilang Masak Asam Kari ialah menu yang Amie hidangkan untuk makan malam kami sekeluarga beberapa hari sebelum Amie tinggalkan dapur buat seketika.
Resepi : Ikan Sembilang Masak Kari Asam Pedas
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan :
1 ekor ikan sembilang seberat 600 gram - bersihkan dan potong 6 bahagian
5 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan - belah 4
3 biji tomato merah - cincang
1 biji timun - potong 3 dan belah 6
4 sudu serbuk rempah kari ikan
1 sudu teh pati asam jawa
3 cawan air
minyak
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
10 biji cili kering
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1.5cm belacan
1.5cm halia
1.5cm kunyit hidup
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama tomato cincang dengan api sederhana panas sehingga pecah minyak dan tomato hancur.
2. Masukkan serbuk rempah kari. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Biarkan sehingga kuah mendidih.
3. Masukkan pati asam jawa, ikan sembilang, dan daun limau purut serta bunga kantan.
4. Didihkan dengan api sederhana perlahan sehingga ikan sembilang masak.
5. Perasakan dengan garam atau perasa pilihan.
6. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
20 comments
Selamat pagi Kak Amie..
BalasPadamberselera tengok ikan sembilang masak kari asam...perghhh..pagi2 ni mesti nak masak nasik..hikhikhik..
Assalammualaikum Amie, akak suka ikan sembilang tp takut nak menyiangnya. Arwah tok dulu selalu masak asam pedas daun kesom...fuhh...teringat la pulak.
BalasPadamSinggah dari selatan tanahair, tetep terbang ke Sabah demi nak tengok hidangan Amie, terus lapor rasanya!
BalasPadamassalam k.amie..memang sedap..sy pernah buat ni kat ofis dulu...
BalasPadamAssalamualikum Amie.. Salam ceria.. wah wah Ani nak cuba la masak style mcm ni tentu lazat ada plak dgn tlur asin hmm yummy..thx Amie atas resepi nya..
BalasPadamSalam kak amie.. mmm kak menyelerakan dengan pekat nyer.. memang terangkat.. kak jangan terkejut karang waktu maghrib kul 6 ptg.. 6pg kanak2 dah gi sekolah ha ha ha pengalaman erma gi bercuti di sabah... he he he
BalasPadamsalam kak amie.. tun xpandai masak ikan sembilang.. rasa dia sama ngan ikan keli ye.
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamwaduhhh2..kwetok uweenakkk banget...njalok sitik..he3..
mak saya mmg suka mask ikan ni, tp sejak abah x leh mkn dah tak masak dah. rindu nak makan masakan mak..
BalasPadamsalam amie..lama dah xjumpa ikan sembilang.Tumpang mkn kat sini jer la....TP dah habih erkh?:(
BalasPadamsalam ami..sedapnya masak ikan amie ni..tengok gambo pun dah terliur ni
BalasPadamSalam dan selamat besiaran kembali Amie,
BalasPadamLama tak makan asam pedas ikan sembilang, arwah ibu dulu selalu juga buat, mmg sedap sangat, lembut jer isinya....
Psstt....suka tengok gambar makanan yg banyk kat bawah tu, meriah gitu, tak tau mana nak pilih
mabeles! siye x pernah tgk ikan sembilang..mest ala2 ikan baung jgak kan k.ami..kari pon pekat..mesti sedap!..nyum..nyum..
BalasPadamSalam Kak Amie..bestnya ikan sembilang msk asam kari..rs mcm nk mkn nasi terus jer nii ^_^
BalasPadamSenang yer nk dpt ikan smbilang kat sana ye kak? Nmpk mnyelerakan! :-)
BalasPadamassalamualaikum kak amie... wah! ikan semilang la pulak. seingat nani macam pernah sekali je makan ikan ni seumur hidup..aduh! sedapnya! tapi sampai sekarang tak pernah jumpa dah ikan tu. (sebab tak mencari kot)
BalasPadamdah lamax makan ikan sembilang kak,asyik membantai keli je..antara ikan yg top10 dalam selera saya..
BalasPadamSalam Kak Amie cayang.. wah ikan sembilang inilah lauk kegemaran Arwah ayah.. setiap kali memancing Bonda buat asam pedas daun kesum...
BalasPadamsekarang setahun sekali pun payah nak makan... sebab dah tak ada yang memancing kat pasar banyak... tapi nak yang pancing jugak hehee dah terbiasa masa kecik2 dulu kan... sedap tu kak Amie.. kecurr sudahnya ni hah!
Sore Kak Amie.. ikan apa aja kalo di masak kari asam pedas pasti melly suka.. bisa makan nasi banyak nih.. sedapp
BalasPadamSalam ptg Amie...
BalasPadamasam pedas ikan sembilang!!! mmg suka sgt2x my hubby kalau ikut pegi pasar mmg selalu cari ikan sembilang tapi malang nyer kdg2 ikan sembilang nie dh x fresh takut kang beli mahal2 wasted jer sbb bila dh msk ada yg rasa lain...