Ayam Goreng Berempah
7:50 PTGSelamat bertemu kembali. Walaupun penat memandu selama 2 jam perjalanan selepas tamat kursus pada pukul 1 tengahari tadi, tetapi apabila teringat suara anak-anak dalam telefon meminta Amie masak ayam goreng untuk mereka sekembalinya Amie ke rumah, menyebabkan Amie turun juga ke dapur walau pun sebenarnya agak letih. He he he hidup slogan.... Anak didahulukan, masak diutamakan! Amie kongsikan resepi Ayam Goreng Berempah yang biasa diolah oleh bonda dan keluarga Amie di kampung. Namun begitu, Amie melakukan sedikit pengubahsuaian seperti menambah telur, tepung jagung, tepung beras dan tepung gandum. Mengikut resepi orang kampung Amie, Ayam Goreng Berempah mereka hanya diperap bersama garam, kunyit, serta rempah-rempahan seperti ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Rempah yang digunakan biasanya rempah biji dan bukannya rempah serbuk, dan pengambilannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja serta ditumbuk kasar-kasar jangan sampai lumat. Bonda kata, sekadar syarat untuk bau sahaja. Amie tambah lada putih bersama hirisan daun ketumbar.
Resepi : Ayam Goreng Berempah
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
8 ketul daging ayam yang telah dibersihkan
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu teh pati asam jawa
4 batang daun ketumbar - hiris halus
1 biji telur - pukul hingga kembang
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
1 sudu serbuk perasa ayam maggie
sedikit garam - jika perlu
minyak
Bahan tumbuk kasar-kasar:
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh lada putih
Bahan kisar:
4 biji bawang putih
4 cm halia
1 batang serai
Cara:
1. Gaulkan daging ayam bersama bahan kisar dan bahan tumbuk kasar serta sebuk kunyit hingga rata.
3. Masukkan secubit garam dan serbuk pati ayam maggie, pati asam jawa, dan telur. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras serta hirisan daun ketumbar. Gaul lagi hingga sebati dan perap selama 1/2 jam.
4. Goreng tenggelam di dalam minyak yang banyak, dan di atas api sederhana panas sehingga kuning keemasan atau sehingga ayam masak.
Amie ratah saja Ayam Goreng Berempah, sebab perut telah dipenuhi dengan buah-buahan yang sempat dibeli dalam perjalanan pulang dari IPG Tawau ke Lahad Datu. Amie memang lupa dunia buat sementara waktu kalau sudah ternampak buah-buahan! Seronok memborong buah bersama dua orang lagi rakan yang menaiki kereta Amie. Kami memborong buah tembikai madu, nenas, cempedak, mangga gulik, mangga epal, buah salak madu, buah avocado.... haaaa cukuplah 7 jenis! Tapi penjual buah bekalkan kami sebiji tembikai, siap dipotong 3! Katanya makanlah dalam kereta bersama-sama! Setelah Amie hantar kedua-dua orang rakan Amie ke rumah masing-masing, Amie pun pulang ke rumah. Rupanya kerana sibuk menyanyi dalam kereta sepanjang perjalanan, kami terlupa makan tembikai! Amie telefon rakan-rakan tadi, dan katanya Amie ambil sahajalah tembikai itu! Amie pun.... sebenarnya sudah tidak larat untuk keluar rumah.... jadi, puaslah ketiga-tiga bujang Amie makan sebiji tembikai yang sudah dipotong 3 itu!
Cukuplah gamaknya buah-buahan ini untuk bekalan kami sehingga hujung minggu ini! Jom, ada sesiapa yang ingin menikmati buah-buahan yang Amie beli di Simpang Semporna di bawah ini?
Jumpa lagi. Tak sabar rasanya untuk beristirahat, meluruskan kaki he he hehh... Sebenarnya seronok sebab Encik Suami memberi kepercayaan Amie pandu sendiri kereta untuk jarak jauh untuk kali kedua selepas kali pertama Amie pandu dari Lahad Datu ke Sandakan November 2012. Katanya... selepas ini kalau kami pergi Kota Kinabalu, dia duduk sahajalah di sebelah Amie!
14 comments
salam kak amie ^^ sedapnyer ayam goreng akak nih! byk bahan2 perap dia. tun kalau ayam goreng berempah ni fail sket, selalu hangus kat luar n kurang masak kat dalam ;p skrg mmg kene rebus dulu kejap ayam tu. amatur la katakan. hihi
BalasPadambestnya byk buah2an tu!
BalasPadamsalam amie...sedap ayam gorng tu..aiii..banyak nya buah madu tu amie!
BalasPadamakak suka semua buah2 kat dlam tu Mie meh sebiji dua boleh tak??
BalasPadamadoi kak amie! banyaknya buah2 ni. nani tak pernah pulak stop tepi jalan simpang semporna tu. tak pernah tahu pon ada bnyak buah di situ. siap ada mangga epal lagi. suka sangat buah tu sebab tak masam, bau pun wangi yang amat.
BalasPadamasslm kak Amie...kecur tgk ayam gorng tu...mne nk carik dh mlm2 cmni..hihi...sedap tu utk dibuat sahur bsok...lauk tu aje pbuka selera sok pagi...simpan utk QH yer...pastu kejutkan skali yer...haha
BalasPadamAmie,nampak ayam tu pun dah tau sedap sangat!, rasa nak ratah2 jugak ni..
BalasPadamBanyaknya buah, mangga epal tu cantik n sedap kan Amie..
Ok Amie, selamat beradu..
Assalam kak Amie cyng, sedapnya tgk ayam goreng berempah akak ni kalau saya memang meratah gitu jer la. bestnyer dapat mkn buah-buah fresh gitu:)
BalasPadamassalam kak amie..byk2 buah tu..1 jer yg sy tak pandai makan..buah salak..
BalasPadamdh lama cari resepi ayam goreng berempah ni..boleh amek menu k.ami ni..sbb mest sedapp..hehe..
BalasPadamsaya mmg penggemar buah2 k.ami..ape saja buah sy mest makan..sbb sy ni sembelit..haha..mmg kene makan buah dgn kadar yg banyak..hihi
Banyaknya buah2an tu Kak...bole pasing pi tawau ka?..hehe..
BalasPadamAs'salam Amie
BalasPadamnampak amat berselera dengan menu ayam berempah tu. ct pun lebih gemar memerap ayam dengan rempah yang ditumbuk kasar berbandung kunyit serbuk dan garam. selalunya ct tambah sedikit cili serbuk untuk rasa pedas sedikit hehehe
Alahmdulillah...sykur dengan nikmat yang Allah berikan dah rezeki Amie dapat nikmati buah2an yang semuanya ct suka hehehe. lain kali hati2 bila memandu jarak jauh ya Amie :)
Salam Kak Amie cayangg.. masuk sini terus capai ayam goreng 2 ketul pegang dengan tangan kanan dan kiri.. hilang terus sopan santun hehhee.. kecurr dan dah terbau-bau ayam goreng tu taw.. wahh buah2an tu.. rezeki tu... selamat berehat kak Amie cayang muahhzzz
BalasPadamnak peha kakkkk..ganal tu, part tu sy sukee
BalasPadam