Selamat Ulang Tahun UcuBakery @ Faridah Mokhtar
10:41 PTGTiba-tiba teringat gurau senda kami di ruangan FB, dalam kumpulan Meriahnya Dunia Masakan tentang hari ulang tahun UcuBakery @ Faridah Mokhtar pada 25 Mei 2012, yang jatuhnya pada hari Jumaat yang mulia ini. Bila berkunjung ke rumah Ucu, rasa sebak di dada membaca entrinya yang penuh keharuan dengan linangan airmatanya kerana menyedari usianya semakin bertambah. Oh! Ucu sayang.... masing-masing akan menambah usia dik, sama ada sedar ataupun tidak! Mudah-mudahan dengan muhasabah diri di samping meraikan hari istimewa ini kita akan sama-sama semakin mendekatkan diri kepada Allah. Usia 39, bukanlah usia tua sayang.... usia itu adalah usia menuju kematangan! Jadi, senyum selalu dan ceria setiap hari he he hehh insya-Allah awet muda!
Ucu, pagi tadi Kak Amie sempat ambil gambar di atas meja, sekuntum bunga mawar merah dan sebuah jam di sampingnya. Walaupun kurang kemas dan tidak sepertinya, tapi ini ingatan ikhlas Kak Amie buat Ucu. Ibaratkanlah diri Ucu sentiasa cantik, memiliki segala keindahan hidup sebagaimana berserinya mawar merah yang dikelilingi bunga-bunga kecil berwarna kuning itu. Jam di sebelahnya itu akan sentiasa menunjukkan bahawa diri kita adalah milik waktu, adakalanya kita tidak menyedari tentang permainan masa dalam hidup kita! Warna gelap di sekeliling gambar ini pula menunjukkan kita perlu mencari cahaya sebagai panduan atau pedoman hidup dari masa ke semasa kerana adakalanya kita hampir tersasar disebabkan emosi dan masalah hidup. Dan warna ini juga membawa makna, kita hidup di dunia yang fana hanya untuk sementara, manakala kehidupan seterusnya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
Ucu sayang....
Dari jauh, Kak Amie doakan semoga Ucu sentiasa gembira menjalani hidup seharian bersama Pak Usu tercinta, dan keluarga tersayang! Selamat Ulang Tahun!
7 comments
salam kak amie..
BalasPadamhappy bthday wt ucu jgk ..semoga sentiasa dirahmati allah:)
happy bday buat Ucu..
BalasPadamHappy Birthday buat ucu.. dan so sweet bunga dari Kak Amie buat ucu.. muahhzzzz
BalasPadamslmt u/thn utk ucu ,x lupa utk diri sendiri juga..betul tu kak ,usia mematangkan kita....tp kalau difikir2
BalasPadamtakut pulak.....kulit berkedut..huhuhu...
Happy Birthday buat Kak Ucu..
BalasPadamhappy birthday jugak buat ucu, semoga diberkati selalu..
BalasPadamHepy besday utk kak Ucu
BalasPadam