Dragon Fruit Panna Cotta
9:11 PGSelamat pagi semua. Walapun baru pukul 8.45 minit pagi, tapi panas matahari pagi mula terasa teriknya! Maklumlah Daerah Lahad Datu menerima sinaran matahari pagi terus menerus dari arah Laut Sulu! Pagi ini Amie bangun lebih awal, dengan semangat baru (kononnya... untuk bersihkan rumah dan buat mana yang patut), dan memang rasa seronok sebab dapat menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak. Di bawah ini bukan sarapan pagi kami ye... he he hehh.... ini Dragon Fruit Panna Cotta, percubaan ketiga Amie setelah dua kali membuat Mango Panna Cotta. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ini iaitu Kak Nor @ Secubit Garam dan juga Nieza: Our Journey Begins.
Untuk resepi asal, bolehlah klik di sini DI SINI. Dan Amie juga copy paste di bawah ini untuk rujukan teman-teman.
Resepi Asal : Mango Panna Cotta ( Amie gantikan mangga dengan buah naga)
Sumber: Nieza & Kak Nor @ Secubit Garam
Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sikit)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga (Amie ganti buah naga) ~ kisar untuk dijadikan puri bersama 3 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga / buah naga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga / buah naga keatasnya dan bolehlah dihidangkan.
Jom, ambil segelas seorang sebelum kehabisan!
Alhamdulillah...... kena buat lagi nih! Terima kasih banyak ye Kak Nor & Nieza cayanggggg!
P/S: Menurut Kak Nor @ Secubit Garam, untuk menyediakan menu begini, perlu perahkan air limau atau lemon supaya ada rasa masam-masam sedikit pada puree buah itu. Ini disebabkan gandingan dengan susu di bahagian bawahnya yang lemak dan mungkin terasa akan menjadikan hidangan ini lebih sedap dengan asam manis berlemak! Insya-Allah akan diprtaktikkan. Terima kasih sekali lagi ye Kak Nor!
11 comments
Salam kak Amie.. sedapnyer mkn bila sejuk.. terasa nyaman jek bila lalu kat tekak .. join segelas boleh .. nga warna yg mengancam wat erma terliur he he he
BalasPadamSAlam Kak Amie cayangg... selamat bercuti yaa kak Amie.. betul tu buat ibu yang berkerja.. hmm.. masa cuti sekolahlah dapat menyediakan sarapan buat keluarga..
BalasPadamPanna Cotta dragon fruits.. sha tak berapa sangat dengan Dragon fruits tapi bonda... hah! memang fav dia ni..:))
susah nak jumpa dragon fruit kat sini...if ader rega nyer mahai la akak...sedap ni makan waktu summer sejuk anak tekak gituew
BalasPadamwow Amie dah ramai yg mencuba panna cotta ni akak sorang je yg belum mesti kena bertindak jugak ni kang ketinggalan haha sedap tu nampk kaler dia..
BalasPadamHalamanku,
BalasPadamnyaman... sungguh nyaman, mari joint segelas... segelas aje ye Erma ha ha hahh
Shariah,
ada dragon fruit yang manis, yang tawar... kakak suka yang manis!
Lady Ayu,
lama tak sembang dengan Ayu... baliklah sini Ayu... boleh layan tekak dengan macam2 buah tempatan he he hehh
Kak Noor,
buat kak Noor jangan tak buat, SAmie pun dalam usaha melembutkan tangan nan keras kejung ni hi hi hiii
assalam amie..
BalasPadamlama dah tak buat pannacota ni.. & kalau amie nak tau.. pitaya pannacota inilah yang pertama kali ratna pernah buat... & lepas tu tak buat2 dah.. hihii...
Emmm menarik kombinasi warna dia kak ;), Akak cuti ke mana?
BalasPadamSalam Amie :)
BalasPadamwah best kan kalau dpt segelas buat penyejuk tekak yg dahaga... sib baik ari nie tak puasa kalau tidak telan air liur jer hehehe :)
Madiha,
BalasPadamni tengah suka buat ni... tengah belajar2...memana cotta
Aju Mohit,
tak ke mana-mana dik, kejap ke sekolah, sekajp duduk rumah...ada tugas di sekolah.
Mama Hawa,
memang panaslah ... tapi di tempat Amie kejap panas kejap sejuk...
cantik kaler dia! tun biasa jumpa dragon fruit yg isi kaler putih je. so bila nk masak tu xcantik sgt.
BalasPadamAssalam kak Amie, lately saya bz sgt nak terjah dapur kwn-kwn tapi nampak akak tag kat fb tadi perasan la juga.
BalasPadamsedap tgk panna cotta akak ni buah naga tu memang fav saya tu tapi sini susah jumpa kalau ada yg warna putih jer tu pun import punya mahal betul harganya.pernah beli sekali jer dulu rasa rela mkn buah stroberi lagi drp beli tu hehe