Mei 2012: Sambutan Hari Ibu & Hari Guru
11:18 PTG
Nampaknya bulan Mei penuh dengan pelbagai hari sambutan istimewa. Dimulakan dengan Hari Pekerja pada 1 Mei sehinggalah kepada beberapa hari sambutan istimewa yang lain seperti Hari Jururawat pada 12 Mei, Hari Ibu pada 13 Mei, Hari Belia dan baru-baru ini Hari Guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Amie bersama rakan-rakan sejawat baru sahaja pulang dari menghadiri majlis makan malam sempena hari guru. Istimewanya, makan malam kami ditanggung sepenuhnya oleh pengetua kami, Madame Wong Vui Hang. Terima kasih Madame, semoga tahun hadapan ada lagi majlis seumpama ini. Majlis ini berjalan lancar dan meriah kerana kami tidak ditetapkan dengan pelbagai syarat dan protokol. Kami hadir dengan berpakaian bebas tetapi sopan.
Madame Wong sedang memotong kek sempena 1 tahun beliau berkhidmat di sekolah kami. Tengok tu... lilinnya sebatang saja!
Oleh kerana banyak sangat pilihan hidangan, Amie pun tidak tahu mana satu hendak ditayangkan di sini. Oh! Sebenarnya kami makan di My Inn Hotel di Bandar Sri Perdana, kira-kira 6km dari Bandar Lahad Datu. Sebenarnya, hotel ini terletak berhadapan dengan Taman Aman Jaya, kawasan perumahan kami. Setiap kali Amie berdiri di tingkap pada waktu malam, objek pertama yang Amie pandang tentulah hotel ini kerana bangunannya hanya dihalang oleh jalan raya dari tempat tinggal kami. Hidangan yang Amie nikmati sepuas-puasnya termasuklah Mermite Lamb, Assam Prawn, Rainbow Salad Chicken dan juga Sichuan Topshells. Gambar di atas itu sebenarnya menyindir diri sendiri supaya mengambil ulam-ulaman & salad untuk kesihatan. Tapi, hidangan berlemak juga yang disenduk!
Antara dessert yang disediakan.
Sempat juga Amie menikmati Spaghetti Bolognese, yang dimasak sendiri oleh bekas pelajar SPM Amie yang kini sedang menjalani latihan amali di hotel tersebut. Selain itu, Amie juga mencuba Spaghetti Carbonara juga hasil air tangannya, tetapi tak dapat rakamkan hidangan itu di sini kerana gambarnya tidak berkualiti.
Ini dia bekas pelajar Amie, April Dealona Perete yang sedang menjalani praktikal selama 6 bulan di sini. Katanya, jadual kerjanya sangat sibuk dan meletihkan! Amie pun lihat tubuhnya semakin susut berbanding dahulu.
Pada masa yang sama, salah seorang rakan sejawat kami menyambut hari ulang tahunnya! Rakan sejawat ini sebenarnya bekas pelajar SPM Amie! Mengajar di sekolah yang sama dengan Amie! Selamat Ulang Tahun Darwisah! Jaga diri baik-baik, awak tengah berdarah manis. Bulan depan naik jinjang pelamin.... dengan siap? Jodohnya juga dengan bekas pelajar SPM Amie di sekolah yang sama!
Tamatlah sudah kisah makan malam di Hotel My Inn, sebuah hotel yang baru dibuka lebih enam bulan yang lalu. Terlanjur cerita tentang sambutan hari istimewa, Amie ambil kesempatan untuk berkongsi sambutan hari ibu yang ditaja sepenuhnya oleh kakak ipar Amie. Amie pun tidak pasti berapa puluh orang yang hadir pada malam tersebut (13 Mei 2012), kerana asyik menikmati hidangan seafood di Sakura Seafood Restaurant. Ia merupakan restoran terbuka, dan pada malam itu memang penuh sesak dengan pengunjung! Harga per kepala hanya RM25 tetapi memang hidangan yang disediakan lebih dari harga yang dibayar! Terdapat berpuluh-puluh jenis hidangan, dan tidak terhad kepada makanan laut, tetapi juga merangkumi segala jenis roti, ayam, daging, nasi goreng, kuey teow dan entah apa lagi! Seperti biasa, Amie pilih seafood kegemaran.... udang!
Tak tahu berapa ekor udang masuk ke perut, termasuk ketam, siput kahanga, dan lain-lain!
Lamb pun ada..... dipotong nipis dan kecil, cepat masak, senang dikunyah! Sedapnya....
Blueberry Cheese Cake sempena Hari Ibu. Kak ipar kami juga yang taja. Kami datang bawa mulut & perut saja!
Rupanya, Sakura Seafood Restaurant juga menyediakan kek hari ibu untuk kami! Jadi malam itu, kami ada 2 kek! Malam tersebut hujan selebat-lebatnya, tetapi keasyikan menikmati steamboat & BBQ menyebabkan kami tidak menyedari bilakan masanya hujan berhenti! Apa pun terima kasih diucapkan untuk kakak ipar kami, semoga rezekinya sentiasa murah! Dan mudah-mudahan ikatan kekeluargaan di antara kami akan terus erat!
Dua orang kakak ipar kesayangan Amie!
12 comments
wahhhhhhh...sedapnya dapat makan2 x hengat donia gitu kan kak amie... :)
BalasPadamSaya Suka sgt entry makan2 mcm ni hihi, sedapnya kak amie, selamat hari guru kak
BalasPadamemmm..jeles gue tengok...best hidangan tu..banyak sayur2an yg menyihatkan...
BalasPadambestnya kak..mcm2 hidagan kan..:)
BalasPadamwahhhhh bestnya kak amie...macam2 ada..kenyang perut suka hati ya...
BalasPadambestnya K.Amie dpt mkn mcm2..free lg hihii :-)
BalasPadamsemalam dah jenguk..berkali2 nak tgalkan ulasan..tp tak boleh...
BalasPadamhari ni ada gak jalan lain..
bahagia rasanya bila di rai2 begitu kan..lebih bahagia gembira disamping keluarga dan rakan2 tersayang..
assalam
BalasPadamwah menu2 yg lazat tu Kak AMIE he he
may ni memang penuh dgn kek kan
Selamat hari guru kak amie..semoga sentiasa tabah dalam mendidik anak bangsa! MMMuahhh!
BalasPadamBestnya.
BalasPadamassalam kak amie...selamat hari guru... selamat hari ibu...
BalasPadamrumah kak amie area taman aman jaya ke...hohoh... dulu nani ada kawan yang tinggal di situ tapi dia dah balik pindah semenanjung. dah takde kawan di LD dah..
Olala!!,bestnya hidangan, lgi best dapat kakak ipar yang baik2 dan pemurah.
BalasPadamSeronok kan Amie, tengok anak2 murid dah besar,kira dah dapat menantulah Amie ye..