Amie tertinggal keretapi lagi... maklumlah naik kelas kambing, kelas ketiga....... orang lain dah naik muak makan karipap, Amie baru terkedek-kedek buat. Entah berapa tahun tak buat kuih ini padahal inilah satu-satunya kuih yang paling digemari masa kanak-kanak dulu. Waktu rehat semasa di sekolah rendah, memang kuih inilah juga yang Amie kejar di kantin. Anak Amie tanya..... kenapa kena lipat tepi-tepinya tu? Maklumlah pertama...
Assalamualaikum ..... Jom cuba resepi yang Amie kongsi daripada Mieza@WAWMC - Resepi Udang Goreng Madu. Percubaan kali pertama yang membuahkan hasil.....sedap! Lain kali kena masak lagi dan agaknya lebih enak makan dengan nasi lemak atau nasi kuning Sabah! Terima kasih banyak-banyaklah Mieza kerana idea resepi yang ringkas dan mudah tapi cukup istimewa ini. Mohon izin Mieza ye sayangggg..... Kak Amie copy paste resepinya di...
Salam pagi Ahad buat semua. Nampaknya cuaca hari ini agak panas. Jemput masuk dapur.... Amie ada sediakan Smoothie Nenas yang lazat dan menyegarkan! Mari sama-sama minum...... Bahan:500 gram nenas masak ranum - tapi nenas Amie tak berapa ranum200ml susu segar100ml yogurt asli / tanpa perisa3 sudu besar gula Cara:1. Potong dadu buah nenas dan bekukan di dalam peti sejuk selama 4-5 jam.2. Masukkan...
Hmmmmm..... pertama kali mencuba menu Ayam Masak Kalio. Bahan yang digunakan pun mudah didapati dan rasanya pun memang dijamin lazat. Cuma.... agak pedas sedikit sebab Amie terlebih bubuh cili. Lain kali memang nak masak lagi supaya hasilnya lebih cantik dan menarik. Resepi : Ayam Masak KalioSumber : Buku Masakan Lauk Pauk Koleksi Saji. Bahan:400 gram ayam - potong sederhana200 gram cili merah...
Koey Teow Goreng ini sebenarnya menu yang dihidangkan untuk keluarga petang kelmarin. Hari ini baru sempat masukkan dalam blog. Petang kelmarin balik lewat petang sebab ada mesyuarat, jadi sampai rumah perut sangat lapar...... Maklumlah, makan tengahari di kantin hanya meratah ayam masak kicap dengan kerabu pucuk ubi serta sebiji donut! Manalah nak kenyang kalau mesyuarat pun habis pukul 4.30 petang! Bila bongkar...
Dengan tangan terbuka, dan pintu dapur yang memang sentiasa terbuka, Amie jemput kepada sesiapa yang sudi untuk mencicipi hidangan Rumpai Laut, yang merupakan menu tradisi masyarakat Bajau. Biasanya Rumpai Laut atau juga dipanggil latok (bahasa Bajau) dihidangkan bersama dengan ikan bakar. Antara bahan yang boleh digandingkan untuk menghasilkan hidangan ini ialah mangga muda dan cili padi. Amie ubahsuai resepinya dengan menukar mangga muda...
Sekolah Amie cuti satu hari saja untuk sambutan Deepavali, hari ini... Rabu. Esok kembali ke sekolah. Kalau begini gaya cutinya, alamatlah esok sekolah jadi sunyi sebab ramai murid akan sambung cuti. Orang lain sibuk pergi ke rumah terbuka Deepavali, Amie pula masuk dapur masak ikan kering! Ikan Kering Kukus ini Amie tuangkan sedikit bahan tumisan termasuk petai dan tomato hijau serta daun kari....
Beberapa hari belakangan ini kawan-kawan Amie sibuk cerita tentang Casablanca. Apa bendanya Casablanca itu? Kelmarin seorang rakan tunjukkan Amie Casablanca yang dipesan melalui seorang teman sekerja, merangkap tuan punya sebuah restoran di Lahad Datu. Amie pun merasalah sedikit.... sedaplah! Bila Amie tanya teman yang bertanggungjawab menjual Casablanca tersebut, katanya dia sendiri tidak tahu apa namanya... pudingkah....apakah? Katanya, kakaknya yang membuat Casablanca tersebut. Amie...
Ada sesiapa tak yang terfikir kalau masuk dapur Amie seperti masuk kebun sayur atau masuk pasar sayur. Maklumlah, asyik dihidangkan dengan ulam-ulaman saja. Dalam seminggu rasanya memang menu wajib Amie tak lain tak bukan mesti ada ulam. Sebenarnya tidak banyak jenis ulam yang dijual di pasar Lahad Datu sebab selera masyarakat di sini tidak sama dengan selera kita. Daun selom, ulam raja, segala...
Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Oleh kerana kami sekeluarga berkumpul bersama pada hari ini, jadi Amie sediakan menu merangkap sarapan pagi dan makan tengahari untuk anak-anak dan suami. Kali ini Amie cuba resepi Nasi Lemak Utara pula dan pertama kali gunakan halba tetapi tidak memasukkan lada hitam biji sebagaimana yang tercatat dalam buku resepi. Amie tambah sayur kangkung...
Salam petang Sabtu. Jemput minum petang bersama Amie sambil menikmati Pau Mini Lotus & Pandan Lotus. Usah ditanya apa resepinya dan bagaimana cara membuatnya kerana dalam hal tepung-tepung ini Amie hanya mahir buat lempeng dengan cekodok saja. Adapun cerita dari dapur Amie petang ini ialah mengeluarkan pau mini dari bekasnya lalu mengukusnya sehingga masak dan kemudian dihidangkan bersama teh 'O' panas. Kiranya hasil...
Petang tadi rasa teruja sangat sebab bujang Amie yang kedua dijangka sampai malam ini dari Kota Kinabalu. Kem Robotik Peringkat Negeri Sabah dapat diikutinya dengan lancar bersama dua orang lagi temannya sebagai mewakili daerah Lahad Datu. Oleh kerana esok sekolah kami akan mengadakan Program Motovasi SPM, jadi petang tadi memang agak lewat pulang ke rumah kerana membantu guru kaunseling, Cik Salmi pergi mengambil...
Assalamualaikum teman-teman blogger yang disayangi.... Terima kasih atas doa untuk FIL Amie, insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan masih lagi di bawah pengawasan doktor. Amie pun baru balik dari menziarahinya di hospital tapi sampai rumah Amie sempat hidangkan Roti Sosej Berkeju untuk semua yang sudi berkunjung ke dapur Amie. Sebelum ini Amie pernah buat tapi tak bubuh keju. Nampaknya hasilnya kurang kemas sedikit...
Adapun hari ini pulang awal sedikit dari hari-hari yang sebelumnya. Dengan penuh semangat bersama si bongsu, kami pun menggodeklah tepung di dapur untuk dibuat muffin. Tiba-tiba si dia telefon, pukul 4.30 petang nanti si dia akan pulang ambil kami untuk ke hospital. Oh.... ayahanda mentuaku masuk wad rupanya. Ya.... yaaaa... ... kami akan bersiap. Jadi sementara menunggu kepulangannya sebentar lagi, Amie pun masukkanlah...
Rasa sunyilah pula petang ini. Biasanya sewaktu Amie sediakan makan malam di dapur, anak kedua yang baru pulang dari sekolah akan berseru dari pintu ruang dapur.....mummy masak apa hari ini? Itulah sahaja pertanyaan yang sama diulang setiap petang sebaik tiba di rumah. Petang ini dia sudah berada di Kota Kinabalu. Pertama kali Amie berjauhan dengannya untuk tempoh 5 hari. Syukurlah, perjalanan selama 7...