ADSENSE

Rabu, 30 Mei 2012

Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong

Salam pagi Rabu. Hari ini seluruh kakitangan awam di negeri Sabah menikmati cuti selama 2 hari sehingga esok sempena Pesta Kaamatan.... Tadao Tagazo do Kaamatan! Walaupun cuti, masak-memasak tetap diutamakan. Hari minggu yang lalu Amie masak nasi lemak tapi bujang sulung dan bujang tengah menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selama 3 hari. Jadi, tak dapatlah nak makan sama sebab masing-masing makan di sekolah. Rupa-rupanya bila balik ke rumah, si bongsu bercerita tentang nasi lemak, apalagi... bisinglah anak-anak bertanya kenapa mummy tidak masak lagi! Ibu manalah yang boleh lupakan anak terutama sekali waktu makan. Lagilah kalau hidangan yang dijamah merupakan hidangan kegemaran anak-anak. Jadi, untuk tidak menghampakan mereka, dan sebagai tanda kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi, Amie sediakan hidangan nasi lemak, dengan lauk sambal sotong tetapi memasak nasi lemak cara kukus biasa saja. Sambal sotongnya pula Amie sediakan waktu malam sebelum tidur, jadi hanya perlu panaskan waktu pagi untuk lauk nasi lemak. Memang terasa sedap sangat sebab segala ramuan Sambal Sotong telah mesra!


Untuk resepi nasi lemak kukus, bolehlah selongkar resepi Amie yang lepas DI SINI,  dan DI SINI, juga DI SINIDI SINI pun ada dan banyak lagi.

Resepi: Nasi Lemak Kukus
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 pot rice cooker beras - bersihkan dan toskan
500ml pati santan kelapa
3 biji bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
2 helai daun pandan - siat-siat
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu pati ayam Maggie

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Letakkan kuali di atas dapur, dan masukkan santan kelapa bersama bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk pati ayam Maggie. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali - sekala sehingga beras kembang dan santan mengering.
4. Pindahkan beras di dalam kuali tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.


Untuk Sambal Sotongnya pula bolehlah klik DI SINI, dan Amie juga paparkan di bawah ini untuk rujukan teman-teman yang berminat untuk mencubanya.

Resepi : Sambal Sotong

Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
600 gram sotong - bersihkan - panaskan sotong di dalam periuk / kuali sehingga kecut dan buangkan airnya 
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga pecah minyak.
2. Masukkan asam jawa dan sotong.
3. Masukkan pati santan, garam dan gula. Biarkan masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


13 ulasan:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

sedap taw nasik lemak kukus ni...my darl cukup suka makan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Salam Amiey,kak ros pun baru lepas sarapan dgn nasi lemak.

tun_telani berkata...

Salam kak amie.. dh cuti ye. kiteorg cuti jumaat, pastu sambung isnin. so wiken ni cuti 4 hari ^^
tun pun plan nk wat nasi lemak esok, tp tun mmg makan nasi lemak dgn sambal ikan bilis je.

Amie berkata...

Lady Ayu,
memang sedap Ayu... kalau kukus tak risau lembik.

Puan Ros,
samalah menu kita ye..

Tun Telani,
nasi lemak sambal ikan bilis tu yang sodap! Nasi lemak asli tu...

HALAMANKU berkata...

Kak Amie.. sedapnyer.. wat terliur.. perutpun jadi berkeroncong nyum3

Ucu Faridah berkata...

lagi mesra rasa sambal tu kalau dah masuk tekak sedang elok jer dia duduk kat dalam perut ucu...hihihi...

k. amie cayang....ucu minta maaf banyak2 sbb lambat nk ucap tima kasih kat akak....
seronok sangat2 tau sampai tak boleh mandi...hehehe...

Qasey Honey berkata...

asslm Kak Amie...wah bestnya kak...cuti pjg la skrg ni yer...x pegi bcuti ke mne2 ker??

sedap btul tgk nasi lemak tu...ade sotong lg...tliur dibuatnya...

Wattie berkata...

Salam Amie,
Kecur air liurku melihat nasi lemak kuah sotong mu itewwww......nak tumpang makan boleh

Yana Shaiful berkata...

Salam Kak Amie..sedapnya nasi lemak kukus berlaukkan sambal sotong pulak tuu..mkin berselera klu dpt mkn nii ^_^

Zaliedana berkata...

Assalam kak amie,siyes nih kak,sy mmg tergoda sgt ngan nasi lemak n sambal sotong yg akak msk nih,dah ngidam dah ni kak,huhu..klo dkt mmg kompom dah suh akak mskkan sama juga kat sy,huhu..

Zaliedana berkata...

Assalam kak amie,siyes nih kak,sy mmg tergoda sgt ngan nasi lemak n sambal sotong yg akak msk nih,dah ngidam dah ni kak,huhu..klo dkt mmg kompom dah suh akak mskkan sama juga kat sy,huhu..

mama aini berkata...

ehem rajinnya amie masak ya..mama sejak kesihatan on-off dah kurang masak sendiri..pastu tinggal berdua je dgn hb..

leyzajamil berkata...

perghhhh..tak boleh tahan nak control air liur meleleh niiii..tulunnn!!!!