Mencari Isi Siput Sedut
7:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita dua minggu lepas yang belum selesai. Selepas kami daftar keluar Ormond Hotel, kami mencari tempat makan tengah hari dan singgah di sebuah cafe yang pernah kami singgah makan dua minggu sebelumnya. Kali ini kami hendak makan lauk berhidang dan penuhi keinginan Firdaus untuk makan kapurung.
Atas - Lauk berhidang.
Bawah - Set kapurung.
| Minuman yang dipesan. |
| Firdaus dengan hidangan akpurungnya. |
Amie tidak makan nasi, sebaliknya makan kapurung bersama Firdaus. Selepas makan kapurung Firdaus makan nasi juga. Antara lauk berhidang termasuklah ayam, udang galah, terung berlada dan ulam-ulaman. Amie hanya ingin makan siput sedut masak lemak sahaja. Encik Suami dan Firdaus langsung tak sentuh siput.
| Siput Sedut Masak Lemak |
Selesai makan kapurung, Amie pun tarik mangkuk Siput Sedut Masak Lemak. Sedut seekor siput, tak keluar isi. Ambil lagi seekor, sedut lagi. Tak keluar isi juga. Ambil siput ketiga, sedut lagu kuat. Tak keluar isi juga. Ambil siput keempat, sedut tiga empat lima kali barulah keluar isi yang rasanya kurus sangat! Tak rasa isi siput pula.
Encik Suami cuba seekor dan sedut kuat-kuat. Dapatlah isinya. Cuba seterusnya, sama seperti kita tak keluar isi. Setelah kita sedut seekor demi seekor sehingga 11 ekor, kita pun berhenti makan,
Baki siput sedut dalam mangkuk.
Setelah membayar harga makanan di kaunter, kita beritahu pekerja di situ. Kita kata isi siput tak boleh disedut. Samada tak masak atau siput yang sudah lama. Petugas di kaunter mohon maaf.
10 comments
Ammi tak pandai makan siput sedut tapi kalau si bongsu Ammi, asal nampak je mesti dia ambil semangkuk
BalasPadamSubahanallah, sajian makanan enak belaka..rezeki sentiasa mengalir deras
BalasPadamTerliur la dengan kapurung tu.
BalasPadamSedapnya lauk berhidang tu kak Amie. Ehh nampak macam susut sikit Firdaus. Seronoklah Firdaus dapat makan makanan favourite dia.
BalasPadamAa rasa teringin pulak makan siput sedut. Nampak bersih dan pekat sikit kuah lemaknya. Aduhaii siput pun tak mahu keluar. Jenuh menyedut. Mujurlah dorang minta maaf. Tapi tak ada diskaun pula kan.
Rasanya sebab lama sangat beli dan simpan dalam peti beku kak. Sebab dana pernah beli la siput sedut online memang gitu.... dia ada cara kalau nak beku kan siput ni kalau org jual, tak boleh pas siang terus bekukan nnti isinya jd kecut dan bila dimasak sedut2 tak keluar isinya.
BalasPadamSaya failed betul kalau bab menyedut siput ni. Atas bawah cuba disedut tapi takmo keluar. Stressed dibuatnya😅
BalasPadamUisshh biasa kalau sedut tapi takde keluar siputnya, so memang cengkerangnya aja laa tu.. jarang siput tak masak atau selain tu.. jangan kedai tu 'main tipu' pulak ekk huhuhuhu
BalasPadamNampak kapurung je terus terliur ni Kak Amie
BalasPadamSaya suka siput sedut, tp tak pandai sedut pakai mulut. Jadi memang hrs pakai tusukan lidi 🤣🤣. Kalau tak, tak akan bisa terambil 😄
BalasPadamSiput sedut tu mungkin dah disimpan dalam freezer kak amie..sebab tu isinya kecut..selalu cenggitu la...
BalasPadam