Ikan Patin Bakar Sambal
8:36 PGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita hari Sabtu - sebaik sahaja selesai aktiviti di ladang, kami terus gerak ke Tawau. Semua beg berisi pakaian sudah siap dimasukkan dalam bonet kereta. Jadi tidak perlu pulang ke rumah lagi. Abang Farid sudah tempah penginapan di Marco Polo Hotel.
Dalam perjalanan ke Tawau, kami singgah cari makan tengah hari di Kunak. Sudah tentulah kami pilih Warung Senduk Jebat. Banyak kali juga kami makan di sini kerana selalu teringat-ingat lauk-pauk dari laut yang masih panas!
Kami memesan:
- Ikan Patin Bakar Sambal
- Sotong Goreng Salut Tepung
Lauk-pauk lain kami layan diri:
- Singgang Kepala Ikan Putih
- Ulam-ulaman
- Kerabu Mangga
| Ikan Patin Bakar Sambal |
| Walaupun sudah bersalur sambal sewaktu dibakar, diletakkan juga sambal pencicah sewaktu menghidang. |
| Nasi Putih + Tempe + Tauhu Goreng |
| Kepala Ikan Putih Masak Singgang |
Walaupun ada Ikan Patin Bakar Sambal, Encik Suami tetap mencari masakan rebus-rebus. Katanya walaupun ikan bakar tetapi guna banyak minyak. Encik Suami juga tidak tahan makan pedas. Dipilihnya Kepala Ikan Putih Masak Singgang.
Besar juga saiz kepala ikan putih yang Encik Suami pilih. Amie ambil kesempatan makan mata ikan yang besar itu.... ahaks!
Jeruk bawang putih itu Encik Suami punya. Amie ambil budu dan Firdaus minta ambilkan sambah tomato. Walaupun Amie beritahu Firdaus, ada sambal ikan patin tetapi dia tetap juga minta sambal tomato!
| Sambal Tomato |
| Ulaman - jantung pisang, ulam raja dan tomato ceri. |
| Kerabu Mangga |
Memandangkan lauk dan ulaman sudah tersedia di atas meja, jadi Encik Suami terus makan dahulu. Setelah Encik Suami selesai makan, barulah sampai Ikan Patin Bakar Sambal dan Sotong Goreng Salut Tepung.
| Sotong Goreng Salut Tepung |
Puaslah Firdaus meratah Sotong Goreng Salut Tepung sampai ke janggut-janggutnya! Tak sangka pula dia makan sampai ke ekor Ikan Patin Bakar Sambal!
Amie beritahu Encik Suami, cukuplah berasa penat di ladang. Amie tak mahu tambah penat ketika di rumah. Amie hendak banyak berehat dan tak mahu masak... ahaks! Jadi, bawalah kami jalan-jalan di hujung minggu.
19 comments
Ya Allah sedapnya semua menu kak oi, patin bakar tu dah menggoda pastu tengok pulak ada memacam seafood lain
BalasPadamalhamdulillah menu sedap gamit selera
BalasPadamAda patin juga di sana ye. Nampak sedap pulak dibakar tu.
BalasPadamSemuanya enak! Jangan kata Firdaus, kalau Aunty PH pun licin ikan patin dikerjakan :)
BalasPadamEloklah tu Kak Amie, hujung minggu rehatkan badan dan minda.
Menarik rupa jeruk bawang putih tu. Siap ada batangnya.
BalasPadamSelamat menjamu selera sesedap kayangan.
BalasPadamFirst time tgk ikan patin bakar. Selalunya patin ni buat pais, masak tempoyak dan kalau di tempat saya pulak, masak kukus berkicap letak halia banyak2 😊
BalasPadamSedap2 lauk nyer...masak X per...nak mengemas Tu la masalah..
BalasPadamSubahanallah sangat sedap nampaknya tu..
BalasPadamYa allah...kenapa la tgok entry ni time2 subuh ni...lapar dh perut ha..x sangka ye kak ikanmpatin tu boleh di bakar sambal..nampak elok dan sedap kejadiannya...nak cuba la satu hari nanti..
BalasPadamSemuanya sedap Kak Amie especially patin bakar sambal
BalasPadamSedapnya amie sambal ikan patin
BalasPadamAiiih kak Amie, sedang menunggu berbuka puasa saya baca ini. Langsung macam tak sabaaaar nak berbuka. 🤣🤣. Terasa pula kesedapan ikan bakarnya, juga sambal.. cumi goreng tepung pun pasti sedap dimakan begitu saja
BalasPadamSedapnyaa patin bakar tu, terbakar tekak kita tengokkkkk...
BalasPadamAlamak... baru lepas makan tapi tengok makanan ni lapar balik huhu
BalasPadamPilihan menu yang menyelerakan. Suka ikan bakar bersambal. Walaupun bersambal, ada pencicah lain pun sedap juga. Dia punya sedap sampai ke ekornya Firdaus makan. Betul-betul sedap tu. bestnya ada ulam jantung pisang rebus tu, cicah sambal. Ada pulak kerabu mangga, aa ratah je pun dah sedap.
BalasPadamUiiii....harum baunya sampai ke sini
BalasPadamarghhh sambal tomato tu kalau ada telur dadar sedapnyaaaaaaaaa
BalasPadamkak sy lapar nihhhhhhhh
Masak singgang sedapnya tapi anak2 ni kurang sikit. Semuanya sedap Kak Amie
BalasPadam