Sarapan Apa Pagi Ini?

10:38 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tanya Sarapan Apa Pagi Ini?, tapi tayang gambar sarapan pagi kelmarin... ahaks! Kelmarin pagi kami sarapan lontong kuah lodeh. Rakan penoreh belanja kami hasil air tangannya sendiri. Sedap makan lontong kuah lodrh sampai teringat-ingat keenakannya. Maklumlah di LD mana ada lontong / nasi himpit dengan kuah lodeh seperti di tempat kita. Kalau tak ingat orang belakang, memang hendak menambah dua tiga mangkuk! Istimewanya, penoreh yang bawa ini berasal dari Johor. Memang kena bagi bintang-bintanglah kepadanya.

Lontong Kuah Lodeh


Bihun Sup Kantin

Biasanya kalau sarapan di kantin, pilihan kami selain mi dan bihun goreng, sudah tentulah bihun sup. Sayangnya bihun supnya sangat ringkas. Harganya RM5.00.

Amie selalu minta tambahan hirisan ayam seperti gambar di bawah. Amie bawa sendiri telur rebus dan daun salad. Bolehlah buat tambah-tambah aksesori.

Bihun Sup Kantin yang telah ditokok tambah dengan aksesori yang dibawa dari rumah.

Bubur Ayam Kantin 

Kalau hendak makan bubur di kantin pun Amie minta tambah lagi hirisan ayam. Dari harga RM5.00 menjadi RM7.00

Bihun Sup Ayam Goreng - RM8.00

Sesekali Amie memesan Bihun Sup Ayam Goreng tapi kena tambah lagi ayam gorengnya. Jadi, Amie sarapan apa pagi ini? Rakan-rakan penoreh bawa popia carbonara, karipap dan kuih-muih lain. Rasa kenyang pula setelah makan kuih-muih. Tapi pergi kantin juga. Kupi-kupi dulu bah! Jadi, sarapannya hanya minum kopi sahaja.

10 comments

  1. Sarapan kelmarin pun boleh kak Amie. Tak ada salahnya. hihi..Suka sarapan lontong kuah lodeh ni. Kalau masak sendiri tu lagi sedaplah kan. Rezeki lah dapat makan lontong kuah lodeh sedap. Ohh patutlah sedap, orang Johor buat rupanya.
    Betul-betul ringkas bihun sup tu. Mungkin sebab kantin sekolah kan, jadi supnya ikut selera anak-anak gitu. Kalau tak minta ayam tambahan, ayam dah habis dulu bihun masih ada lagi.
    Meriah betul sarapan kak Amie harini. Untung juga masing-masing bawa bekal dan berkongsi rezeki. Dapatlah rasa banyak jenis makanan gitu.

    BalasPadam
  2. Sedapnya lodeh tu kak.... peberet dana jugak tu. Simple betul mehun sup kantin tu ya, tapi nampak sihat kak putih bersih je tuh. Bubur tu nampak sedap bila dah penuh dengan lauk

    BalasPadam
  3. wah amie bawa bekal sayur juga mkn di kantin rajin tambah2 bahan sesuai selera

    BalasPadam
  4. Sedapnya lontong. Pagi tadi makan Laksa Pahang jumpa kuahnya dalam freezer hehe. Rebus spaghetti je lah.

    BalasPadam
  5. Mahal juga ye Kak Amie, nampak kosong je bihun sup tu. Bila dihias oleh dgn salad dan telur rebus tu terus nampak wow, naik selera

    BalasPadam
  6. Sedapnya lontong. Selalu beli kat gerai taman Cie ni sedap lontongnya.

    BalasPadam
  7. Aduhaiiii orang Johor memang peberetnya lontong dengan kuah lodeh yang pekat serta sambal kadang atau sambal tumis pun jadi gabungannya. Kalau lontong darat dapat serunding kelapa dengan rendang ayam pun dah best sangat.

    BalasPadam
  8. Bila tengok lontong tu teringat rakan blogger SK..fav SK lontong kan...kosong aje bihun sup kantin ye kak..akak kena bawak aksesori tambah baru nampak menyelerakan ye...

    BalasPadam
  9. Dah jadi kayangan pula bila bubur tu ditambah acessories.

    BalasPadam
  10. Lontong sayur macam di atas fav saya juga kak. Itu biasanya lontong di JKT yg seperti itu. Kalau Aceh beda lagi toppingnya , agak mirip dengan lontong Medan. Karena pakai serundeng kelapa. Kalau ditanya lebih enak yg JKT punya atau Aceh punya, ofkors saya akan bilang Aceh, Krn lidah saya membesar dengan lontong sayur Aceh 😄

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe