Makan Sup Jagung Daging Sedap di Harbour Mall Sandakan
8:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumaat 05 Disember 2025, selepas daftar masuk Hotel Elopura dan solat jamak, kami keluar cari makan di Harbour Mall yang terletal betul-betul di hadapan hotel. Ketika menaiki eskalator tingkat demi tingkat menuju ke tempat makan, Amie beritahu Encik Suami, selepas makan nanti Amie hendak shopping. Banyak pula godaan mata di Harbour Mall ini.
Malam itu kami makan:
| Sup Jagung Daging RM10.50. |
| Sate Kambing |
Selain sate kambing dan sate paru, Amie memesan sate ayam tapi apabila sampai tidak ada pula sate ayam. Oleh sebab perut sudah lapar, malaslah hendak bersoal jawab lagi.... ahaks. Encik Suami pula tidak sabar hendak makan nasi ayamnya. Peniaga nasi ayam minta maaf sebab kehabisan sup. Isshh...issshhh nampak ayam ada lima ekor masih bergantung, supnya pula tak cukup.
| Nasi Ayam |
| Ayam Stim |
| Honey Lemon |
| Sup Jagung Daging |
Sup Jagung Daging ini serius sedap. Ini merupakan kali pertama Amie jumpa Sup Jagung Daging. Biasanya jumpa sup jagung ketam saja. Amie hirup sampai ke titisan kuah terakhir! Oleh kerana perut sudah kekenyangan jadi mood untuk shopping terus ke laut. Betullah kawan-kawan kata kalau hendak shopping tunggu perut kenyang. Kalau shopping dalam keaadan lapar, semua hendak dibeli!
Esok paginya kami santai-santai sarapan di hotel. Waktu sarapan bermula dari pukul 6:30 pagi hingga pukul 10:00. Eloklah ityu, mall pun buka pukul 10 pagi. Sekali lagi kami datang ke Harbour Mall. Kali ini memang betul-betul shopping walaupun perut kenyang!
Empat kali Encik Suami hantar barang ke kereta. Sesekali berbelanja untuk diri dan keluarga apa salahnya kan. Rupanya berbelanja pun rasa penat dan lapar juga! Jadi, sekali lagi kami cari makan di tingkat empat Harbour Mall.
Kali ini kami makan:
| Sup Ceker RM5.00 |
| Rasa lada putih dalam kuah Sup Ceker ini memang berasa sungguh, sampai berpeluh-peluh kita menghirupnya. |
| Encik Suami - Wantan Telur. |
| Pekat kuah Wantan Telur! |
| Sup Jagung Udang - RM10.50. |
Sudah tentu Amie tidak lupa memesan Sup Jagung. Kali ini Amie minta Sup Jagung Udang pula. Kalau tak makan Sup Jagung di Harbour Mall takut nanti sampai LD teringat-ingat pula.
Sudah hirup Sup Ceker, hirup Sup Jagung Udang pula. Tak perlulah briskwalk sebab peluh sudah meleleh-leleh... ahaks!
Lepas makan, kami terus balik ke hotel. Perut penuh dengan kuah sup, jadi tiada tumpuan untuk shopping lagi.
6 comments
Boleh pulak ye kehabisan sup tapi ayam banyak lagi. Masak jela sekejap sup tu bukan renyah pun.
BalasPadamSup jagung ini sering dibuat asisten mama mertua dulu. Dan fav suami saya. Jadi saya belajar utk bikin juga. Dan memang sukaaa sangat. Dimakan saat panas, kasih bon cabe yg pedas 😄😄. Comfort food sangat
BalasPadamMakanan menyihatkan ..mestilah makan, supaya badan bertenaga. Biasa ada makanan sup jagung tu di hotel2 kan..
BalasPadamWah ada 2 versi sup jagung kak amie mkn sehari... mmg x pernah jumpa sup jagung daging, selalunya ayam atau crabstick je
BalasPadamPertama kali sy nampak sup jagung macam ni, Kak Amie. Amboi, sakan shopping ya Kak Amie. Dah buat persediaan raya ke tu?
BalasPadamFirst time tengok sup jagung daging ni Kak Amie. Kalau dekat mau saya terus ke kedai, nak rasa.
BalasPadam