Makan Ikan Jenahak Bakar Sambal Tempoyak di Senduk Jebat Corner Kunak
8:39 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas bersamaan pada hari Ahad 30 November. Selepas hantar Abang Farid sekeluarga di Lapangan Terbang Tawau, kami terus pulang dan singgah makan tengah hari di Senduk Jebat Corner, Kunak.
Kami makan nasi putih lauk:
| Ikan Jenahak Bakar Sambal Tempoyak |
Kami memilih meja di tepi pagar yang dililit dengan pokok peria.
Banyak buah peria bergayut di pagar.
Kalau datang lauk begini, ambil nasi sedikit sahaja sebab lebih sedap meratah udang goreng dan sotong bakar. Ikan Jenahak Bakar Sambal Tempoyak itu pula tersangatlah sedapnya sampai menjilat jari!
| Udang Goreng Salut Tepung |
Ada pun Udang Goreng Salut Tepung dan Sotong Bakar Sambal tidak dapat kami habiskan. Jadi, kami minta bungkus sahaja bakinya untuk dibawa pulang.
Tak lengkap makan nasi berlauk haiwan laut kalau tidak berulam. Kami ambil beberapa jenis ulaman dan kerabu mangga, sambal belacan dan budu.
| Sambal Belacan & Budu |
| Kerabu Mangga |
| Ulaman kacang botol +tomato + petai + kacang bendi + bawang putih jeruk. |
Harga makan tengah hari kami berjumlah RM117. 20 sen. Kalau Senduk Jebat Corner itu dekat dengan LD, memanag selalu hendak datang makan di sini. Jadi, kami hanya ambil kesempatan sekiranya ada urusan samada di Tawau atau Semporna, bolehlah snggah sini.
Belanja video makan tengah hari di Senduk Jebat Corner
2 comments
Wow menyelerakan.. Lauk banyak sedap-sedap belaka, jadi ambil nasi sedikit dan ratah lauk sampai habis.. hurmmm terliur pula..
BalasPadamTak pernah pula jumpa menu ikan bakar sambal tempoyak. Biasanya, sambal biasa saja. Sedap, tengok. 😋
BalasPadam