Tinggallah Dulu Syurgaku
10:24 PGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 5 Syawal 1446H bersamaan hari Jumaat.
Dua hari lepas Bonda dibawa ke Hospital UITM Puncak Alam. Kita hanya mampu mendoakan dari jauh dan mendengar perkembangan keadaan Bonda. Bonda berada di katil kecemasan zon kuning. Katanya, Bonda tinggi potasium. Kurang air dan juga kurang gula. Bonda memang tidak suka minum banyak air, katanya nanti asyik ke bilik air. Jadinya, kenalah masuk 500ml air. Syukur Alhamdulillah, Bonda tidak ditahan di wad. Mudah-mudahan Bonda kembali sihat seperti sediakala. Lega rasanya melihat gambar Bonda duduk di dapur sedang makan nasi lauk tempe goreng dan sayur bening kacang bendi.
Inilah sosok Bondaku, seorang ibu yang menjadi idola sepanjang hayatku. Bonda hanya sempat bersekolah setakat darjah 3. Menjadi anak piatu kehilangan ibu untuk selama-lamanya, dan menjalani kehidupan seadanya. Kini usianya menginjak angka 87 tahun.
Bondaku sudah agak kabur penglihatannya tetapi mata hatinya masih jelas dalam membaca sesuatu, tentang anak cucu cicitnya dan persekitarannya.
Pendengaran Bonda juga sudah kurang jelas, namun Bonda tetap ingin bercerita, mendengar cerita dan berkongsi cerita suka duka kami sekeluarga. Kami sudah dewasa, namun Bonda masih menganggap kami seperti anak-anak kecilnya.
Matanya yang redup dengan kelopak tua yang semakin layu masih mampu dibaca, malah dapat kuteroka segala suka duka sepanjang perjalanannya bergelar ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi kelangsungan hidup anak-anaknya. Dialah tulang belakang arwah Ayahanda, menghidupi kami dengan segala kepayahan hidup namun tidak pernah terdengar keluh kesah atau suara putus asa.
Syurgaku dunia akhirat. |
Cinta dan kasih sayang terhadap cucunya tidak dapat disembunyikan.
Tiada cinta yang murni, setulus cintamu!
Bergambar sebelum kami tinggalkan teratak Bonda. |
Buyut (Bonda) bergambar dengan cicit (Hamzah). Belum sempat kira, Hamzah ini cicit Bonda yang keberapa... ahaks!
Tinggallah dulu Bondaku. |
Mawar Putih Untuk Mama
Dalam perjalanan menuju ke Sepang, sempat edit video bergambar bersama Bonda. Namun, air mata berjurai-jurai sepanjang perjalanan. Sakitnya kalbu ini tak terluah, makan di dalam. Selalu terngiang-ngiang suaranya di cuping telinga ini : Lepas pencen nanti balik sini.
Semoga Bondaku sentiasa sihat walafiat.
22 comments
Semoga Allah kurniakan syurga untuk para ibu tanpa hijab.. Aamin2..
BalasPadamAduh.. Sayunya. Mak saya pun masih ada lagi. Sudah 81 tahun.
BalasPadambonda k amie sebaya dengan opah saya...
BalasPadamsyukurlah masih ada bonda. ibu sy telah kembali ke alam baqa pd hari raya korban thn 2002. Sy sempat bertukar ke Kelantan dari Papar kira2 9 bln sebelum kehilangannya. Jadi sempatlah menjaga dia buat kali terakhir.
BalasPadamSihat² selalu hendaknya buat bonda Akk 🤲🏻
BalasPadamSemoga bonda kembali sihat dan cergas. Mungkin raya ni sedikit penat. Kita ni hati tisu Kak Amie. Kalau bab begini, memang kalah dengan air mata.
BalasPadamAllahu... bonda nak juga anak² duduk berdekatan. Moga bonda sihat² selalu.
BalasPadamSemoga bonda diparengi keafiatan yang berpanjangan
BalasPadamSemuga bonda amie di kurniakan kesihatan yang baik. Tenguk bonda amie teringat aruah mak saya. Mungkin kalau masih hidup dah nak 90 tahun. Perit hidupnya semasa kecil di beri kat orang lain kerana ibu bapa bercerai. Walaupun perit kehidupan serba kekurangan alhamdulillah sebelum meninggal dapat merasai kehidupan yang lebih baik walaupun tidak mewah tapi apa kehendaknya kami turuti. Aduhaiiiii bergenang airmata tenguk bonda amie macam tu.
BalasPadamMendengar alunan lagu Mawar Putih U tuk Mama membuatkan sy segera menelefon syuga saya juga...tiba tiba rasa rindu yg amat kepada mak
BalasPadammoga bonda sentiasa sihat & sentiasa dilindungi & dirahmati Allah...aamiin
BalasPadamsmoga bonda kak amie dikurniakan kesihatan yg baik di usianya yg dh 87 tahun
BalasPadamRasa nak pecah dada ni, Kak Amie.
BalasPadamTerus airmata SA mengalir laju...sedihnya...untuk yang kehilangan mak macam SA..memang apa aje yang berkaitan dengan bonda orang lain, pasti mengundang sebak..semoga allah panjangkan umur dan berikan kesihatan buat bonda akak...
BalasPadamSayu pulak tengok video beliau hapuskan air mata tu....
BalasPadamEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Alhamdulillah, semoga bonda kak amie dikurniakan kesihatan yang baik.
BalasPadamMoga Bonda dikurniakan kesihatan yang baik ya.. Ana ni walaupun dpt kembali dduk dgn Mak tp hati tetap sayu tiap kali apa saja perkongsian ttg ibu :(
BalasPadamMoga bonda akak sentiasa dalam lindunganNya, sihat selalu hendaknya.
BalasPadammoga bonda tiasa sht sjhtra dlm lindungan Allah
BalasPadamPastilah berat sangat meninggalkan Bonda jauh begini. I feel you kak Amie, sebab orangtua saya pun jauh, beda pulau. Pastilah kita akan selalu kuatir jika mereka sakit kan.
BalasPadamSaya ikut doakan Bonda kakak sehat lagi, dipanjangkan usia dan masih bisa ikut merayakan lebaran selanjutnya bersama kluarga ❤️
Sayu sangat sayu. Memang berat hati nak tinggalkan bonda. Yang membaca pun sama bergenang air mata.
BalasPadamTngok bonda puan amie teringat arwah opah saya. If dia ada lagi, sekarang dah 91 dah :(
BalasPadamSebak pulak tgok waktu bonda kesat air mata tgh dalam cucu.. semoga diberikan kesihatan yg baik, sempat tengok cicit2 membesar ❤