Bermalam di Warisan Indah Homestay KLIA1 Sebelum Terbang Pulang ke Sarang

4:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Syawal sudah sampai ke penghujung tetapi cerita di awal Syawal belum lagi selesai dijadikan entri. Banyak kerja ladang yang perlu diberi perhatian. Dan sesungguhnya, tidak sabar menanti waktu  keluar dari ladang untuk selama-lamanya. Nampaknya tahun-tahun mendatang beramai-ramailah kami keluar dari sistem. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan untuk ke arah itu.

Entri kali ini cerita 5 Syawal 1446H. Memandangkan anak menantu semuanya keletihan, jadi kami bercadang untuk berehat seketika sementara menunggu waktu untuk terbang pulang ke sarang. Selain itu kami fikirkan untuk elak dari tersekat dalam kesesakan jalan raya. Musim perayaan begini, apa yang tidak dijangka mungkin akan terjadi. MAS pun sudah hantar pesanan supaya berada di lapangan terbang sebaik-baiknya empat jam sebelum berlepas.

Abang Farid mencari tempat penginapan yang berhampiran dengan KLIA1. Alhamdulillah, dapatlah tempah Warisan Indah Homestay KLIA1  di Kota Warisan, Sepang. Kami dapat potongan harga memandangkan Amie pelanggan setia Booking.com. Kali ini penginapan empat bilik hanya RM264.92 sen setelah diberi diskaun.

Sebaik sahaja meninggalkan Mykori Dessert Cafe Kota Warisan, kami terus bergerak ke Warisan Indah Homestay KLIA1. Oleh kerana Fuad singgah membeli minuman, jadi Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah sampai dahulu ke homestay.

Muat dua buah kereta di dalam garaj.


Ruang tamu Warisan Indah Homestay KLIA1.




Walaupun semua ruangan luas tetapi tidaklah dapat kami manfaatkan sepenuhnya memandangkan masa yang sangat terhad untuk berlama-lama di sini. Apa yang penting sudah tentulah dapat berkumpul sekeluarga di tempat yang sama. Kalau di hotel, sudah tentu masing-masing berada di bilik sendiri tetapi di homestay sekurang-kurangnya boleh duduk bersama di ruang tamu.


Pada mulanya kami hendak beli makanan dan bungkus bawa pulang untuk makan malam. Namun begitu, kami ubah fikiran. Makan sahajalah di luar dan tak perlu untuk mengemas dan membersihkan segala pinggan mangkuk dan ruang dapur selepas makan.




Jadinya, kami hanya minum air sahajalah di sini.



Di tingkat bawah, disediakan sebuah katil dan bilik air.


Abang Farid hendak tidur di bilik ini tetapi ubah fikiran setelah mendapati tiada penyaman udara!


Oleh kerana di tingkat atas ada tiga buah bilik, jadi Abang Farid pindah ke sana.

Bilik air di tingkat bawah.

Firdaus santai-santai makan aiskrim di ruang tamu.


Jom naik tingkat atas.



Alhamdulillah, ada sterika disediakan.



Abang Farid pindah ke bilik ini. 


Ruangannya lebih luas berbanding bilik pertama di tingkat bawah yang menjadi pilihannya.


Bilik air kedua.


Bilik Fuad dan Fairuz.



Setiap bilik disediakan sejadah dan ruang solat yang luas dengan hamparan permaidani.

Bilik air ketiga.


Bilik tidur utama.



Bantal extra.

Sekurang-kurangnya dapatlah lelapkan mata sementara menunggu waktu keberangkatan ke KLIA1 awal pagi esoknya.



17 comments

  1. kemas dan bersih nampaknya homestay tu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah nampak selesa homestay tu kak..harga pun murah...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. Yang penting dapat tidur dengan selesa.

    BalasPadam
  4. Kalo ramai sekeluarga, memang bagus stay di homestay ya kak. Jadi bisalah berkumpul semua, tetap ngobrol sebelum pulang ke rumah lagi.

    Trakhir kali saya transit di KLIA 1, akhirnya pilih kluar tp tuhlah ttp cari hotel sebab tak ramai juga.

    Baguuus homestay dia, luas sangat nampaknya. Dan bersih. Itu yg terpenting. Lokasi dekat dengan bandara lahh bagus. Jadi tak terburu2 sangat esok paginya

    BalasPadam
  5. Luas juga dan banyak kemudahan disediakan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Dapat berehat dengan selesa

    BalasPadam
  7. Bila nak santai-santai memang makan kat luar je, senang.
    Masuk HS mesti nak cari bilik yang ada aircond 😁

    BalasPadam
  8. Bila part ni mesti sedih kan setelah berhari raya bersama-sama 1 famili. Bila balik sabah masing-masing pulang ke sarang. Semuga famili amie selalu dapat berkumpul bersama. Aamiin

    BalasPadam
  9. Luas dan selesa nampaknya homestay ni, berbaloi dgn harganya tu. Yang penting semua dapat berehat dgn selesa dan tak terkejar² nak ke airport

    BalasPadam
  10. waahh puas hati dpt homestay yg bersih luas & selesa mcm ni kan sis Amie

    BalasPadam
  11. Besar luas bersih kemas memang selesa untuk keluarga

    BalasPadam
  12. Lawa homestay dia.
    Kak Amie menang giveaway saya! :)
    https://hiduptot.blogspot.com/2025/04/pemenang-giveaway-pertama-tots-blog.html

    BalasPadam
  13. homestay yg selesa dan luas. kemudahan pun lengkap. Harga juga berpatutan.

    BalasPadam
  14. Mesti Kak Amie dikatakan penyewa dari syurga. Kalau sy pun lebih senang makan di kedai, tak payah susah² nak mengemas nanti.

    BalasPadam
  15. homestay luas n selesa muat sekeluarga coti2

    BalasPadam
  16. Luas homestay tu, siap dapat discount lagi tu memang berbaloi

    BalasPadam
  17. Begitulah kan kalau travel. Tempat penginapan tak dapat nak dimanfaatkan, hanya sekadar untuk berehat sahaja. Berbaloi dapat diskaun. Homestay pun luas, bersih dan banyak kelengkapannya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe