Berbuka Puasa Juadah Punjungan Bersama Bonda di Kampung Laman
5:38 PTGSetelah membeli apa yang patut di Pasar Sungai Buluh, kami terus ke LOTUS Kuala Selangor. Menjelang tengah hari kami sampai ke rumah. Terlupa! Waktu zohor di kampung bukannya pukul 12:10 minit seperti di Lahad Datu. Kononnya selepas solat zohor akan ke Puncak Alam untuk membeli apa yang kurang sebagai persiapan raya. Jadi, selepas meletakkan barang yang dibeli di atas meja dapur, kami berdua terus ke Puncak Alam.
Harap-harap tiadalah barang keperluan dapur dan keperluan raya yang tertinggal untuk dibeli. Kalau ada juga yang tak terbeli, nanti Fuiad atau Fairuz boleh cari. Dua anak bujang ini tidur dari pagi tak bangun-bangun. Memang penat sangat sejak kelmarin, tapi kalau kami ikutkan penat dan mengantuk memang tak akan jadi apa pada hari raya nanti!
Oleh kerana kami masih lagi mendapat punjungan, jadi Amie cadangkan waktu berbuka puasa nanti makan sahajalah punjungan tersebut. Tak perlulah masak lagi
Punjungan ialah juadah yang dihantar oleh jiran tetangga dan saudara mara. Tradisi punjungan ini merupakan budaya dalam masyarakat Jawa. Sebelum tibanya hari raya, mereka akan masak makanan dan dihantar ke rumah jiran tetangga dan saudara-mara. Kami akan bertukar-tukar juadah seadanya. Dahulu, sehari sebelum sambutan hari raya biasanya kami akan munjung ke rumah jiran tetangga dan keluarga terdekat. Sekarang, ada yang menghantar punjungan beberapa hari sebelum menjelang raya. Hal seperti ini memang sangat bagus untuk dipraktikkan kerana tidak akan ada lambakan makanan atau makanan berlebihan apabila setiap punjungan dihantar pada hari yang sama.
Punjungan yang kami terima pada petang Ahad, dijadikan juadah berbuka puasa. |
13 comments
Alhamdulillah.. Linda tak sempat nak buat punjungan.. Kakak sepupu yang hanta ke rumah..
BalasPadamSedapnya air tembikai tu. Kat semenanjung harga murah je lagi2 kalau musim terlalu banyak tu sen2 pun pernah je ada sekilogram.
BalasPadamSeronoknya tradisi bertukar² punjungan ni...
BalasPadamSekarang tembikai murah, di Baling cuma seringgit sekilo!
Selamat Hari Raya buat Kak Amie sekeluarga ✨
Tak payah memasak la, tapi nanti kita pulak kena berpunjung, maknanya, kena masak jugaklahkan. Tradisi bertukar juadah ni lama sy tak jumpa.
BalasPadamMujur bonda dan Wak Niah dah siapkan sahur.. mesti letih tu hampir seharian dalam perjalanan.
BalasPadamMeriahnya punjungan... rezeki jgn ditolak kan... selamat hari raya amie!!! selamat kembali menoreh hari ni
BalasPadamSekarang tembikai tengah musim. Penghujung ramadan memang pulun buah tembikai. Yang buat air lah yang makan gitu je. Mangga pun tengah musim juga. Belum raya punjungannya dah juadah raya. Seronok sungguh. sup ceker le paling win sekali
BalasPadamKalo di kampung suami, Solo, Jawa tengah, itu disebut munjung atau munjungan kak. Di sana punjungan pula yaa.
BalasPadamTp tradisi ini dah lama tak ada di jakarta. Mungkin kalo dikampung suami masih banyak.
Berat betul tembikai tu 8kg. Seronok ye kak Amie di kampung akak masih ada tradisi punjungan. Ammi ni tak pasti di kampung ammi di Banting ada punjungan atau tidak sbb dari kecil kami biasanya beraya di Seremban, raya ke2 baru balik ke Banting
BalasPadamwaahhhh meriahnyaaaa punjungan! penuh bertalam-talam! skrg ada lambakan tembikai rasanya sbb di sekitar Perak harga 1 kg tembikai seringgit je hehehe
BalasPadamSukanya tengok tradisi masyarakat Jawa & Cocos yang masih diteruskan generasi demi generasi
BalasPadamMenarik yer masyarakat jawa punya kebiasaan...suka SA tengok...taman SA dah xde yang berbagi juadah..sekali tu je la masa awal Ramadhan
BalasPadamBaru sampai je dah ke sana kemari kak Amie. Bukan dekat-dekat tempat yang nak di pergi tu. Dengan berpuasa lagi. Rehat pun tak cukup. Tapi kalau kita ikutkan penat memang tak jadi kerja lah. Semangat raya tu buat kita rasa semangat sikit kan. Untung juga ada punjungan. Punjungan pun meriah. Biasanya hari terakhir puasa makan apa yang ada je, tak kalut beria macam selalu.
BalasPadam