Cerita 2 Syawal 1446H Raya Hari Kedua
10:30 PGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan 2 Syawal 1446H bersamaan hari Selasa.
Alhamdulillah.
Dapat tidur lena. Tenaga sudah terkumpul semula. Selepas solat subuh terus bersilat di dapur menyediakan apa yang patut untuk alas perut. Kemudian bersihkan diri dan bersiap untuk menghadapi 2 Syawal 1446H.
Hari ini suasana agak santai berbanding kelmarin.
Rasa lucu apabila teringat selepas kami bersalaman dan bermaafan dengan Bonda dan Wak Niah, tiba-tiba datang tetamu. Sebelah malamnya baru Amie teringat belum bermaafan dengan Encik Suami dan belum bersalam-salaman dengan anak-anak! Walaupun terlewat bersalam dan bermaafan, tetapi kami lakukan juga walaupun sudah malam.
Rasa lucu apabila teringat selepas kami bersalaman dan bermaafan dengan Bonda dan Wak Niah, tiba-tiba datang tetamu. Sebelah malamnya baru Amie teringat belum bermaafan dengan Encik Suami dan belum bersalam-salaman dengan anak-anak! Walaupun terlewat bersalam dan bermaafan, tetapi kami lakukan juga walaupun sudah malam.
Rupa-rupanya anak-anak dan Encik Suami belum bersihkan diri. Ketiga-tiganya menyapu halaman dan kemudian duduk bersembang. Sempat minta Fairuz rakam gambar kita di bawah pokok kelapa di depan rumah sebelum mekap cair... ahaks!
Entah apa yang dibualkan anak-beranak ini. |
Amie suruh mereka cepat-cepat mandi dan sarapan.
Sarapan yang sempat Amie sediakan:
- Mi Goreng
- Salad Campur
- Ayam Goreng
- Keladi Goreng Berempah
Abang Farid sediakan minuman panas. Bercawan-cawan kita hirup teh. Sedap betul!
Baki kicap lada air tangan Fuad masih banyak. Boleh makan dengan mi goreng.
Keladi Goreng Berempah |
Seperti yang dijangkakan, tetamu datang di sebelah pagi. Ada yang sempat Amie santuni, dan ada yang tidak. Hari ini kebanyakan yang datang dari keluarga sebelah Bonda dan arwah Ayahanda yang tinggal di luar kampung atau daerah kami. Hanya Bonda dan Wak Niah sahaja yang berada di ruang tamu. Anak-anak kembali menggalas tugas di dapur. Kali ini hanya tuang air kotak dan tambah ais batu sahaja.
Ini Ina, sepupu Amie sebelah arwah Ayahanda. |
Bonda dan Wak Niah suruh kami jalan-jalan ziarah saudara-mara, tetapi rasa risau pula kalau tetamu datang beramai-ramai ke rumah. Kebetulan pula Wak Kanang jemput datang beraya di rumahnya selepas zohor di Batang Berjuntai. Setelah berbincang dengan anak-anak, masing-masing membuat persediaan dengan meletakkan minuman kotak, air mineral dan ais batu serta gelas di ruang tamu. Nanti kalau tetamu datang, bolehlah mereka mengambil sendiri minuman tersebut. Mereka pun faham, Bonda sudah uzur dan Wak Niah pula agar sukar bergerak kerana berkerusi roda.
Aseeyah sudah memastikan kesemua balang kuih berisi penuh. Terjumpa cheese tart, entah siapa yang bawa. Letak sahajalah di antara kuih-muih yang ada.
Kek lapis dan buahan-buahan kering serta buah-buahan jeruk diisi di dalam bekasnya. |
Sepatutnya kami berada di rumah Wak Kanang pada pukul dua petang, tetapi sewaktu kami hendak keluar ada tetamu datang. Jadi kami tangguhkan perjalanan. Hampir pukul tiga petang barulah kami bergerak ke Batang Berjuntai.
Rupanya kelmarin, Wak Kanang tanya Abang Farid: Kalau datang rumah Wak, nak makan apa? Abang Farid jawab: Nak makan sate, Wak. Jawab Wak Kanang: Nanti Wak suruh Edy tempah sate.
Gambar bawah : Edy bersama isteri dan anak sulung (baru lepas pantang) beraya di rumah Bonda pada hari raya pertama.
Puaslah kami makan sate di rumah Wak Kanang. Rasa satenya pula sama sedap dengan sate yang Amie pernah beli di Pasar Malam Batang Berjuntai pada Disember 2023 lalu! Alhamdulillah. Sembilan cucuk Amie ratah.
Abaikan wajah letih dan mekap yang sudah cair! |
Carrot Cheese Cake |
Lama tak makan carrot cake. Sudah makan sate, melantak pula carrot kek berkeping-keping. Terlupa hendak makan kuih raya yang lain!
Cheese Tart |
Melihat cheese tart yang comel-comel ini teringat cheese tart di rumah Bonda. Kata Alya, anak Wak Kanang cheese tart itu dia yang buat. Apabila Amie kata sama macam di rumah, entah siapa yang bawa, Alya kata dialah yang bawa dan letak di atas meja kuih. Terima kasih Alya. Rajin Alya ye walaupun sibuk bekerja, sempat buat kuih untuk raya.
Selepas kenyang makan sate, bergambar pula. |
Tidak ketinggalan bergambar bersama cucunda Hamzah. |
Bergambar kenangan Syawal 1446H bersama Adik Chah, Wak Kanang dan Adik Wi serta anak-anak buah. |
Wak Kanang seorang balu. Arwah suaminya meninggal ketika Edy (anak sulung) berada di tahun enam sekolah rendah. |
Antara tetamu Wak Kanang pada petang itu yang terdiri daripada keluarga Amie, keluarga Adik Chah dan keluarga Adik Wi. Wak Aton tidak dapat bersama kerana masih beraya di Pulau Pinang.
Walaupun sedang beraya di rumah Wak Kanang, tetapi hati berada di rumah Bonda. Pukul empat petang kami berangkat pulang. Alhamdulillah, walaupun ada tetamu datang beraya tetapi Bonda dapat menyantuninya kerana minuman sudah tersedia lengkap di ruang tamu.
Sekian, cerita 2 Syawal 1446H Hari Raya Kedua di kampung laman. |
16 comments
Selamat hari raya aidilfitri untuk kak amie sekeluarga. Mohon maaf zahir dan batin. Meriah raya kak amie ....
BalasPadamMasih meriah tetamu di 2 Syawal. Seronoklah raya dapat makan sate, sedapnya..
BalasPadamMeriah raya Kak Amie, masih ramai ibu ayah saudara terdekat yg masih ada serta saling menziarahi. Seronok berkumpul dgn keluarga besar gini
BalasPadamMacam kami dulu masa ada mak & ayah tak putus orang datang beraya sampai malam.
BalasPadamHari lebaran, entah itu yang pertama atau kedua. Justru saya ngumpet di kamar
BalasPadamTidak keliling kemana-mana.
Sweetlah Kak Amie pakai baju pink tu. Lembut je kalernya.
BalasPadammanisnya berbaju pink hehe. alhamdulillah, meriah tengok berkumpul sanak saudara, makanana pun semua sedap2. semoga ikatan kekeluargaan kekal terjalin :D
BalasPadamMasa arwah embah ada lagi, memang kami tak keluar rumah, sebab ramai akan bertandang ke rumah.
BalasPadamwah sweetnya makan sate bersama. Suapkan lah sate kat encik abe sebelah tu. lagi sweet banget. Manis berkilo-kilo gula. hehehe
BalasPadamMemang comel pun cheese tart nya.. Rajin betul membuatnya..
BalasPadamMeriah dapat beraya begini..
Manis nampaknya kak Amie berbaju pink. Lain suasana kali ni beraya di kampung kak Amie. Tetamu masih ramai berkunjung di raya kedua. Iyaa, kadang nak beraya pun rasa serba salah kalau tak ada orang di rumah yang nak layan tetamu.
BalasPadamMeriahnya keluarga besar sanak saudara berhari raya. Semua serba ceria
BalasPadamseronoknya meriahhhhh sgguh raya kedua kak amie
BalasPadamAlhamdulillah seronok meriah nya suasana hari Raya di rumah bonda.
BalasPadamRasanya ini pertama kali tengok Kak Amie pakai warna pink..cantik..sesuai sanagt dengan Kak Amie..sepupu2 ramai perempuan ye...lepas ni meriah jemputan kenduri kahwin pula
BalasPadamRamaaaai dan meriah sangat kak Amie 😍😍😍👍. Rindunya saya merasakan lebaran yg meriah seperti ini.
BalasPadamSemua saudara berkumpul. Mama kak Amie termasuk yg dituakan yaa? Kalo di sini memang yg tertua yg paling banyak didatangi tamu. Kalo dulu papa mama mertua saya, Krn papa anak tertua. Tp sejak dah meninggal, sepi langsung. Beralih ke yg nomor 2 tertua 😅