Santai Bersama Anak Cucu Menantu di Mykori Dessert Cafe Kota Warisan
8:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Waktu Bonda sakit, Wak Aton mesej kita. Katanya, dia sedang mengenangkan diri. Tiga malam dia tidur di rumah Bonda. Dengan adik-beradik lain, Wak Aton berbahagi tugas. Ada yang hantar Bonda ke klinik, ada yang belikan ubat sapu, belikan lampin pakai buang (jika perlu untuk dipakai) dan sebagainya. Semenjak Wak Niah patah kaki dan bergerak menggunakan kerusi roda, merekalah adik-beradik yang uruskan hal makan minum, mencuci pakaian dan mengemas rumah. kalau si isteri sibuk, suaminyalah yang akan ambil alih tugas hantar makanan dan bersihkan rumah. Begitulah.
Kata Wak Aton, walaupun anak Bonda ramai tetapi ada kalanya disebabkan kerja terpaksalah menyusun waktu untuk ambil cuti. Kebetulan pula, dia kena menghadiri kursus di Shah Alam selama tiga hari. Adik Chah pula sentiasa outstation. Katanya lagi, aku yang anak dua orang ini tak tahulah macamana. Masing-masing dah sibuk.
Terusik hati kita baca luahannya. Kita hanya mampu beri kata-kata semangat untuknya. Kita faham perasaannya dan kebimbangannya menghadapi hari-hari tua yang bakal menjelma. Tak semena-mena ketika hendak menulis entri ini, kita berasa ada sesuatu yang menyentuh jiwa kita. Kita pun sedang meniti usia emas. Kita pun akan melalui hari-hari tua seperti Bonda juga.
Berkali-kali kita renung gambar, ulang-ulang rakaman video ketika bersama anak-anak di Mykori Dessert Cafe pada 4 April 2025 hari Jumaat bersamaan 4 Syawal 1446H. Anak-anak sudah dewasa, sudah tidak seperti dahulu lagi yang perlu diurus segala-galanya. Cuma, waktu bersama mereka sudah sangat terhad! Sangat!
Eh, hendak menitis pula airmata ini.
Mari kita cerita makan-makan di Mykori Dessert Cafe. Fuad yang bawa kami ke sini. Kebetulannya waktu check in di homestay pada pukul tiga petang jadi oleh kerana belum sampai waktu kami singgah sini dulu.
Mari kita cerita makan-makan di Mykori Dessert Cafe. Fuad yang bawa kami ke sini. Kebetulannya waktu check in di homestay pada pukul tiga petang jadi oleh kerana belum sampai waktu kami singgah sini dulu.
Jom kita lihat apa menu yang ada di sini. Memandangkan perut belum berasa lapar, jadi kami hanya memilih menu yang ringan-ringan sahaja seperti dessert. Banyak sangat pilihan, dan semuanya nampak sedap belaka.
Selain dessert, banyak lagi pilihan menu yang lazat.
Mykori Dessert Cafe diiktiraf halal oleh JAKIM dan berkonsepkan layan diri. Semua pesanan perlu dibayar terlebih dahulu dan apabila buzzer berbunyi bolehlah ambil makanan di kaunter. Sepatutnya begitulah melalui apa yang kita tahu, tetapi petang itu selepas bayar di kaunter makanan terus dihantar ke meja kami.
Apa yang menarik, MyKori Dessert Cafe menyajikan pelbagai pencuci mulut tradisional Jepun iaitu Kakigori. Kakigori ialah shaved ice yang disiram sirap dari variasi pilihan rasa dan ditambah pemanis seperti susu pekat atau susu cair yang menjadikan pencuci mulut ini sangat sedap, lebih-lebih lagi jika dinikmati ketika musim panas.
Biscoff Cheesecake Kakigori |
Kakigori merupakan pencuci mulut bagi golongan bangsawan Jepun dan diasaskan pada abad ke-11. Ais yang disimpan semasa musim sejuk akan dikisar halus sebelum disiram sirap manis dan dihidangkan semasa musim panas. Menjelang abad ke-19, hidangan Kakigori semakin terkenal dan seluruh rakyat Jepun telah mula menikmati hidangan tersebut semasa musim panas.
Tuang sirap di atas Biscoff Cheesecake Kakigori.
Pistachio Yogurt Kakigori |
Tuang sirap di atas Pistachio Yogurt Kakigori.
Pistachio Yogurt Kakigori ini pilihan kita. Sedap sangat! Tapi kalau makan seorang memang tidak habislah. Kami kongsi makan dessert, itu pun mengah juga hendak menghabiskannya.
Walaupun sudah terlewat, tetapi anak-anak mahu meraikan ulang tahun Firdaus yang jatuh pada 22 Mac 2025 lalu. Mereka memilih Kakigori tiga jenis buah untuk Firdaus.
Sanah Helwah sayang Mommy! |
Sanah Helwah Firdaus.
Amie : Chikin Burger Honey Butter Sauce |
Abang Farid : Signature Chikin Combo Winglets + Drummets |
Fairuz dengan Moza Cheese Stick
Firdaus makan apa tu?
16 comments
Sayu rasa, kan.. Kak Amie. Sebab tu la orang selalu kata, seorang ibu boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak tak dapat jaga seorang ibu. Masing² ada tanggungjawab dan kekangan waktu.
BalasPadamSedapnya makan di Mykori. Sy belum pernah lagi ke sini, kadang nak pergi tapi tak berkesempatan.
saya baru sekali je makan kat mykori, itu pon makan dessert jer...
BalasPadamSaya nih sebenarnya tak terlalu suka manis2. Tp kalo dah eskrim, memang lah susah tahan godaan 🤣. Nampak menariiiiik tampilan kakigori nya kak. Bingung pasti nak pilih yg mana. Mau pilih banyak macam, tp seporsinya besaaar pula 🤣🤣
BalasPadamAda cawangan di KL tak? Teringin juga nak kesana 😍.
macam tu lah apa yang Mak Ana sedang fikir & rasa agaknya.. patutlah waktu Ana kerja di luar kawasan beberapa musim yang lalu, stiap kali voice wassap, suara Mak mesti mcm menahan sebak :(
BalasPadammeniti usia tua kalau sihat afiat tiada masalahnya kan tapi masalah hidup tiasa ada
BalasPadamSA pun suka lepak anak beanak kat Mykori..Tunggu tekak ok skit baru SA nak pi sana lagi...SA pun macam kak amie..walau baru usia 47 tahun SA dah rasa dh aura bakal ditinggalkan anak...kadang- kadang rasa sedih sangat sampai boleh menangis..dah la anak sorang je
BalasPadamSelamat menjamu selera dan selamat hari lahir buat anaknya..
BalasPadamTersentuh hari saya Kak 🥺
BalasPadamMudah-mudahan Allah bagi kita nikmat sihat dan kemudahan utk menghadapi hari² tua nanti...
Belated Happy Birthday Firdaus 🎈
Bagus Fuad ni, Sy perasan dia selalu belanja Kak Amie dan adik²nya. Semoga Allah luaskan rezeki selalu utknya
Yeay! Lama tunggu Daus muncul!
BalasPadamPibeday daus! First time dengar suara Daus!
Saya yang baca ni pun terasa, Kak Amie. Anak² yang kecil dah besar, kita pun akan melalui hari tu. Semoga kita terus sihat dan kuat untuk jaga keluarga kita.
BalasPadamSedap tengok hidangan mykori. Ada cawangannya di sini, tapi saya tak pernah cuba.
Sedapnya,menu di Mykori tu. Beberapa kali nak pergi, tak jadi2.
BalasPadamBetul Kak Amie, bila anak2 dah besar, lain dah waktu bersama.
Kita suka ambil gambar dan video sebab itulh akan jadi kenangan kita kan....
BalasPadamNampak semuanya sedap.. belum pernah lagi makan di Mykori ni... Meriah kenang kenangan semua :D
BalasPadamYg yogurt pistachio tu nampak sedaplah!
BalasPadamLama dah saya tak makan mykori ni. Kalau pergi pun selalu makan dia punya kakigori jelah, makanan2 lain tu tk pernah lagi try
Alhamdulillah bila berbagi tugas, mudahlah kerja.
BalasPadamMasa kita pun akan tiba.. mudah²an diberi nikmat sihat.
Bila mendengar luahan orang tua ni, auto jadi sedih. Lalu berfikir entah macamana lah kita tua nanti. Apapun kita serahkan semuanya pada Allah. Semoga dipermudah segala urusan.
BalasPadamTak pernah lagi makan di Mykori ni. Nanti nak cubalah juga makan kakigori ke, ramen ke. Semoga bertambah-tambah rezeki Abang Fuad belanja keluarga. Aamiin...