Pagi 5 Syawal 1446H : Sarapan Laksa Penang
7:58 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketika hendak rebahkan kepala di bantal, Wak Aton telefon untuk bertanya bila kami akan balik ke Sabah. Amie jawab, esok pagi kami bertolak sebab hendak beraya di rumah Aseeya di Gombak. Kalau begitu tak dapatlah datang beraya ke rumah, katanya. Rasanya memang tidak sempat sebab Wak Aton pun baru balik dari beraya di Penang.
Keesokan paginya, selepas solat subuh dapat mesej dari Wak Aton. Katanya Pak Abu (suaminya) akan hantar laksa. Amie pun lambat-lambat sahaja hendak masuk dapur. Tak perlulah buat sarapan sebab sudah ada laksa. Tunggu sahajalah Pak Abu sampai bawa laksanya.
Pukul 6:45 pagi Amie ke dapur, hendak masak air. Eh, di atas meja sudah bersusun tupperware! Pukul berapa Pak Abu sampai ke rumah Bonda? Apa pun, Alhamdulillah. Rezeki sudah ada di depan mata.
Abang Farid pula keluarkan dimsum dari peti sejuk dan minta Amie kukus. Abang Farid beli di Gombak pada hari terakhir puasa sebelum pergi jemput kami di KLIA1. Dimsum pelbagai rasa sebungkus itu lengkap dengan sebotol sos pencecah.
Seperti biasa, Abang Farid bancuh teh panas.
Laksa Penang |
Pagi itu kami sekeluarga sarapan laksa. Laksa apa namanya? Laksa Penang kah? Atau Laksa Asam? Kita lihatlah bahan-bahan laksa di bawah ini. Oleh kerana abang ipar kita orang Penang tentulah dia buat laksa jenis utara sanun kan.
Telur Rebus |
Hirisan Bawang Besar |
Limau Nipis |
Hirisan Daun Salad & Daun Selom |
Hirisan Timun |
Hirisan Cili |
Bismillah
Dimsum Aneka Rasa |
Wak Aton mesej, minta maaf kalau laksa tak sedap. Allahu Akbar! Orang sudi hantar laksa sudah seribu syukur. Entah pukul berapa abang ipar bangun pagi untuk sediakan laksa. Terima kasih banyak Wak Aton dan Pak Abu. Habis licin laksa kami makan. Alhamdulillah. Moga Wak Aton dimurahkan rezeki dan sihat selalu.
11 comments
Terliur pulak tengok laksa malam2 ni.
BalasPadamHah! Senang laksa macam tu... dah potong pendek2
BalasPadamWahh ini sudah langkah kanan. Lengkap semuanya ada. Tak perlulah lagi nak bersusah payah masak sarapan kan. Lagipun dah nak berangkat pulang. Alhamdulillah..rezeki. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak.
BalasPadamselamat hari raya eidilfitri... di antara juadah kegemaran keluarga kami.. mengecurkan!
BalasPadamRindu juga dengan laksa Penang. Walaupun laksa terfavorit saya laksa Sarawak, tp kdg suka juga laksa Penang, apalagi kalo ketmu yg sedap dan kuah ikannya tak amis. Krn pernah juga ketemu yg kuahnya amis sangat.
BalasPadamCuma kalo pesan laksa Penang, saya pasti tak nak bawang mentah🤣. Selalu minta jangan pakai bawang 😄
Alhamdulillah, nampak dalam gambar tu dah tahu kesedapan laksanya.
BalasPadamLama pulak tak makan laksa Penang, sedapnya.
BalasPadamhishhhh kak amie ni
BalasPadambuat kite terliur je laa
mana nak cari laksa petang2 mcm niii
wahhh... pagi² dah ada laksa.. rezeki!
BalasPadamhush sedapnya laksa penang. Entah pukul berapa tu masaknya kalau pagi selepas subuh sudah siap ngator
BalasPadamTeringat Dania...dia hantu laksa...
BalasPadam