Dugaan Balik Kampung
2:18 PTGSelepas hantar Fairuz, Encik Suami pulang ke rumah. Kami bersiap untuk ke Airport pada pukul 10 pagi, dan penerbangan kami ke Kota Kinabalu pada pukul 12:15 tengah hari. Adik ipar akan hantar kami ke lapangan terbang.
Ketika kami sedang bersiap-siap mengemas kotak dan beg, tiba-tiba Fairuz telefon. Katanya penerbangan ke Sandakan di tunda pada pukul 12:15 tengah hari. Fairuz minta Encik Suami mengambilnya di lapangan terbang. Encik Suami kata, duduk sajalah di sana sebab tak lama lagi kami pun akan berangkat ke lapangan terbang.
Pukul 17:25 pula akan terbang!
MASWings dari Kota Kinabalu baru mendarat di Airport Lahad Datu. |
Matahari sudah condong ke ufuk ketika kami hendak menaiki MASWings. |
Alhamdulillah. Lega rasanya. |
Kudap-kudapan yang diberikan di dalam pesawat, kami simpan untuk berbuka puasa sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Kelam kabut jugalah kami makan kerana sebentar lagi akan dipanggil memasuki pesawat. Tiba-tiba dapat mesej, penerbangan ditunda ke pukul 7:30 pula. Sabar sajalah!
Tiada apa-apa pengumuman atau panggilan untuk memasuki pesawat pada pukul 7:30. Rupanya ditunda lagi hingga ke pukul 8:00 malam. Setelah masuk ke perut pesawat, ada pengumuman mengatakan terpaksa ambil masa 10 hingga 15 minit lagi untuk terbang kerana bagasi belum lagi dimasukkan ke dalam kargo. Allahu Akbar!
Hidangan pilihan Firdaus, nasi dengan ayam. |
Kita tertidur tetapi terjaga semula apabila makanan dihidangkan. Jamahlah sedikit supaya perut tak terlalu kosong.
Hidangan Amie dan Encik Suami : Nasi & Ikan Percik. |
Abang Farid sudah sampai ke KLIA1 dari Gombak.
Fairuz sudah sampai ke KLIA1 dari Sandakan.
Keluarga di Selangor sudah berkali-kali bertanya perkembangan kami, dan mereka mendoakan agar semuanya selamat. Biar lambat asal selamat, kata mereka.
Firdaus punya. |
Amie punya. |
Pukul 12:15 tengah malam, kami bergerak meninggalkan KLIA1. Pukul 2:00 pagi, kami sampai di kampung. Kali ini kami pulang berlapan bersama menantu, Aseeyah dan cucunda, Hamzah. In syaa Allah kesemuanya hendak beraya bersama di kampung laman!
Syukur Alhamdulillah.
10 comments
Allahuakbar berapa banyak kali tundaaaaa daaaaaaa~ letihnya dgn hal flight delay ni ye.. mujurlah akhirnya tiba juga dgn selamat.. tak sabar kisah seterusnya hehehe
BalasPadamBanyak kali pulak delay ye. Jenuh menunggu.
BalasPadamPenat dengar flight delay.. Kalau dlm semenanjung, penat dengan jalan jam.. Hihihi
BalasPadamGeramnya kalau penerbangan asyik ditunda, sekejap begitu, sekejap begini. Syukur akhirnya semua dapat berkumpul.
BalasPadamAllahu.. yang membaca ni pun rasa semput kak.
BalasPadamAlhamdulillah.. walaupun tertunda beberapa kali semuanya selamat tiba.
Dugaan sungguh. Bagaikan sabah itu jauh bebenor terletaknya sampai perjalanan memakan masa begitu sekali. Kenapa sekarang flight banyak sungguh delaynya. Apa pun alhamdulillah akhirnya keluarga amie dapat berhari raya di kampung.
BalasPadamFlight delay Ini memang menyebalkan sangat. Apalagi kalo punya connecting flight . Sebenarnya kalo maskapai connecting sama, saya tak kuatir. Krn pasti dicover oleh mereka. Beda cerita kalo connecting flight pakai maskapai lain. Wassalam itu, bakal ditinggal 🤣🤣
BalasPadamSaya pernah merasakan saat dari Clark ke Singapore. Maskapai airasia, direschedule ke hari lain 😂😂. Sementara pesawat saya dr Singapur ke jakarta naik Garuda airlines.
Terpaksa hangus, airasia tak nak ganti Krn beda maskapai. Luar biasa lah, saya nak marah macam manapun, mereka tak bisa bantu. Terpaksa beli tiket baru.
Allahu…berapa byk kali delay daaa. Ammi tak boleh bayangkan kalau ammi dalam keadaan gini confirm ammi akan gigil2 sbb risau
BalasPadamAllahuakbar. Dugaan sungguh kalau delay banyak kali ni. Banyak masa dah terbuang. Penat pun penat. Tapi tulah sabar je lah kita.
BalasPadamDugaan betul ye..delay berkali- kali nasib baik x cancel pernebangan..lagi haru
BalasPadam