Nasi Arab Dari Puncak Alam

4:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Memandangkan keluarga Aseeyah yang beraya di Kuala Terengganu menghadapi masalah kelewatan sampai ke Gombak, jadi kami batalkan rancangan untuk kunjung ziarah ke rumahnya. Dengan itu, tidaklah jadi kami tinggalkan rumah Bonda pada awal pagi.

Menjelang pukul 10 pagi, Amie bersama Encik Suami ke Puncak Alam kononnya hendak membeli lauk-pauk untuk makan tengah hari. Sayangnya, hanya kedai mamak sahaja yang beroperasi. Beberapa buah restoran Melayu yang biasa kami singgahi, masih tutup. Ke sana dan ke mari mencari restoran, akhirnya jam menunjukkan angka 10:50 pagi. Beberapa kali rujuk Pak Google akhirnya terjumpalah Restoran Safaa (Yemen Restaurant) yang terletak di Jalan Eco Grandeur. Alamak! Restoran ini dibuka pukul 11 pagi.

Tak apalah. Yang penting restoran beroperasi. Harapnya betullah buka pukul 11 pagi sebab kira-kira perjalanan kami memakan masa 10 minit sahaja, ikut kiraan WAZE. Terpusing-pusing jugalah hendak bertemu dengan Restoran Safaa ini. Akhirnya 11:05 pagi kami tiba di hadapan restoran ini. Alhamdulillah. Sudah dibuka!

Kami tidak menunggu lama ketika berada di restoran yang kemas, luas dan cantik ini. Mungkin restoran baru dibuka dan hanya ada beberapa orang pelanggan sahaja di situ, jadi cepatlah layanan yang diberi kepada kami.

Dengan bayaran sebanyak RM177.90 sen, kami bawa pulang:
  • Satu Set Nasi Arab Mix Ayam & Kambing
  • 2 Set Lamb Samosa
  • Satu Set Shami Kebab Lamb

Set Nasi Arab Mix Chicken & Lamb, Lamb Samosa & Shami Kebab Lamb


Sampai di rumah, terus hidang panas di atas meja. Set Nasi Arab ini untuk enam orang.

Nasi Arab dengan Ayam & Kambing

Semuanya ada empat bekas nasi. Satu bekas hanya berisi nasi manakala tiga bekas lagi berisi ayam dan kambing.

Nasi Arab & Ayam

Nasi Aran Kambing


 Ada tiga jenis sos pencecah samosa dan kebab.




Petang Rabu, kami beli tiga kilogram mangga di Pasar Malam Bukit Cheraka tetapi belum sempat dimakan. Fuad kupas sebiji dan potong-potong sebagai pencuci mulut.


Tugas Fairuz sudah tentulah menyediakan minuman.


Disebabkan sibuk ambil gambar, kitalah orang terakhir makan. Hendak jamah kebab tetapi kebab lamb sudah tidak nampak bayang! Hendak makan ayam yang warna merah, pun sudah lenyap dari bekas. Tinggallah ayam satu lagi yang tak berwarna merah itu. Syukurlah kambing masih banyak. Jadi makan sajalah nasi Arab dengan kambing yang lembut dan cukup sempurna rasanya itu.

Itulah, asyik nak bagi makan HP sampai perut sendiri tak terlayan!

Semuanya kata sedap! Encik Suami kata nasinya gurih, berasa dan wangi. Berasa itu maksudnya sedap sempurna cukup rasalah. Bonda pula beberapa kali menambah nasi dan kambing. Padahal sebelum ini kalau waktu makan Bonda hanya makan beberapa suap sahaja. Alhamdulillah. Kambingnya lembut, tak menyusahkan Bonda untuk mengunyah lama. 


Bonda tak sabar hendak menjamah Nasi Arab & The Gang. Nampak gembira saja wajah  Bonda usia 87 tahun, syurga kami ini.

Syurgaku

Selepas makan tengah hari, kami bersiap untuk meninggalkan rumah Bonda. Inilah saat paling mengharukan setiap kali kami akan berpisah. Belum pun kami bergerak keluar rumah, Bonda sudah beberapa kali mengelap matanya!

15 comments

  1. Tu dia.. terus dpt nasi arab.. alhamdulillah rezeki lps tak jdi check out awal .

    BalasPadam
  2. Ya Allahhh, hilang kata² nak mengomen kesedapan gambar nasi arab bila melihat wajah sayu bonda Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Sedapnya nasi arab. Sayu je wajah bonda kak amie tengok anak menantu & cucu dah balik.

    BalasPadam
  4. Betul banyak kedai makan tutup Raya ke 3 pun, yang buka kedai Mamak dan Arab.

    Alaa Kak Amie part last tu sama2 mengalir air mata.

    BalasPadam
  5. Memang nampak sedap je makanan tu. Saya beberapa kali jugalah makan nasi Arab. Masih boleh diterima tekak.

    BalasPadam
  6. betul waktu hari raya mmg byk kedai blm buka.. part last tu hurmm mmg berat mata memandang, berat lagi bahu memikul :(

    BalasPadam
  7. Struggle nak cari kedai makan waktu raya ni kan. Pergi sana tutup pergi sini tutup. Mujur juga ada kedai yang buka. Berselera semuanya makan, semua cakap sedap. Agaknya jemu sudah lauk raya. Kempunan kak Amie nak makan kebab lamb. Rezeki cameralah nampaknya makan dulu.

    Allahuakbar, tak kuat nak hadam ayat last. Perpisahan yang menyedihkan. Sayu kalau tengok muka bonda sewaktu meninggalkan kampung. Semoga bonda baik-baik je.

    BalasPadam
  8. geram je tengok nasi arab kambing tuuuu

    kat sini pun sama juga kak...
    time raya (awal) mmg payah nak jumpa kedai yg buka
    mmg kena hadap fast food je laa...
    nasib baik tak lama cutinya...

    BalasPadam
  9. Raya² biasanya resto mamak je lah yang rajin buka... takpun resto hipster atau fastfood.
    Syahdunya wajah bonda bila anak cucu meninggalkan rumah 🥲

    BalasPadam
  10. Ramainya juadah
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  11. wah sedap tu pekena nasi arab setelah jemu jelak dengan juadah hari raya. Sayu tenguk gambar akhir tu

    BalasPadam
  12. Sebak hati SA tengok wajah bonda kak amie yang kesedihan tu...sayu aje wajahnya...

    BalasPadam
  13. Ya Allah sehat2 selalu Bonda kak Amie yaaa 🤗🤗🤗❤️.

    Kalo dah nasi arab paling cocok dengan kambing lah lauknya. Kalo ayam saya kureeeeeeng sikit 🤣. Krn dagingnya suka kering. Tapi kalo tetap juicy, memang saya suka

    BalasPadam
  14. Kira berpadanan dengan harga lah kak, tengok sedap2 semuanya. Menarik jugak bila dia bukak di waktu raya kan.

    BalasPadam
  15. Waww cantik gambar geng nasi arab! Colorful gituuu

    Bonda kak amie tinggal sorang je ke?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe