­

Persiapan di Malam Raya

9:50 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami tidak menyambut raya di Selangor sejak PKP 2020. Itu sebab rasa teruja sangat hendak balik ke kampung. Pada masa yang sama ada beberapa perkara yang perlu difikirkan:

  • Keuzuran Bonda, disebabkan faktor usia.
  • Wak Niah terjatuh di bilik air sebelum bulan puasa. Kaki kirinya patah dan disimen untuk tempoh tiga bulan. Sekarang Wak Niah hanya boleh bergerak dengan menggunakan kerusi roda.
  • Ketiadaan Wak Ros (Kak Ros yang meninggalkan kami buat selama-lamanya pada 2023)
Setiap hari, abang ipar dan adik ipar akan hantar makanan ke rumah Bonda. Kedua-duanya sudah bersara, jadi memudahkan urusan untuk membantu Bonda dan Wak Niah. Rumah mereka pun berdekatan sahaja. Mencuci pakaian dan mengemas rumah semuanya diambil alih oleh Adik Chah dan Adik Wi.

Untuk hidangan sahur kami, semua makanan dihantar oleh adik ipar. Barulah Amie perasan, sebenarnya dapur Bonda agak 'bersih' berbanding sebelumnya. Maksudnya dapur tidak digunakan untuk memasak! Satu lagi, terasa sangat kelainannya raya kali ini kerana tiada gantungan ketupat yang baru direbus dan tiada ketupat palas di atas meja! Rupa-rupanya, Amie terlupa ketiadaan arwah Kak Ros yang selama ini setiap tahun, dialah tulang belakang utama di rumah ketika raya!

Al-Fatihah untuk arwah Kak Ros.

Kalau diikutkan hati, memang hendak meleleh sahaja air mata ketika itu. Tapi cuba tabahkan hati dengan menyibukkan diri mengisi kuih-muih di dalam bekas. Memandangkan esok hari raya, jadi sambil mengisi kuih kami bermesyuarat anak-beranak.

Amie minta anak-anak korbankan hari esok untuk berziarah raya ke rumah saudara mara dengan berada di rumah membantu mana yang patut ketika tetamu datang. Wak Niah sudah tidak dapat bergerak dengan sempurna. Bonda pula sudah sangat berkurangan kudratnya. Jadi, kamilah pengganti menjadi tuan rumah.

Harapnya esok semuanya akan berjalan lancar. Biarlah adik-beradik yang lain, yang selama ini membantu Bonda dan Wak Niah berada di rumah masing-masing membuat persiapan raya bersama anak-anak, menantu dan cucu mereka. Ada yang akan ke rumah keluarga suami di Pulau Pinang, dan ada yang akan berziarah mentua di Negeri Sembilan.

Sementara menunggu esok yang bakal menjelma, marilah kita lihat kuih-muih yang tersedia untuk para tetamu. Semua kuih dan biskut raya merupakan pemberian anak buah, adik-beradik dan Amie bawa sendiri dari Lahad Datu. Oleh kerana tidak terkira banyaknya kuih dan biskut raya, isi sahajalah mana-mana bekas yang ada.

Atas sekali, keropok amplang perasa tom yam, Amie bawa dari Lahad Datu. Diikuti dengan buah rotan dan kuih dahlia serta biskut entah apa namanya, kiriman kawan Fuad dari Pulau Pinang.


Semua kuih di atas sumbangan anak buah. Ada kerepek bawang, bahulu gulung, pisang salai dan kerepek pisang tanduk.

Yang warna merah bulat-bulat itu mungkin biskut red velvet, juga kiriman kawan Fuad. Sebelahnya biskut sampan prune, dan di bawahnya biskut sampan klasik. Kedua-dua biskut ini Amie yang bawa. Sebelah biskut sampan klasik mungkin biskut coklat, juga kiriman kawan Fuad.

Kesemua kerepek dan kuih di atas ini dibawa oleh Adik Wi dan anak buah.

Tak pasti siapa yang bawa biskut coklat dan maruku. Amie hanya kenal tart nanas dan keropok amplang ikan sahaja sebab itu yang Amie bawa.

Yang ini pula hanya tart nanas yang Amie tahu siapa yang bawa. Amie yang bawa... ahaks! Yang lain termasuk kacang botak dan kuih siput mungkin Wak Kanang yang bawa. Kuih bahulu lapis rasanya Wak Aton yang bagi.


Biskut gunting, biskut kegemaran dari dulu tetap diisi dalam balang.

Buah-buahan kering ini Amie sempat beli di Pasar Sungai Buluh. Ada halua kolang-kaling tapi entah ke mana hilang gambarnya. Jeruk buah-buahan pula anak buah yang bawa. Fuad bawa Jeruk Madu Pak Ali tapi tak sempat ambil gambar.


Ini sebahagian daripada kek lapis yang Amie bawa dari Lahad Datu. Oleh kerana kebanyakannya jenis kek lapis keju, jadi tak berapa cantiklah potongannya. Tapi, inilah antara kuih yang laris.


Antara kuih-muih lain sumbangan anak buah. Amie pun tak sempat buka pelbagai jenis keropok amplang yang dibawa. Sebahagiannya masih di dalam kotak. Begitu juga dengan pelbagai jenis rempeyek dan kerepek yang dibawa oleh adik-beradik yang lain. Apabila kuih-muih mulai surut pada hari raya kedua, barulah buka kotak berisi kerepek ubi, keladi, pisang dan sukun.


Malam itu, Amie cuba lelapkan mata lebih awal memandangkan keesokan pagi perlu bangun untuk menyiapkan kerja-kerja dapur. Syukur Alhamdulillah. Tradisi munjung atau bertukar-tukar sajian berupa ketupat dan lauk-pauk sebelum hari raya sebenarnya membawa banyak kelebihan dalam kehidupan masyarakat di kampung kami. Jadi, pada hari raya kebanyakan para tetamu mengambil kesempatan untuk berziarah seberapa banyak yang boleh ke rumah saudara mara. Jika tuan rumah menyediakan juadah yang berat seperti ketupat, lemang dan segala lauk-pauknya maka tetamu tetap akan jamah apa yang dihidangkan.

Kita tengoklah dalam entri seterusnya bagaimana suasana hari raya di rumah Bonda.

19 comments

  1. Bila dikumpul2.. Jadi banyak kuih2 nya... Baru perasan, tahun nie di rumah mak linda takde buah2 jeruk tu.

    BalasPadam
  2. Ya Allah banyaaak sangat kue2 raya nya kak 😍😍😍😍. Dan kliatan sedap2. Sebagian sama dengan kue raya di sini. Tp ada bbrp yg saya belum pernah rasa.

    Saya pun agak menyesal beli kue raya THN ini. Krn suami dpt hampers dari kolega dia puluhan buah, dan isinya mostly kue raya 🤣🤣🤣. Kalo tahu begitu saya tak nak pesan kue raya dr teman 😅

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki banyak kuih raya. Kami dulu gitu juga berjenis-jenis sampai tak cukup bekas terpaksa la hidang dalam bekas2 berlainan jenis dah. Sejak mak ayah takde ni dah berkurangan.

    BalasPadam
  4. Jadi banyak betul kuih muih rayanya. Wak Niah ni sebenarnya siapa Kak Amie?

    BalasPadam
  5. Meriah dan menarik kuihnya tu...
    Teringin pula makan biskut sampan.

    BalasPadam
  6. wah menarik kek lapis datang dari Lahad Datu. Biskut sampan tu dah lama tak jumpa. nanti nak cuba lah amplang perisa tomyam tu nampak macam sedap. Jeruk Pak ali tu nampaknya boleh buat kuih raya tahun depan. Semuga Allah kurniakan kesembuhan buat wak niah dan juga kesihatan yang baik buat bonda.

    BalasPadam
  7. Banyak sungguh kiriman kuih kawan Fuad. Special kawan ke. Opsss

    BalasPadam
  8. Bila dah x ada orang penting dalam rumah baru terasa nikmat yang dulu Allah kurniakan...saya pun terasa..dulu mak sangat kuat buat kerja memasak..segala jenis makanan dia nak buat...sekarang dia dah larat..kita pulak kena ambil alih...tapi x secekap mak...Selamat hari raya kak maaf zahir batin...

    BalasPadam
  9. Banyak kuih-muihnya, jika ramai tetamu tentu habis dengan syarat tiada makanan berat, heheh.

    BalasPadam
  10. penuh meja kuih raya sedap semua

    BalasPadam
  11. waduhhhhhhh sedap2nya semuaaa kuih. kerepek. kek lapis. jeruk-jeruk tu sedapnyaaaa!

    BalasPadam
  12. Al Fatehah buat kak Ros
    Lebaran tahun ini saya tidak bisa mudik.
    Tidak bisa merasakan menu ketupat
    Keripik pisang, wah itu kesukaan saya banget

    BalasPadam
  13. Seronok kan beraya dengan bonda di kampung.
    Sedapnya semua kuih tradisional macam buah rotan, kuih gunting. Makan tak boleh stop.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya Kak Amie.

    BalasPadam
  14. Meriah betthol ..!
    pastinya bonda bahagia dikelilingi anak cucu jauh dan dekat

    BalasPadam
  15. Meriahnya kuih raya...geram plak SA tengok jeruk tu kak amie

    BalasPadam
  16. Wah.. meriah sungguh dengan aneka biskut raya, kek, kerepek dan jeruk ya kak Amie..

    BalasPadam
  17. Salam Aidilfitri dari Sha buat kak Amie sekeluarga..

    BalasPadam
  18. Sayu rasa bila kehilangan seseorang dan terkenang masa raya ni. Raya ni kalau sedih tu lain macam rasa sedihnya kan. Banyak benda yang kita rindu. Apa pun kehidupan kita perlu diteruskan dan raya perlu diraikan dengan gembira dengan keluarga yang masih ada. Syukur masing-masing main peranan dan jalankan tugas dengan baik. Saling bertolak ansur itu bagus. Meriah kuih rayanya. Saya suka part masukkan kuih dalam bekas, boleh rasa setiap kuih. hihi...Padahal boleh makan je bila-bila masa. Cuma masa buat kerja ni dia jadi lebih seronok.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

1.
2.
Suria Amanda 21 comments
3.
Rawiwa 21 comments
4.
Mulan 19 comments
5.
6.
Aphizha 19 comments
7.
notie 18 comments
8.
anamizu 16 comments
9.
Roziah @ Cie 13 comments
10.
adnil linda 11 comments

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe