Pondok Sari Wangi
7:53 PTG
Sebaik sahaja meninggalkan Pasar Malam Gadong, kami terus dibawa ke sebuah restoran di Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan. Restoran ini terletak di tingkat atas bangunan, dan perlu menapak anak-anak tangga untuk sampai ke sana.
Inilah antara hidangan yang kami nikmati malam itu.
Makan malam orang Asia memang tak lari dari nasi dan lauk-pauk... ahaks!
Inilah nama restoran tempat makan malam kami, sebuah restoran Indonesia iaitu Pondok Sari Wangi.
Malam itu pelanggan agak ramai memenuhi ruang makan.
Namun begitu, kami tidak perlu mengambil masa yang lama menanti hidangan tiba ke meja.
Hidangan pertama, soto ayam yang panas dan menyelerakan!
Diikuti dengan sate daging dan sate ayam.
Serta sos atau sambal sate, yang sedikit berbeza dengan sambal sate di tempat kita, tapi tetap enak! Cukup rasa.
Ada ayam goreng kremes.
Ambil nasi sedikit sahaja, sebab nak ratah lauk-pauk sahaja.
Isi ikan masak sos yang sedap, ada rasa sos Thai.
Sayur campur.
Dan sayur kangkung.
Jom makan.
Bismillah.
Teh panas dihidangkan selepas selesai makan nasi.
Dah kenyang, kami pun menyandar ke dinding ambil gambar....hiks!
Inilah istimewanya kalau berkunjung ke negara jiran yang serumpun, sebahasa dan sebudaya. Senang nak dapat makanan halal. Makanannya pun tak jauh beza dengan di tempat kita. Pendek kata, rezeki Allah yang mana hendak kita dustakan.
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer
Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer
Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu
0 comments