Rendang Ayam Idaman
5:38 PTG
Assalamualaikum.
Bertemu lagi di petang minggu yang hangat.
Cuaca sepanjang hari ini panas terik, dan bahangnya terasa sampai di dapur.
Lepas masak, makan bersama Fairuz dan Firdaus (Encik Suami berada di Tungku atas urusan syarikat), dan kemas serba sedikit Amie cepat-cepat cari tempat sejuk untuk berehat.
Dan entah berapa liter minum air kosong!
Mungkinkah akan hujan pada malam hari?
Atau kemarau bakal berpanjangan?
Alhamdulillah.
Setelah beberapa hari membayangkan makan rendang ayam cecah nasi himpit, akhirnya tercapai juga hajat hati. Setelah siap masak, 2 kali telefon Encik Suami, dan katanya masih lagi berada di Tungku. Amie kata, tengahari ini tak masak nasi. Okey saja, kata Encik Suami. Setahu Amie, Encik Suami kurang gemar makan nasi himpit dengan rendang ayam. Itu sebabnya Amie jarang masak kedua-duanya, melainkan kalau dah teringin sangat nak makan!
Syukurlah, Fairuz tidak cerewet. Berselera sungguh dia makan nasi himpit dengan rendang ayam. Firdaus pula lebih banyak meratah rendang ayam, dan makan popia!
Ayam masak rendang ini Amie masak cara lebur sekali harung dalam kuali. Aromanya.... ya ampun! Macam suasana hari raya pula!
Bahan A:
1.2 kg daging ayam (3 bahagian peha) - potong 9 bahagian
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
10 tangkai cili merah - kisar halus
10 tangkai cili kering - kisar halus4 helai daun limau purut - buang urat
2 helai daun kunyit - hiris halus1/2 cawan kerisik
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan B : Kisar
5 batang serai - ambil isinya yang putih
3 biji bawang besar
7 biji bawang merah5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
Cara memasak:
1. Masukkan kesemua Bahan A dan Bahan B ke dalam kuali, dan jerang di atas dapur.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga masak, dan taburkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
3. Apabila kuah mulai pekat, sentiasa dikacau supaya tidak berkerak.
4. Padamkan api dapur.
Alhamdulillah.
Walaupun Encik Suami kurang berminat dengan nasi himpit dan rendang ayam, tapi Amie lihat sekembalinya dari Tungku, terus ke dapur dan tanpa banyak bicara makan sahaja apa yang dihidang!
Amie tinggalkan sedikit rendang ayam, tapi ketika masuk dapur dan buka tutup kuali, hanya dua ketul ayam rendang yang ada di situ.
1 comments
tengok pun dah tau sedap, bila dah teringin nikmat betul rasanya ye kak...
BalasPadamdana pun suka masak rendang lebur je semua dalam kuali kak... baru meresap rasa rempah2 tu
dah lama tak makan itu yang abis tu kak ye nasi impit dengan rendang ayam tu