Kampung Ayer
10:54 PG
Petang terakhir di Brunei, kami dibawa menyusuri Kampung Ayer. Alhamdulillah, ketika itu hari hampir petang, dan matahari pun kurang memancarkan sinarnya yang begitu terik sepanjang hari. Dan yang penting, sampan yang akan kami naiki ada bumbung!
Redup jew cuaca!
Besar dan luas sampan kami!
Sebenarnya banyak kampung di kawasan Kampung Ayer ini. Kampung Ayer di Bandar Seri Begawan ini merupakan perkampungan air yang terbesar di Asia Tenggara bahkan juga di dunia sehingga ada yang menggelarnya sebagai 'Venice Timur'. Terdapat 42 buah kampung di perkampungan ini dengan penduduk melebihi 30,000 orang.
Inilah rupa rumah di Kampung Ayer, dengan tiang simen yang kukuh.
Sama seperti keadaan di perkampungan di darata, Kampung Aye juga memiliki pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan, termasuklah sekolah, balai bomba, balai polis, masjid, hospital dan sebagainya.
Ini balai polis.
Jambatan yang diperbuat daripada kayu kelihatan kukuh untuk dilalui oleh pejalan kaki. Jambatan ini menghubungkan dari rumah ke rumah, ke kedai, masjid, sekolah dan sebagainya. Ketika melalui kawasan jambatan kayu ini, kami melihat keadaan di belakang rumah penghuni di sini. Ada yang memelihara ayam, burung dan tanam-tanaman di dalam pasu.
Cik Amal membawa kami ke salah sebuah rumah di Kampung Aye.
Assalamualaikum!
Inilah suasana di dalam sebuah rumah di Kampung Ayer yang kami kunjungi.
Kami dijamu minum petang dengan hidangan teh panas dan juga kuih-muih tradisi.
Sekali lagi kami jumpa jelurut!
Kuih ardam.
Apam.
Kuih bahulu... sama dengan di tempat kita.
Gambar bersama tuan rumah.
Kami bergambar kenangan bersama Cik Amal. Khidmat terakhir Cik Amal, membawa kami menyusuri Kampung Ayer pada petang Sabtu 26 Oktober 2019 sebelum menghantar kami ke Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan.
Demikianlah!
Kisah menyusuri Kampung Ayer yang telah dihuni semenjak 1,300 tahun yang lalu, yang pernah digelar sebagai 'Venice Timur' oleh Antonio Pigafetta ketika armada Ferdinand Magellan singgah di situ pada tahun 1521.
Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer
Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu
1 comments
Uniknya kampung ayer
BalasPadam