Rizqun Coffee House

8:01 PTG

Tengahari Sabtu, 26 Oktober 2019, Cik Amal membawa kami ke Rizqun Internatiomal Hotel di Abdul Razak Comple, Bandar Seri Begawan. Wah! Nak daftar masuk hotel 5 bintang pulak ke? Hahaaa... sebenarnya Cik Amal bawa kami jalan-jalan ke sini untuk masuk mall, dan kemudian makan tengahari di hotel tersebut.

Memandangkan restoran masih penuh dengan pelanggan yang datang menjamu selera, jadi kami pun berpusing-pusing dahulu di kawasan sekitar, naik ke tingkat atas dan menjamu mata dengan barangan yang dijual di mall.




Kami sepakat membeli oleh-oleh berupa kacang tumbuk. Cik Amal kata, ini merupakan kali pertama pelancong dari Malaysia yang bertanya kepadanya tentang kacang tumbuk. Tak lain tak bukan... Amielah orang tu. Bukan apa. Beberapa hari sebelum ke Brunei, Amie terbaca bekas pengasuh Farid, Fuad dan Fairuz baru balik dari Brunei, dan dikongsikan gambar kacang tumbuk oleh-oleh dari Brunei! Jadi, Amie pun pakat dengan kawan-kawanuntuk beli kacang tumbuk. Maklum sahajalah, tidak banyak oleh-oleh yang boleh dibeli memandangkan kebanyakan barang yang dijual pun datangnya dari negara kita juga.


Ini dia bungkusan kacang tumbuk yang kami beli. Setiap bungkus seberat 250 gram, dan mengandungi lebih kurang 27 bungkus kecil kacang tumbuk. Harganya pula memang mampu beli. Hanya $1.69 cent, dan duit kita lebih kurang RM5 begitulah. Kami pun borong setiap seorang 6 bungkus. Ikut berat, masing-masing beli 1.5 kg. Oleh kerana di pasar raya Brunei tidak bekalkan beg plastik, jadi kami beli beg untuk isi bungkusan kacang tumbuk dengan harga $1.20 cent setiap satu. Pertama kali beli corned beef di pasar raya di bawah Hotel Wafa, Amie tidak diberikan beg plastik. Waktu itu beg galas Amie kosong, jadi Amie masukkan sahaja 3 tin corned beef ke dalam beg galas.

Inilah rupa bungkusan kecil kacang tumbuk. Sempat juga kami makan sebab nak rasa, sewaktu menunggu kapal terbang pada sebelah malamnya. Malam itu kami berkira-kira untuk habiskan mata wang Brunei, jadi sebelum ke balai berlepas, sempatlah Amie beli lagi 1.5kg kacang tumbuk yang sama di airport!


Berbalik cerita makan tengahari, kami sudah disediakan tempat duduk di Rizqun Coffe e House. Ketika itu ruang makan kelihatan lengang berbanding sewaktu mula-mula kami masuk sebelumnya, dan rasa selesa sangat untuk menjamu selera di siu.

Seperti hotel yang lain, hidangan buffet disediakan untuk pelanggan, dan pilihan hidangannya pun lebih kurang sama dengan di negara kita. Pendek kata, semua boleh masuk perut.

Kelmarin kami inginkan kepastian daripada Cik Amal, sekiranya kami boleh menjamu selera dengan ambuyat Brunei. Menurut Cik Amal, kami boleh menikmatinya di sini. Wokey... jadi, kami akan cuba makan ambuyat!

Jom kita jamu selera!


Wah!
Anak octopus!
Mesti cuba!


Ini nasi kerabu yang memang sudah siap digaul bersama aksesorinya. Amie ambil sedikit saja. Biasalah kalau makan gaya buffet, memang jarang ambil nasi untuk isi perut, sebab inilah peluang keemasan untuk merasa pelbagai lauk! Kalau dah ambil banyak nasi, mana nak bubuh lauk-pauk tu dalam perut... ahaks!



4 sekawan sudah bersedia untuk menikmati sajian pilihan!

Inilah menu yang ingin Amie cuba. Nasi kerabu bubuh di hujung nuuu... sejemput jew! Nak isi perut dengan anak octopus yang nampak sangat menyelerakan itu!

Kawan-kawan yang lain pun memilih lebih lauk-pauk berbanding nasi.

Bismillah.


Best! Ratah-ratah lauk saja.


Nak juga rasa aiskrim Brunei...hiks!


Dan kuih-muihnya yang kecil comel!
Amie sangka yang dibungkus daun hijau itu sudah tentunya kelupis!


Rupa-rupanya wajid atau wajik! Kata Cik amal ini ialah wajid@wajik temburong. Diperbuat dari beras Jawa, gula dan kelapa. Daun warna hijau yang digunakan untuk membungkusnya ialah daun nyirik.

Sebelum meninggalkan Rizqun Coffee House, kami ambil kesempatan untuk mencuba ambuyat! Dengan senang hati, Cik Amal terangkan kepada kami pelbagai jenis lauk-pauk yang boleh dimakan bersama ambuyat.

Mari kita lihat secara lebih dekat teman-teman seangkatan dengan ambuyat!

Yang berwarna kuning ini buah bambangan.

Ini sambal belacan.

Ini pula cencaluk.

Ini tempoyak durian.

Ini buah binjai. (kalau tak silap!)

Yang ini Amie tak ingat apa...ahaks!

Ini semua orang tau... ahaks! Sama jew limau kasturi Brunei dengan limau kasturi kita!

Dan juga hirisan cili padi.

Sup pun ada.

Ini apa pula? Garfu buluh kot... atau candas?

Mari kita lihat bagaimana proses membuat ambuyat. Mula-mula tepung sagu dibancuh dengan air panas mendidih! Gaul sampai sebati. Dan kemudian tuangkan lagi air panas mendidih, gaul lagi sehingga tepung sagu menjadi jernih. Maka terhasillah ambuyat seperti gambar di bawah ini.

Ambuyat sudah sedia untuk dinikmati!

Cik Amal tunjukkan cara-cara membuat sos pencecah ambuyat. Dicampurkan sedikit demi sedikit bahan seperti tempoyak, binjai, bambangan, sambal belacan dan sebagainya, dan kemudian ditambah sedikit kuah sup. Bahan-bahan tadi disebatikan dengan menggunakan candas.

Maka kami pun belajarlah menggolekkan kanji supaya terlekat pada candas!

Lepas tu celupkan ke dalam sos pencecahnya pula.

Seterusnya.... masukkan saja ke dalam mulut.
Ngap!
Dan terus telan!


Boleh tahan juga sedapnya sos pencecah yang Cik Amal campur-campur tu!
Ambuyat yang tawar lancar saja melintasi anak tekak!
Kami sepakat mengatakan memang sedap!
Sayangnya kami tak boleh makan banyak, sebab perut sudah penuh dengan pelbagai makanan lain!


Sebenarnya sebelum ini Amie pernah dua kali makan ambuyat. Kali pertama di Kampung Silungai, pedalaman Pensiangan. Amie makan di rumah seorang rakan sekerja, dari suku kaum Murut. Senang saja makan ambuyat, gunakan sudu dan masukkan dalam sup ikan. Kali kedua, makan di sebuah restoran D'Place di Kota Kinabalu, dan pakai sudu juga tetapi lauk-pauknya agak berbeza. Boleh lihat gambar di bawah dan boleh lihat di sini: Jalan-Jalan Cari Makanan Tradisional Kadazan-Dusun di D'Place Kota Kinabalu.
Hurrrmmm... kali ketiga makan ambuyat di Brunei pun masih belum lulus guna candas...hiks!


Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.... beri kami peluang menambah ilmu pengetahuan dan mengumpul pengalaman di negeri orang. Dek kekenyangan, sewaktu berjalan-jalan ke muzium pada petang itu, sendawa ... keluar aroma tempoyak!

Entri berkaitan travelogue Brunei:
Wafa Hotel and Apartment Brunei
Makan Tengahari di Pattaya Thai Food
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
Pasar Malam Gadong
Istana Nurul Iman
Pondok Sari Wangi
Masjid Omar Ali Saifuddien
Sarapan Pagi di Wafa Hotel & Apartment
Rizqun Coffee House
Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei
Kampung Ayer

Jalan-Jalan Cari Makan Brunei - Kota Kinabalu

2 comments

  1. murahnya kak kacang tumbuk tu, macam2 jenis kacang lak tu... nanti tunjukla isi nya camne kak...
    ralit makan tu sebab kecik comel je

    bestnya semua menu yang ada kak, anak octopus tu best nya jarang ada jumpa kat buffet hotel lauk itu...
    dana tak pernah makan ambuyat, kat brunei ambuyat makan dengam sambal je ye kak? sebab pernah nampak di sarawak ke sabah makan ambuyat ada macam2 lauk lagi

    BalasPadam
  2. nice post
    Dapatkan bonus mingguan dari https://tantepoker.me sebesar 0,3% sampai 0,5% yang akan diberikan setiap hari kamis dengan jumlah turnover diatas 1 juta selama 1 minggu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe