Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei

10:01 PG

Salam Maulidur Rasul.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Di pagi yang mulia ini, sempena maulidur rasul, marilah kita hayati firamn Allah yang bermaksud:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”. (Surah A-li ‘Imraan 103) 
Moga kita menjadi umat Muhammad S>A>W yang sentiasa berjaya untuk dunia dan akhirat. Aamiin.


Amie sambung catatan perjalanan ke Negara Brunei Darul Salam. Kami melawat ke Muzium Alat Kebebsaran Diraja (Royal Regalia Museum berhampiran dengan Pusat Sejarah Brunei. Muzium ini terletak di Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Tak banyak  yang boleh dikongsikan berkaitan muzium ini kerana para pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami hanya ambil gambar di luar bangunan dan sekitar muzium sahaja. Kami berkesempatan melihat carta susur galue pemerintahan 29 sultan yang memerintah Negara Brunei Darul Salam dari Sultan Muhammad Shah (1363-1402) sehinggalah pemerintah mutlak pada hari ini iaitu Sultan Hassanal Bolkian (1967 -kini).

Sewaktu kami hendak menyebarang jalan menuju ke muzium, Cik Amal menunjukkan tiang-tiang yang tertera angka 73, yang menunjukkan usia Sultan Hassanal Bolkian pada tahun ini iaitu 73 tahun, dan setiap tahun disambut secara besar-besaran.


Kami berada di sini, di pintu masuk muzium. Sebelum masuk ke muzium, pelawat dikehendaki membuka kasut masing-masing. Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan berkaitan alat-alat kebesaran diraja. Banyak hadiah dari pelbagai negara yang dipamerkan sempena sambutan jubli perak (25 tahun) pemerintahan Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah) termasuklah dari negara kita.
Cara Cik Amal menerangkan satu demi satu segala perkara kepada kami berempat yang terdapat di dalam muzium sangat menarik perhatian orang ramai. Tiba-tiba tempat kami dikerumuni oleh berpuluh-puluh pelawat lain untuk sama-sama mendengar penerangan Cik Amal. Kami beralih ke tempat lain, pelawat yang lain terus mengekori kami, sehinggalah kami beralih ke tingkat atas. Pada ketika itu kumpulan kami telah berpecah akibat diterjah oleh pelawat lain. Akhirnya Cik Amal memberitahu mereka, bahawa tugasnya hanyalah membawa kami berempat, dan pelawat lain pun mula faham kerana pada awalnya mereka menyangka Cik Amal petugas muzium! Seterusnya, dapatlah kami bergerak dalam kumpulan kami dengan selesa.
Tak apalah Cik Amal.
Kita kongsi info dengan pelawat lain..... ahaks!


Setelah lawatan di tempat pameran kami bergerak ke bahagian bawah untuk membeli cendera kenangan. Tidaklah banyak pilihan untuk dibeli, tetapi cukuplah untuk dijadikan oleh-oleh buat kenangan. Antaranya termasuklah fridge magnet, key chain, pinggan, t-shirt, topi dan lain-lain.



 Boleh ambil gambar di ruang bawah muzium.

 Dah beli cendera kenangan untuk dibawa pulang!

 Masing-masing dengan oleh-oleh pilihan.




 Ini sahajalah perkongsian dari Muzium Alat Kebesaran Diraja Brunei.

0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe