Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah di Tadika Evergreen (Chang Quing Baru)

10:58 PTG

19 November 2019, bersamaan pada hari Selasa.
Sempat mengadiri Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah di Tadika Evergreen (Chang Quing Baru), tempat Firdaus belajar hidup bersosial bersama rakan sebaya selama 3 tahun.

Gambar kenangan Kelas A bersama guru besar dan guru-guru yang mendidik  murid-murid yang menamatkan pelajaran asas di tadika ini. Bermula pada tahun 2020, mereka akan melangkah ke Tahun 1 di sekolah rendah pilihan ibu bapa masing-masing.

 Pada hari tersebut, merupakan kali ke-35 majlis penyampaian hadiah dan sijil diadakan.

Banyak hadiah yang disediakan. Nampak meriah. Sudah tentu anak-anak rasa seronok akan dapat hadiah.
Nampak sabar sungguh guru-guru melayan karenah anak-anak tadika. Janganlah tengok anak orang lain, tengok anak sendiri pun kepala naik pusing! Apa tidaknya, disuruh duduk elok-elok di kerusi setelah dip[akaikan jubah dan topi, masih juga bertempiaran lagi main sembunyi-sembunyi dengan kawan-kawan yang lain!


Lihat sahajalah rupa Firdaus!
Sampai akhir majlis, topinya tetap senget-benget! Jubahnya terlondeh heheeee!
Itulah kanak-kanak! Riang gembira sepanjang waktu, dan tidak pernah sesaat memikirkan betapa peningnya guru dan ibu bapa mereka di situ.... ahaks!
Diarahkan duduk elok-elok, cuma seminit dua dan kemudian buat aktiviti maisng-masing...hiks!

Apa boleh buatlah dik.
Tak boleh duduk diam, jadi tangkap sajalah mana yang boleh.
Nanti bila besar, saksikan sendiri gambar-gambar usia 6 tahun di hari penyampaian hadiah ini.

 Ini kira eloklah, sopan gitu...hiks!

Kita pula yang berdebar-debar apabila majlis bermula. Bukan apa, bila membaca aturcara majlis, nampaknya selepas ucapan daripada Guru Besar, Cik Mary Liau Oi Ching, acara diteruskan dengan ucapan wakil daripada kelas A. Ucapan akan disampaikan oleh tiga orang murid dengan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.
Kebetulannya, ucapan pertama dalam bahasa Melayu akan disampaikan oleh Firdaus!

Bukan apa, beberapa hari sebelum majlis, Firdaus sudah berpesan supaya kami tidak datang ke majlis tersebut. Katanya kalau kami datang, nanti dia tak mahu berucap! Setelah kami pujuk, akhirnya dia bersetuju dengan syarat sebelum majlis, bawa dia makan di KFC. Dan setelah tamat majlis, bawa pula makan di Pizza Hut. Kami pun akur dengan permintaannya.

Sehari sebelum majlis. Tunaikan dulu permintaannya untuk makan KFC.
Pandai betul cari pasal ye dik... Kalau tak makan KFC, Mommy dengan Baba tak boleh datang majlis..isshhh!

Alhamdulillah.
Firdaus dapat menyampaikan ucapannya dengan tenang dan lancar. Ucapan kedua disampaikan oleh rakan-rakannya dalam Bahasa Inggeris dan ketiga bahasa Cina / Mandarin.


Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil untuk murid-murid Kelas A yang telah menamatkan pembelajaran mereka.


Biasalah budak-budak ni... lepas menyampaikan ucapan, terus lari-lari dengan kawan-kawan. Kemudian dipanggil lagi untuk terima sijil pula.


Kemudian dipanggil pula utuk terima hadiah.
Lepas dapat hadiah, anak-anak teruja sungguh. Jadi hadiah terus dibawa ke meja ibu bapa.
Begitu juga dengan Firdaus.
Dapat satu hadiah, dia serah ke meja kami.
Kami pesan supaya pergi semula ke tempat duduknya supaya senang cikgu panggil untuk terima hadiah kategori seterusnya.
Dia angguk, tapi dalam perjalanan ke tempat duduknya sempat pula bermain-main dengan kawan-kawannya yang lain.
Ketika ini Amie bisik pada Encik Suami:
Rupanya anak kita nakal sungguh!
Bila jumpa kawan, asyik nak main saja.
Encik Suami senyum saja.
Kesian cikgu-cikgu, asyik mencari dan memanggil namanya dengan panggilan: Daus!

 Antara piala yang dimenanginya: Hadiah sagu hati Pertandingan Menulis Bahasa Melayu.

 Tempat Ketiga : Pertandingan Menulis Bahasa Inggeris.

  Saguhati: Pertandingan Menulis Bahasa Cina.


Tempat Kedua : Story Telling Competition (English)

 Tempat Kelima: Story Telling Competition (Chinese)
Untuk kategori bahasa Melayu, Firdaus kecundang! Untuk kategori Colouring Competition juga kecundang... heheeee! Cukuplah 6 hadiah yang diperolehi itu Firdaus.

 Firdaus mendapat tempat ketiga Whole Year Best Result.


Inilah antara wajah-wajah guru yang Firdaus sayang. Katanya, cikgu-cikgu sayang Daus. Itulah pengakuan murni anak-anak yang masih mentah, tetapi dilimpahi kasih sayang dan perhatian guru-gurunya.

Firdaus menyampaikan jambangan bunga kecil untuk guru-gurunya. Ketika ditanya, kepada siapakah dia ingin sampaikan jambangan bunga itu? Disebutnya nama Cikgu Rohaya. Cikgu Rohaya merupakan guru kelasnya, dan mengajar bahasa Melayu.

 Kemudian disebutnya Teacher Biba. Teacher Biba ialah guru bahasa Inggeris.

Seterusnya Teacher Mary. Ikut protokol sepatutnya guru besar dahulu dipanggil...hiks! Tapi kanak-kanak tidak terfikir begitu, dan kebetulannya acara menyampaikan bunga itu dibuat on the sport oleh gurunya. Jadi, dia pun menyebut mana-mana nama yang ada di hadapannya.

Seterusnya, disebut nama Teacher Tsen. Teacher Tsen ialah guru kelasnya semasa berada di Kelas C, tahun pertama Firdaus belajar di tadika ini.

Dan yang terakhir, dipanggilnya Teacher Agnes, yang bertindak sebagai pengerusi majlis untuk menerima jambangan bunga. Teacher Agnes ialah guru bahasa Mandarin.


 Firdaus ini, kecil saja budaknya. Rendah berbanding rakannya yang lain. Tapi ketika bermain bersama rakan-rakannya, suaranya yang paling kuat kalau berteriak!

 Di akhir majlis, murid Kelas A menyanyikan lagu perpisahan dalam 3 bahasa.




Sementara menunggu hidangan makan tengahari tiba, semua murid yang hadir menghiburkan ibu bapa dengan pelbagai lagu yang pernh mereka naynyikan di sekolah.


 Seronok melihat aksi mereka menyanyi. 








 Setelah penat dan berpeluh-peluh barulah dapat ambil gambar bersama.





 Penat ye dik?

 Jom makan.





Setelah selesai makan, kami ajak Firdaus pulang.
Tiba-tiba dia berkata:
Bukan kita pergi makan pizzakah?
Kami bertanya:
Daus tak kenyang makankah tadi?
Jawabnya:
Daus makan sikit saja. Daus nak makan pizza.



Nampak layu betul wajah budak kecil ni!
Letih sangat tu!
Tapi dek semangatnya nak makan black volcano pizza, dipaksa juga celikkan mata!

Kata Firdaus, dia seronok belajar di Tadika Evergreen.
Sayu pula mendengarnya, sebab mereka semua akan berpisah pada tahun hadapan.
Gambar atas dikirim oleh ayah Amanda (seluar hitam di belakang Firdaus). Katanya, rasa sedih melihat inilah pagi terakhir mereka bersama sebagai murid tadika, dan masing-masing akan bersekolah di tempat yang berbeza mengikut pilihan ibu bapa.
Nampak tak... kecil saja Firdaus kan?

4 comments

  1. Assalam Amie..Tahniah untuk Daus..dah jadi big boy!Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

    BalasPadam
  2. bagus betul tadika firdaus ni ye kak, 3 bahasa sekali di ajar, banyak kelebihan murid-murid dapat, bukan main banyak anugerah dia dapat ya... memang budak bijak, tengok jelah akalnya masa nk minta kfc dan pizza hehehe...

    moga daus dan kawan-kawan terus cemerlang ya

    BalasPadam
  3. sebaya dengan Muhammad rupanya daus ni kak amie..nampk cerdik dan dewasa wajah dia..moga terus cemerlang tau daus comeii

    BalasPadam
  4. uzana,
    terima kasih.... Aamiin ya Allah. Mudah-mudahan anak-anak kita semua akan terus cemerlang.

    Norhidana,
    ye ada 3 bahasa,
    in shaa Allah moga terus cemerlang.

    Zila,
    ooo sebaya ye dengan Muhammad... samalah ye tahun depan naik tahun 1.



    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe