Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!

8:39 PTG

Pada hari pertama ketibaan kami di Bukit Tinggi, selepas bersarapan di Warung Soto Angkasa, kami berhenti di suatu tempat untuk membeli PULSA. Ketika itulah buat pertama kalinya Amie 'merasa' kue bika. 
'Nanti kita makan bika yang masih panas,' itu kata Pak Herman.
Dan hari terakhir berada di Bukit Tinggi Pak Herman menepati janjinya.

Inilah rupa kue bika yang Pak Herman maksudkan. Ia agak berbeza dari segi saiz dengan bika yang Amie beli tempohari. Saiz bika ini lebih besar!
Apa itu bika? 
Jangan keliru dengan bika Ambon ya!

Di sinilah tempat kami mengenali kue bika dengan lebih dekat. Warung ini letaknya di Jalan Raya Padang - Bukittinggi, Koto Baru, Sepuluh Koto, Koto Baru, Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat 26181, Indonesia.

"Ia digelar kue api neraka sebab dibakar gunakan api atas dan bawah,' Pak Herman bercanda. Eh! Bercanda itu bergurau atau berjenaka....ahaks! Atau mungkin juga penduduk setempat mengatakannya sedemikian juga!


 Suasana di dalam tempat membakar kue bika.

Longgokan kayu api di atas para ini merupakan belahan kayu manis. Bukan kulit kayu manis, tapi isi kulit kayu manis. Ha...kulit kayu manis yang selalu kita gunakan untuk masak kari itulah. Kayunya dibuat kayu api untuk bakar kue bika!

Ohhhh! Berdiri di sisi dapur ini pun sudah terasa panasnya! Kagum sungguh dengan adik pekerja warung ini yang tidak merasa panas pun bila berada di dapur ini!

Adik ini sedang mengalihkan atau mengangkat tembikar yang berisi kayu api dari periuk tembikar pemanggang kue bika.

Memang rasa sangat bertuah kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana  pembuatan kue bika yang dibakar secara tradisional. Kita lihat seterusnya di bawah ini.

Dua orang pekerja mengambil bahagian, seorang daripadanya meletakkan kepingan daun pisang dan seorang lagi dengan pantas meletakkan adunan kue bika ke dalamnya. Kata adik yang meletakkan adunan kue bika, nanti kue akan kembang! Barangkali ada campuran baking powder di dalamnya!

Walaupun panas, tapi mereka bekerja dengan tekun, dari satu belanga ke satu belanga yang lain  sehingga penuh kesemua periuk tembikar / belanga yang diperbuat dari tanah liat!


Berdasarkan perbincangan dengan Pak Google,  bahan asas kue bika diperbuat daripada tepung beras, kelapa parut (rasanya kelapa muda / tidak tua), serta gula. Bika Talago mempunyai dua versi, satu berwarna putih tepung beras dengan kelapa, dan satu lagi berwarna perang kecoklatan yang mengandungi pisang.

Kemudian belanga yang berisi kayu api yang sedang marak diletakkan kembali di atas periuk belanga yang berisi kue bika. Mungkin di bahagian bawah belanga yang berisi kue bika terdapat bara api juga sebab menurut Pak Herman kue bika dibakar atas dan bawah.

Ini kue bika yang masih panas warna perang kecoklatan yang mengandungi pisang. Jom cuba makan!

Enak banget!

 Dan kue bika yang satu lagi ini juga tidak kurang enaknya! Hangat!

Waduh! Kalau makan kue bika di Panorama Sungai Landia sambil minum teh halia atau di Warung Bukhareh Kelok 23 sambil menghirup secawan teh, alangkah! Bika hangat dijamah dalam suasana dingin desa nan menghijau! Barangkan 5 keping terus masuk perut tanpa disedari!
Entah berapa keping kesemuanya kue bika yang kami bertujuh santap dalam perjalanan! Amie makan dua keping, sekeping bika putih dan sekeping lagi bika pisang! Bila toleh ke belakang, kue bika habis licin! Sebagaimana kami melicinkan lauk-pauk masakan Padang....ahaks!

Walaupun baru kali pertama makan kue bika, namun kami akui ia sejenis kuih tradisional yang sangat sedap! Barangkali aroma kayu api daripada kayu manis itu yang memberi tambahan keenakan kuih tersebut. Apa pun, terima kasih daun keladi gajah (terima kasih sebanyak-banyaknya) buat Pak Herman kerana memperkenalkan kuih istimewa ini kepada kami. Kuih bika ini memang cukup sedap Pak Herman, tetapi keenakannya berganda apabila kami dapat makan secara gratis! Terima kasih sekali lagi.
Jadi, kalau anda berkunjung ke Bukit Tinggi, pastikan anda sampai di Bika Talago yang terletak di pinggir jalan ini.



Sesiapa yang berhasrat untuk bercuti ke Bukit Tinggi bolehlah menghubungi Pak Herman melalui FB beliau di sini : HERMANN HOLLANDE. 
Pak Herman juga boleh dihubungi melalui telefon : 62 812-6784-9399, dan WhatsApp : 62  812-6784-9399

Sila klik entri di bawah berkaitan PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI - PADANG - SUMATERA BARAT:

1. Bercuti ke Bukit Tinggi, Padang : Lahad Datu - Tawau - Kuala Lumpur - Sumatera Barat 
2. Sarapan Pagi di Warung Soto Angkasa  
3. Air Terjun Lembah Anai  
4. Memakai Pakaian Adat di Museum Minang Village  
5. Makan Tengahari di Rumah Makan Aie Badarun  
6. Makan Malam di Rumah Makan Wong Semarang  
7. Bermalam di Hotel Primadini  
8. Shopping Kain Sulam di Bukit Tinggi  
9. Cerita Secangkir Kopi Kawa Daun & Kue-Kue Jagung Manis  
10. Lembah Harau & Kelok Sambilan (9)  
11. Makan Tengahari di Tengah Sawah  
12. Istano Basa Pagaruyung  

13. Jus Terong Peros @ Terung Belanda
14. Menghayati Keindahan Panorama Sungai Landia Sambil Menikmati Secawan Teh Halia Panas!    
15. Kelok 44 - Museum Rumah Kelahiran Buya HAMKA  
16. Danau Maninjau Yang Indah Mempesona 
17. Makan Tengahari di Rumah Makan Eni  
18. Silver Work Koto Gadang  
19. Minum Petang di Rumah Pohon Ngarai Sianok  
20. Lobang Jepang  
21. Jam Gadang Mercu Tanda Kota Bukit Tinggi  
22. Tembok Besar China ala Bukit Tinggi  
23. Oleh-Oleh Sanjai Ummi Aufa Hakim Bukit Tinggi  
24. Bika Talago Bukit Tinggi Yang Tak Dapat Dilupakan!  
25. Makan Tengahari di Lamun Ombak & Segelas Jus Pinang Muda  
26. Sepetang di Kota Padang  
27. Sate Padang KMS Saribu Baniah  
28. Berakhirnya Percutian di Bukit Tinggi : Padang - Kuala Lumpur - Tawau 

3 comments

  1. Bika Telago ni macam makan lempeng kelapa dan lenmpeng pisang. Dia jadi sedap sebab di bakar pakai kayu. Dengan harum semerbak bau masakan aromanya membuatkan sesiapa yang singgah mesti rasa lapar. Kalau time hujan pekena bika telago panas-panas memang syiok beb.

    BalasPadam
  2. Notie,
    betul tu, uniknya sebab dibakar dalam periuk tanah liat gunakan kayu manis. Memang sedap sangat tu makan bika panas dengan secawan kopi. lagilah kalau sedang hujan atau suhu dingin!

    BalasPadam
  3. kuih neraka rasa syurga kata orang bukit tinggi..saya pun makan gratis jugak masa di sana..tu yg enak banget jd nya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe